Jangan lupa click saya :)

Happy New Year~!!!

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua readers~!!! Ini adalah entry saya yang terakhir. Wuuu sedih. Eh tapi bukan lepas ni saya takmo berblogging lagi. Cuma ni entry terakhir untuk tahun 2011 je. Hehehe. 

Mari kita sama-sama buat azam untuk tahun baru. Apa azam saya tahun ni? Saya simpan dalam hati dulu. Biar saya dengan kekasih je la yang tahu. Hihi. Bila dah terlaksana baru saya bagi tau lah.

Ok lah. Dah mengantuk sebenarnya.  Jumpa tahun depan kawan-kawan~

Ok dah. Tu je.

Tata~


Mengenai issue legging yang tiba-tiba kontroversi

Hari ni saya nak cakap tentang LEGGING sekali lagi. Kenapa nak ulang cerita pasal benda yang sama? Sebab ada sesetengah pihak yang tak dapat apa maksud yang saya cuba sampai kan dalam entry saya yang sebelum ni. Belum baca? Sila baca SINI. Ala-ala kontroversi gitu tauu. Hep! Baca previous entry dulu baru boleh baca perenggan bawah ni. ;p

Sebenarnya saya tak ada rasa pun nak mencetus kontroversi ke hape. Tapi mungkin ada sesetengah diantara kamu masih kurang jelas maksud yang saya cuba sampaikan. Memang dalam previous entry saya ada mengatakan dengan jelas bahawa LEGGING ITU PENTING dan saya dah bagi beberapa contoh kenapa saya rasa legging itu penting [tak perlu saya ulang point tu di sini sebab kamu dah baca kan?] Saya ingin tegaskan disini, pemakaian legging yang saya cakap tu adalah dipakai DI DALAM KAIN. Mungkin saya harus ulang sekali lagi? DI DALAM KAIN. Sudah jelas? [sebenarnya kamu baca ke tak entry saya sampai habis? ke baca tajuk saja?]

Mari kita lihat dari sudut yang lain sebentar. Bukan dari sudut legging. Tapi sudut baju inner atau SARUNG LENGAN yang dipakai DI DALAM BAJU KURUNG. Kenapa ramai perempuan muslimah pakai sarung lengan dalam baju? Sebab mereka nak menutup tangan mereka kalau lengan baju kurung tu terangkat. Ala macam cikgu-cikgu la. Kan waktu mereka tulis dekat white board tu, lengan baju kurung mereka senang menggelongsor. Oleh itu pakai la sarung lengan ;)


Ini yang saya maksud kan.
*gambar pow dekat google*

Kepada yang menegur,  terima kasih sebab concern [walaupun sebenarnya tak]. Tapi pemakaian legging yang saya maksudkan adalah seperti di atas ini. 

BUKAN YANG INI.
*gambar pow dekat google*


Saya juga tidak menyokong pemakaian seperti gambar ini. Saya pun tak nak tulis panjang-panjang. Saya pun orang biasa-biasa saja. hara Nanti makin complicated. Tak pasal-pasal saya trending dekat Twitter #eh. Harap sudah jelas ye. Kalau ada lagi yang tak puas hati, terpulang la. Mungkin view kamu lain dari view saya. 

"Jika seseorang itu memandang sesuatu dari sudut negative, maka selamanya ia akan kelihatan negative" 

Sebagai contoh, sekiranya kamu membenci seseorang, kalau dia senyum pun kamu rasa hodoh. Hihi. 


Ok dah. Tu je


Tata~

Solat di tempat awam

Fuhhh title~~~ Berat title ni untuk seseorang manusia biasa macam saya ni. Harus menulis eh menaip dengan berhati-hati supaya apa yang saya maksudkan sampai dengan sebaik mungkin. Okaay ayuh kita mula kan!

Alkisahnya, kalau saya berjalan jauh dgn incik kekasih, selain singgah solat dekat R&R or mana-mana surau, kitaorang selalula pergi solat dekat Petronas. Alang-alang isi minyak tu solat je terus. Senang begitu. Pada suatu hari, saya dan incik kekasih pergi la solat dekat Petronas Batang Kali. Masa tu dah masuk waktu Maghrib. Kalau siapa yang tak tau keadaan tempat solat dekat Petronas tu, meh sini saya nak describe sikit. Dalam bilik solat tu ada tempat amek wuduk dan ruang solat yang menempatkan maximum 3 orang dalam satu masa. Boleh imagine tak? Ala kalau payah nak imagine, nanti bila pergi isi minyak dekat Petronas jenguk kejap. Hahaha. Ok tak kelaka pun tapi tak tau kenapa nak letak jugak "hahahah". 

Kebetulan pulak masa tu ramai pulak yang berhenti nak solat Maghrib. Alhamdulillahhh. Baguslah begitu. Masa saya masuk bilik solat tu, dah ada 3 orang tengah solat dan sorang kakak sedang amek wuduk. Full la kiranya. Salah sorang antara yang solat tu dah siap, so kakak yang baru amek wuduk tu pun ganti tempat dia begitulah sepatutnya yang harus berlaku kan? Bila dah siap solat saja, kita akan bagi ruang dekat orang lain pulak nak solat sebab ruang solat terhad tapi orang ramai. Tapi tidak bagi seorang makcik ni. Lepas kakak tadi tu dah siap solat, makcik tu masih lagi duduk tak bangun-bangun. Bagi pendapat saya, kalau makcik tu nak berdoa, bagilah ruang untuk yang lain solat. Makcik tu boleh berdoa di tepi sedikit. Maafkan saya, saya bukan kata salah kalau makcik tu berdoa, cuma kalau boleh beri ruang untuk orang lain juga menunaikan solat. Kalau di dalam surau yang luas, tak kisah la kalau makcik tu nak duduk tak nak bangun-bangun sekali pun. Tapi masalahnya tempat tu sempit sangat. Orang pulak dah semakin ramai yang menunggu giliran nak solat. Mana tau yang menunggu tu masih perlu meneruskan perjalan yang jauh. Betul tak?

Saya rasa kita patut contohi makcik yang sorang lagi ni. Saya berdiri belakang dia tunggu giliran untuk solat. Bila dia dah siap solat, cepat-cepat dia bagi ruang untuk saya solat pulak. Tapi, makcik tu tak terus bangun. Tapi dia berdoa dulu tapi di tepi saya. [ha tu dia. banyak betul "tapi" aku dah] Saya boleh solat, makcik tu boleh berdoa. Nampak tak perbezaannya di situ? Apa-apa pun, kalau kita berada di tempat awam, kita pun kena fikirkan orang lain juga. Jangan fikirkan diri kita sendiri saja. Ok? 

Sekali lagi, saya minta maaf kalau saya ada tersilap tulis atau ada yang menganggap apa yang saya tulis ni issue sensitive. Maaf ye. Saya sekadar memberi pandangan.

Sebelum beredar, jangan lupa untuk singgah blog saya yang satu lagi ye.


FB   : http://www.facebook.com/raspberrymerah  harus juga menekan button "like"

Ok dah. Tu je.

Tata~

Tembak-tembak gambar (photoshoot lah)

Hari sabtu lepas saya buat photoshoot. Eh. Photoshoot apa ni? Kau jadi  model ke? Belum lagi jadi model. Akan datang. [amboihhhh. ada niat tu haaa]. Hehehe. Tak la. Saya buat photoshoot untuk blog baru saya. Tamak tak? Dah ada satu blog yang jarang update ni, lepas tu nak tambah blog lagi. Nak tau blog apa? Jeng jeng jengggggg~


Sekarang ni saya berjinak-jinak dengan bisness blog online. Sebab saya suka sangat shopping online. Haha. Saya masih newbie. Masih terkial-kial lagi.Doa-doakan saya ok?

Hari ni saya tak tulis panjang-panjang. Mari kita tengok gambar masa photoshoot hari tu. Mari kita suruh gambar yang bercakap.



 Mereka yang terlibat dengan photoshoot.
From left : tokey blog, photographer

Model : adik saya. Si peminat biskut




Bersiap-siap dalam hutan 
 
 



 Gambar suka-suka




Tempat kejadian 







The result
zinnia skirt

laurel - ribbon skirt

Inilah antara gambar ala-ala dibelakang tabir gitu. Masa hari photoshoot, cuaca tak menyebelahi saya. Sebab hujan ke? Taklah. Sebab hari panas. Bukankah panas itu bagus kalau photoshoot? Memang, tapi saya mahukan kabus. Dah akhir-akhir baru kabus turun. Takpelah takde rezeki nak berkabus. Next photoshoot lah. 

Kalau nak tengok lagi, gambar skirt yang lain, jangan segan silu untuk visit blog saya ok?

FB   : http://www.facebook.com/raspberrymerah silalah like sekali.



Ok dah. Tu je.


Tata~

Legging itu haram? Tapi saya rasa legging itu penting la.

Tengah saya duduk Google mana nak cari blogshop yang jual colorful legging, terjumpalah saya pasal blog-blog yang cakap haram pakai legging ni. Kamu tau apa itu legging? Kalau tau bagus, kalau tak tau, ini adalah legging.


*Gambar pow dekat Google*


Legging tu haram sebab dia ketat dan kalau pakai sure nampak bentuk betis, peha dan bentuk-bentuk lain yang tak perlu dinampakkan. Serupa tak payah pakai legging betul tak? Lagi-lagi yang bertudung. Tak manis nampaknya *saya pernah pakai macam tu. T___T*. Saya pun bukan lah baik sangat dari segi berpakaian, tapi tak salah mengingatkan sesama kita kan kan kan? Mari sama-sama memperbaiki diri masing-masing. Oleh itu, kalau legging tu tak elok pakai lagi-lagi perempuan bertudung, apesal saya cakap legging tu penting pulak?? Confuse tak kamu? Hihihi. Saya taknak cerita pasal legging yang haram. Tapi saya nak cerita kepentingan legging.


Sebenarnya, bagi pendapat saya, legging itu penting untuk dipakai lagi-lagi untuk perempuan bertudung. Eh? Tadi kata tak elok, sekarang kata elok? Sebab apa saya kata macam tu? Bagi pendapat saya, legging tu penting bila perempuan tu pakai skirt labuh, jubah, maxi dress, baju kurung dan sebagainya. Nampak tak point saya di situ? Bukan pakai blouse bersama legging, tapi pakai bersama baju-baju yang saya nyatakan di atas. Dapat tak apa yang saya cuba sampaikan?


Mari kita ambil satu contoh pakaian. Saya pilih baju kurung. Labuh smpai ke kaki, tak nampak bentuk badan, so bagi saya nampak sopan dan menutup aurat. Settle. Tapi, macam mana kalau perempuan tu naik motor? Mesti nampak betis dia kan? So, masa ni lah legging jadi penyelamat. Kalau dia pakai legging mesti betis dia tak nampak. Kita tak boleh la suruh dia tak boleh naik motor pulak. Kalau dah motor je dia mampu nak buat macam mana kan. Pentingkan legging?


Kalau perempuan tu naik tangga, kaki dia mesti nampak jugak. So legging tu jadi penyelamat lagi. Penting kan legging? Tu baru tangga biasa. Kalau tangga yang jenis transparent tu, kan bahaya. Tak pasal-pasal orang kat bawah tu dapat tengok free show. Ada ke tangga macam tu? Adalah. Tengok ni.


*Gambar pow dekat Google*

Lepas tu, kalau hari hujan atau berangin-angin, terselak kain perempuan tu, lepas tu dah nampak kaki dia. Kalau dia pakai legging tak ada masalah. Haa begitulah serba sedikit contoh-contoh kenapa legging tu penting pada pandangan saya. Saya ulang, pada pandangan saya. Kalau saya salah, saya minta maaf ye. Pendapat saya, legging tu tak haram, cuma cara pemakaian je yang salah. Samalah kalau pakai bikini kat pantai. Haram jugak. Tapi bukan bikini tu yang haram sebab kalau nak pakai bikini dekat rumah mandi jacuzzi dengan suami tak salah pun. Kan?

Oleh itu, mari kita sama-sama pakai legging dengan cara yang betul. Pakai legging dalam skirt labuh, jubah, baju kurung, dress labuh dan pakaian yang sama waktu dengannya. Sekian. :P

Siapa tau kedai or blogshop yang jual legging warna warni? Boleh bagitau saya tak? Saya nak beli legging yang match dgn color skirt saya. Hihihi. 

Ok dah. Tu je

Tata~

Kenangan bersama atok

Masa kecik-kecik dulu, saya selalu kacau atok saya kat kedai. Atok saya ada kedai runcit yang bersambung dengan rumah. Oleh itu, dari dalam rumah saya boleh terus pergi ke kedai atok tanpa perlu keluar rumah. Sebenarnya saya suka terkejut kan atok saya. Setiap kali saya terkejutkan atok saya kat kedai, atok akan cakap macam ni:

"Terkojut godang den"

Maknanya terkejut besar lah. Kalau dia cakap macam tu maknanya dia memang betul-betul terkejut sebab tak sedar saya datang. Tapi kadang-kadang, kalau atok dah perasan saya menyelinap, tapi dia buat-buat tak sedar, bila saya terkejut kan dia, dia akan cakap:

"Terkojut kocikkkk"

Maknanya terkejut kecik je. Sebab nak amek hati saya. Hihihi.

Masa saya umur 7tahun saya tinggal dengan atok & opah saya.Then masa saya Form 1 - Form 5 pun saya tinggal dengan atok & opah saya. Kiranya saya membesar dengan atok & opah la. Saya tinggal dengan atok & opah sebab dekat kawasan rumah saya tak ada sekolah menengah. Haha. Tiap kali saya ada exam, atok akan bagi saya minum air penerang hati. 

Bila saya dah belajar kat university, atok selalu tanya pasal study saya ok ke tak. Nanti bila saya grad, saya nak atok datang

Kadang-kadang saya minta atok masak. Kari ketam atok sedap. Masa hari raya, atok akan masak rendang & lemang. Kawan-kawan saya pun suka rendang & lemang atok. Bila hari raya, atok akan masak rendang yang special untuk saya bawak balik kat kawan-kawan. Sebabkan Joel tak makan daging, so atok akan buat rendang ayam.

Sekali sekala saya balik rumah atok, & pergi kedai atok, atok akan belanja saya ice cream, gula-gula, coklat or apa-apa la yang saya nak.

Baru-baru ni saya dapat kereta, so hari raya baru ni adalah raya pertama saya dengan kereta baru. Atok cakap dia nak naik kereta baru saya. Yeap mesti la boleh. Saya pun memang berniat nak bawak atok & opah naik kereta baru saya. Seronok dapat bawak atok & opah jalan-jalan.

Tapi itu semua dah tinggal kenangan...

Pada 27 Sept 2011, atok saya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hanya Allah je tau betapa sedihnya hati saya. Bila mama bagitau saya pasal atok saya dah meninggal, saya terus bergegas pulang ke rumah atok bersama Cokobi. Mujur pada tarikh tu saya tak ada exam. Sebab sekarang MMU tengah final exam. Sedih hati saya tengok jenazah atok dekat ruang tamu rumah.

Saya sedih sebab atok tak sempat tengok saya grad.
Saya sedih sebab atok tak sempat tengok saya kawen.

Tapi saya bersyukur sebab saya dapat bawak atok naik kereta saya masa hari raya haritu. Kalau tak, mesti saya lagi rasa sedih.

Semoga roh atok dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh itu kawan-kawan, marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah atok saya. 

al-Fatihah..


Arwah atok & opah



Raya, Kawen, Tunang, Konvo, Exam

Macam tak betul je susunan  title ni. Patutnya exam dulu, lepas tu tu konvo, lepas konvo baru tunang, lepas tunang kawen, then baru beraya. Kan? Eh suka hati saya lah nak letak title susunan macam mana pun.

Hadoilaa. Raya dah nak habes lagi 2 3 hari ni. Apa cerita raya saya? Erm biasa-biasa jer. Yang penting, still dapat duit raya lagi walaupun dah 24 tahun. Hihihi. Age is just a number kannn. Tapi saya dapat merasakan aura tak-dapat-duit-raya-dah-tahun-depan. Haruslah pasrah. Emm apa lagi nak cerita. Apa lagi? Apa lagi? 

Okay mari kita ucapkan congratulation kepada mereka-mereka ini.

Selamat pengantin baru kepada:

  • Zetty & Suami
  • Kak Eyqa & Joe
  • Kawan-kawan lain yang baru berkahwin
Selamat bertunang kepada:
  • Nat & Haziq
  • Anis & Tunang.
  • Fizah & Tunang
  • Kawan-kawan lain yang dah bertunang
Selamat berkonvo kepada:
  • Syaz
  • Kawan-kawan yang dah grad & konvo
Haaa tu sajalah rasanya. Kalau saya terlupa yang mana-mana tu saya minta maaf okay. Apa-apa pun, congratulation kepada kamu juga~~~~~ *wink*


Sebenarnya saya dah tak tau nak merapu apa dah la sebenarnya [apa hal banyak kali sangat "sebenarnya" nih?] Oh. sekarang saya sedang exam week. Saya dah bunuh 1 paper. Tinggal 2 paper lagi yang harus saya bunuh!  

Dah tak ada apa dah nak tulis. Dah tulis semua yang ada kat titile tu. Maka entry yang bosan gila ni tamat di sini.

Ok dah. Tu je.

Tata~

Worldless Wednesday #2



Kucing Leopard

Sekitar jam 2 pagi, saya pulang dari Seri Kembangan menuju ke MMU. Masa tu saya drive sorang-sorang je. Bawak kereta pun relax saja lah. Tak perlu laju-laju. Masa saya lalu jalan belakang nak menuju ke MMU tu, di kejauhan saya nampak ada haiwan melintas jalan. Tupai ke? Tapi macam besar. Bila kereta semakin dekat, oh rupanya anak kucing. Masa anak kucing tu melintas, sambil dia melintas saya tengok dia menoleh ke belakang. Rupa-rupanya ada dua ekor lagi anak kucing. Tapi, di saat dua ekor anak kucing tu nak melintas, kereta saya semakin dekat. Akibat anak kucing tersebut panic, maka dia berhenti tengah-tengah jalan dan saya pun *booommm!!!!* terlanggar kucing anak kucing tersebut lalu mati...... Berkahirlah riwayat dua ekor kucing yang tidak berdosa.. 







CUT~!!!!!!!!










Ok ok. acah saja. Saya tak langgar pun kucing tu. Tapi, saya pun turut memberhentikan kereta. Nasib baiklah tak ada kereta kat belakang masa tu. Kalau tak, mungking riwayat kucing tu betul-betul tamat. Tapi bila saya tengok anak kucing tu, saya terpegun sendiri. Bahkan saya boleh berhenti siap tarik hand brek  lagi kat tengah jalan tu. You know why? Sebab, bulu anak kucing tu macam bulu harimau bintang. Sangat la saya tak pernah tengok. Saling tak tumpah macam leopard okay. Masa tu saya ada terpikir macam nak ambil kucing tu nak bela. Tapi, ada beberapa perkara yang menghalang saya bertindak sedemikian rupa lalu saya membatalkan hasrat saya dan lepas tu sekarang saya menyesal.

Antara sebabnya adalah:

  1. Saya duduk hostel. Tak boleh bela kucing.
  2. Masa tu hari dah pukul 2 pagi lebih. Takut nak turun dari kereta sorang-sorang sebab kawasan tu sunyi. 
  3. Betul ke tu kucing? Entah-entah anak harimau bintang. Kalau bela, nanti bila besar dia jadi harimau bintang, tak pasal-pasal kena makan pulak.

Lama jugak la saya tengok anak kucing tu. Dorang pun macam blur-blur kat tepi jalan. Tapi lepas beberapa ketika, saya terpaksa mengerakkan kereta saya yang berhenti di tengah jalan tu sebab kat belakang tu ada motor. Takut jugak kan. Dah la saya bukak tingkap segala. So cepat-cepat drive balik. Sepanjang perjalanan tu saya terbayang-bayang kucing leopard tu. Tiba-tiba rasa nak patah balik. Tapi tak jadi atas sebab yang sama seperti di atas. Sampai saja bilik, terus call kekasih cerita pasal kucing leopad tu. Lepas tu, kekasih cakap, tu kucing hutan. Dia tau sebab dulu dia rajin masuk hutan dan jumpa kucing macam tu. Saya yang duduk dekat hutan pun tak tau rupa kucing hutan macam tu. Haha. Rumah saya banyak babi hutan.

Oleh sebab sekarang kita duduk di zaman internet, oleh itu saya Google lah kucing hutan ni. 


Ini adalah kucing hutan yang saya Google di internet.



Ha. Saling tak tumpah seperti kucing yang saya jumpa tu. Sebijikkk. [Satu pattern je ke kucing hutan ni?]


Ini pulak harimau bintang. 


Bulu mereka samakan? Cuma bezanya, muka harimau bintang ni garang sikit.

Tiba-tiba rasa nak bela kucing hutan lah. Nanti nak ajak kekasih masuk hutan. Hahaha.

Ok dah. Tu je.

Tata~ [tiba-tiba rasa Cyberjaya ni tak lah bandar sangat sebab boleh jumpa kucing hutan]


*gambar di pow dari Google*


Jom beli shawl


Kawan-kawan, mari kita beli shawl untuk hari raya. Ayuh. Kat mana nak beli? Jom pegi blog kawan saya ni.


Click Click. Jangan malu jangan segan. Selamat membeli-belah di bulan Ramadhan. Oh ye. Sila abaikan wajah model shawl tersebut. Selepas beli, jangan terus blah. Sila bayar dulu. [Err.. kalau dah beli tu namanya dah bayar la kan? Kalau belum bayar, belum beli la]

Ok dah. Tu je.

Tata~


Browser apa yang kamu guna?

Tengah duduk sorang-sorang kat bilik ni, tiba-tiba teringat pulak masa saya buat internship hari tu. Kepada kamu yang tak tau, saya intern bulan March-June hari tu. Saya duduk kat department eProcurement. Sangatlah best department saya duduk tu sebab kerja tak menyerabutkan kepala pun. Oklah fine. Sebab saya budak intern je. so kerja pun senang je la kan. So kerja saya create digital certificate untuk vendor yang baru n renew digital certificate untuk existing vendor. Bunyi macam hebat tak? Macam mememerlukan skill programming yang hebat bukan? Tetapi tidak sama sekali. Hanya memerlukan skill mouse sahaja. Click, click dan click. Gembira sungguh hati saya sebab tak perlu buat programming yang bila saya buat ada error menyebabkan saya emo. Saya budak jurusan IT yang aneh kerana tidak meminati programming yang memerlukan logic itu. Sebab saya tak logic. Hahaha. Samalah seperti Math. Math adalah mata pelajaran yang aneh kerana tidak lagi perlu mengira number, tapi kini mengira huruf. x + y - z. T__T

Berbalik kepada kisah internship saya tadi, selain create certificate tu, kadang-kadang saya kena guide vendor-vendor tu incase kalau mereka ada masalah dengan certificate tu. Ha.. Dekat sini lah saya jumpa pelbagai kerenah dan ragam manusia. Nasib baiklah cakap melalui telefon saja kan. You know, kadang-kadang mereka ni bukan IT literate tau. Maksudnya bukan lah mereka langsung tak tau guna computer ke ape. Jangan salah faham. Cuma bila part nak kena setting apa yang patut tu saja yang membuatkan mereka agak blur. Sebab bukan bidang mereka kan. Sebab tulah mereka blur. Sebagai contoh, mereka confuse antara download & install. Bagi mereka, bila sudah download certificate dari email, mereka rasakan itu dinamakan sebagai install. Walhal, download & install adalah perbuatan yang berbeza. Lepas tu call saya cakap certificate tak boleh guna. Oleh itu saya kenalah guide mereka cara-cara nak install tu.

Saya tak boleh lupa pengalaman saya masa saya guide seorang Encik ni. Saya guide dia step by step untuk menangani masalah dia tu. Sampai la satu part yang memerlukan dia bukak Internet Explorer or dalam ringkasannya IE. Memang kena guna IE. Browser lain tak boleh. Saya pun suruh la dia open IE. Tapi dia macam blur je bila saya cakap macam tu. Saya assume dia tak biasa guna singkatan kot. So saya tukar suruh dia open Internet Explorer. Tapi macam blur jugak. Lepas tu dia tnya IE tu kat mana. Err... Saya pulak yang blur. Tak kan tak pernah excess internet pulak kan. So saya pun tanya lah kat encik tu macam ni:

"Encik guna browser apa kalau nak surf internet semua tu?" 

Manalah tau dia guna browser lain selain IE tu kan. Chrome ke, Mozilla ke. Dengan confident encik tersebut menjawab:

"Oh.. Saya guna YAHOO."

I was like.. Errrkk!! Nak gelak ke apa ni? Ok tahan. Jangan gelak. Tak baik. Saya pun membalas,

"Haaaa. Encik bukak benda tu lah."

Lepas tu barulah saya guide dia ke step yang seterusnya sehingga selesai.

Itu antara perkara yang kelakar terjadi sepanjang saya intern. Perkara yang menyakitkan hati pun ada. Tapi tak perlulah diceritakan. Bila fikir balik pasal Encik tu tadi, memang kelakar lah kan. Tapi nak buat macam mana, tak semestinya apa yang kita tahu, orang lain tahu dan apa yang orang lain tahu, kita tahu. Betul tak? Tiap kali teringat kisah tu, mesti saya tersenyum sendiri. Apa-apa pun, kita harus belajar dari kesilapan dan pengalaman kita & orang lain.

Ok dah. Tu je.

Tata~ [Tiba-tiba rasa nak makan tahu sumbat.]


Worldless Wednesday #1




Saya sudah tak mengira hari lagi. :D

Amaran. Ini adalah entry yang panjaaannnngggggg~

Siapa yang tak suka warna PUTIH? Saya.
Siapa yang kata warna PUTIH tu bukan warna? Mesti la Saya.
Siapa yang kata kalau ada kereta nanti tak nak warna PUTIH? Saya jugak~!

Sooooo.... Siapa punya kereta warna PUTIH tu? Err..... Saya?

Eh. Kereta? Kau dah ada kereta? Yaaaaa. Saya sudah ada kereta~ [heh. mcm riak je gayanya]. Alhamdulillah, setelah sekian lama saya menanti, akhirnya saya ada kereta. So, sesuatu yg besar akan tiba tu kereta kau ni la ye? Ha'a ye ye. Entry saya kat bawah ni pasal kereta lah. Heleh, eksyen. Pasal kereta pun nak heboh-heboh. Orang lain pun ada kereta jugak. Bukan kau sorang je. Halahh. Biala saya nak meluahkan rasa happy saya nih. Dah lama wooo saya tunggu nak ada kereta. Cuba kamu imagine, benda yang kamu nak sangat-sangat, lepas tu dah lama kamu tunggu, then tiba-tiba kamu dapat. Apa kamu rasa? Mesti la happy kan? Ke tak? Kalau tak, kamu memang aneh.

Macam mana saya boleh dapat kereta? Kereta ni birthday present saya~ Thanks to  my beloved Mama & Papa~ *hugssss* Kereta sebagai birthday present? Seperti pernah ku baca. Tapi dimana ya? Ayuh lah kita flashback pada May 2010 <----klik klik. Ha kannnnnn. Betul tak saya cakap saya dah lama nak kereta? Saya teringin nak ada kereta sendiri ni dah lama. Sejak 3 tahun yang lepas [lepas saya dpat lesen kereta la]. Mesti la excited kan masa tu nak kereta. Bila saya mintak je, Mama Papa buat tak tau je. Macam saya kata, tak payah kereta baru pun takpe. Tapi tak ada respond pun. Sampailah suatu ketika, bila saya try bagi hint LAGI yang saya nak kereta, Mama pun kata "Kereta tu bila kau dah kerja nanti kau beli la sendiri" Ohhh~~ musnah segala harapan. Sejak dari hari tu, saya pun takde dah la nak mintak kereta dekat Mama Papa since saya kena beli sendiri time kerja kan. Saya pun menjalani kehidupan seperti biasa. Tanpa kereta.

Lepas tu, saya dan kekasih saya active business HERBALIFE. Kiteorang selalu travel sini sana nak jumpa customer. Customer pulak ditakdirkan semua jauh-jauh. Macam mana kiteorang travel? Mestilah dengan kereta. Eh. Chop. Kata takde kereta? Sabarlah. Tak habis tulis lagi. Dengan kereta sewa. Boleh dikatakan memang selalulah saya sewa kereta nih. Kaya dah orang yang sewa kereta kat saya tuh. Hihihihi. Bila dah selalu travel sini sana dengan kereta sewa tu, saya pun selalu lah balik rumah. Tapi, selalunya balik hari je lah. Kalau 2 3 hari nanti, kereta sewa tu jadi makin mahal la kan. Bila saya selalu balik rumah, Mama Papa saya pun seronoklah sebab anak dia selalu balik kan. Kadang-kadang Mama suruh saya tidur dekat rumah. Tapi Mama lah kena bayar duit extra sewa kereta tu. Nak harapkan saya bayar, kopak jugak la saya kan.

Kadang-kadang, kalau tak dapat sewa kereta, try pinjam dekat kawan-kawan. Orang yang selalu jadi mangsa ialah Nue. Tapi saya tak berapa berkenan pinjam kereta kawan ni. Melainkan terpaksa. Yelah kan. Dorang ada kereta tu untuk dorang guna sendiri. So bila nak pinjam tu rasa bersalah la pulak. Rasa menyusahkan je. Tapi apa-apa pun saya nak ucap terima kasih lah dekat semua yang pernah pinjamkan kereta dekat saya dan kekasih. Antaranya Nue, Nik, Kak Cha. Thank u sooo much tau korang semua.

Berbalik pada kereta sewa tadi, maybe Mama pun dah tak larat nak tolong bayarkan, so ada suatu ketika kalau saya memerlukan kereta, Mama Papa akan benarkan saya pinjam kereta Viva Papa. So kenapa tak bagi saja kereta Viva tu terus kat saya? Tak boleh. Sebab kereta tu Papa pakai pergi kerja. Kalau saya amek, nanti Papa kena pergi kerja pakai Waja. Kalau Papa pakai Waja, Mama nak pakai kereta apa pulak? Kan menyusahkan namanya tu. Oleh itu, saya hanya boleh pinjam saja.

Pada suatu hari sekitar bulan 3, saya cuba memberi hint sekali lagi kat Mama tentang keinginan saya memiliki seketul kereta. Tiba-tiba Mama berkata, "Kau pergi la tanya dengan Papa". Errkkk~ So saya pun mengumpul segala kekuatan untuk bertanya kepada Papa. Bukan Papa saya garang. Papa saya adalah the best Papa in the world. Tapi kamu cuba fikir perasaan nak mintak kereta macam mana? Bukan nak mintak coklat ke apa. Boleh senang-senang "Pa, nak coklat" Do you get what I mean? [ewah speaking pulak dia]. Suatu malam sekitar bulan 3 jugak, saya pun tanyalah Papa. Tapi cuak gila wa cakap lu. Berpeluh dibuatnya. Tapi sebab rumah saya tu kat kawasan sejuk, so peluh tak jadi keluar. Mengigil kesejukan adalah. Macam ni lah more or less perbualan saya dengan Papa:

Saya : Erm, Pa, cane kalau nak beli kereta? [Cam tah ape-ape je soalan. Ceh. bajet nak beli kereta sendiri la tu. Mcm dah kerja je gayanya.]

Papa : Kenapa nak beli pulak? Cakaplah Yong nak kereta. Papa sebenarnya dah lama tunggu Yong tanya soalan ni. [dah lama? dah lama? Kalau tau, mintak awal sket.]

Saya pun lantas tersengeh-sengeh macam kerang busuk

Papa : Yong nak kereta apa?

Saya : Myvi. 

Punyalah lebar senyum. Sampai telinga woooo.

Papa : Kalau 2nd hand boleh?

Saya : Tak kisah~ Kalau boleh Myvi la. :D

So begitu lah ceritanya. *Poofff~* Terus saya dapat Myvi. Eh. Belum. Kan saya kata entry ni panjang. Ni tak cukup panjang lagi ni. So Papa pun called adik dia suruh handle pasal kereta saya. Saya pun menunggu........ Ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu. Eh tiba-tiba. Bila dah ada kereta, uncle saya tak puas hati pulak. Uncle saya tu adik Papa saya tadi tu la. Engine tak elok, kereta dah pernah eksiden, bla bla bla. Tunggu lagi... Bulan 4. Tunggu lagi.... Bulan 5. Tunggu lagi..... Bulan 6...... Orang kata, kalau kita bersabar, reward dia best. Betul tak? Suatu pagi di bulan June, to be exact, 17 June 2011 [pada hari birthday kekasih], Papa called saya.

Papa : Papa rasa Papa beli kereta baru je lah. Kereta 2nd hand dengan kereta baru tak jauh beza pun.

Apa? Apa? Kereta baru? Oh my my~ Kalau kereta baru, bermakna Myvi barulah. Lagi best wooo ooo ooo. So dipendekkan cerita setelah cerita ini dipanjang-panjangkan, pada 13 July yang lalu, saya pun pergi ke Kuantan bersama kekasih untuk mengambil Myvi baru saya yang saya beri nama Miku itu. Apsal Miku? Saja lah. I like to name things. Seperti teddy bear saya, Lulu, Coko, Bebe Gemok, Popo, dan macam-macam lagi. Hahah. Tapi saya bagi Papa saya pakai kereta saya selama seminggu sebab nak kasik service sket. So saya pow Viva Papa dulu. 

Pada Ahad yang lalu, 24 July 2011 saya pun membawa kereta saya secara rasmi ke MMU. Masa saya menulis entry ni, dah 3 hari saya bersama Miku. Hehehe. Kalau nampak Myvi baru warna Putih plate number Pahang tu, saya punyalah. Heeee :D

Kenapa Putih bukan Hitam? Entah lah. I am not into black anymore. Saya suka warna-warna cerah dan ceria sekarang. Kekasih saya kata, pemilihan kita terhadap warna bergantung kepada mood kita. Memandangkan saya happy bersama kekasih saya, so maybe sebab tu saya suka warna yang ceria.

So begitulah kisahnya... Gambar? Maaflah. Untuk ketika ini, saya tak dapat nak sertakan gambar kereta saya sebab keadaan handphone yang tak mengizinkan. Orang makin upgrade handphone, tapi saya semakin downgrade. Gahahaha.

Ok dah. Tu je.

Tata~


Tutorial: Bagaimana nak letak Favicon didalam blog anda

Apa itu Favicon? Favicon atau nama panjang dia Favourite Icon adalah logo kecil yang ada dekat sebelah kiri address bar kamu. Nampak tak? Nampak tak? Kalau kamu buka blog kamu, by default, logo ni akan keluar bukan? 
*picture taken from Google*
Tapi bukan la sebesar alam macam nilah.

Pernah nampak tak blog orang lain yang letak gambar lain dekat situ? Siap ada yang animated lagi. Rasa teringin tak nak letak logo or gambar yang kita suka kat situ? Ala tak payah susah-susah cari blog orang lain. Tengok blog saya saja. Hihi. Nampak tak love kecil yang comel itu?




Tapi saya punya tak animated. Meh sini nak ajar meh. Tidak memerlukan sebarang html code. Tapi bukan yang animated punya.

Mula-mula haruslah sign in ke blog masing-masing. Jangan sign in blog orang lain.


Bila sudah ada di Dashboard, kamu click Design. Sudah? Bagus




Then, pergi ke Page Element 



Dekat Page Element tu kamu akan nampak Favicon. Silalah tekan Edit



Kemudian akan keluar pop up windows untuk kamu Configure Favicon kamu. Di sini, silalah klik Choose File. Kamu bolehlah pilih gambar apa yang kamu rasa berkenan dihati. Kalau tak ada gambar lagi dalam computer kamu, silalah Google terlebih dahulu. Tapi gambar tersebut mestilah dalam bentuk square dan tidak melebihi 100kb. Besar-besar sangat tak boleh. Setelah kamu selesai memilih gambar yang berkenan dihati masing-masing, click Save




Lepas tu, taadaa~~~ Kamu sudah ada favicon kamu sendiri~ Yay.


Tapi, Favicon ni macam ada masalah bila view dekat Mozilla Firefox. Tak tau lah kenapa. Sebab bila saya view dari Mozilla, gambar love saya tak keluar. Keluar yang default saja. Maybe saya silap setting or Mozilla tak support. Tidaklah dapat saya pastikan kenapa jadi begitu sebab saya malas nak figure out. Tapi kalau view guna Chrome or IE ok jerrrr~

Ok dah. Tu je.

Tata~


Assignment oh assignment

Hai Hai

Tak fair~! Tak fair~! Eh. Tapi rasa macam fair pulak. Apa yang kau fair tak fair nih? Begini kisahnya. Saya sebagai pelajar university, [heh. kau masih seorang pelajar university? Eh Of kos lah~] pasti lah ada assignment yang perlu dihantar. Maka, setiap kali deadline [line mati?] saya pun akan bersengkang mata untuk menyiapkan assignment saya. Saya pun akan memaksa kekasih saya juga menyengkangkan mata beliau demi menemani saya menyiapkan assignment saya. Sweet kan saya? kekasih saya?

Kami pun berjuang menyiapkan assignment sampai tertidur-tidur di library foyer sambil berdengkur. Kahkahkah. Tapi di sebabkan foyer tu macam tak hebat sangat, aircond pun tak sejuk, nak minum air or makan jajan untuk hilangkan mengantuk pun tak boleh sebab nanti mak guard amek dan dia pun makan buang, tapi kadang-kadang saya minum air dan makan jajan curi-curi juga di dalam foyer. Oleh itu, saya bersama kekasih membuat keputusan untuk pergi ke Mekdi. McD lah. Kat McD boleh makan. Kat McD boleh minum. Kat McD boleh habiskan duit. Kat McD ada aircond sejuk sampai rasa nak beku. Kat McD ada Wifi. Kat McD juga boleh membuncitkan perut. Oh sudahlah. 

Maka kami haruslah melakukan penghijrahan dari foyer ke McD. [mentang-mentang ada kereta pinjam sekarang~ berjalan saja tau kan. Eh, mesti lah~] Walaupun jam sudah menunjukkan jam 2pagi, namun hati tetap teguh untuk menyiapkan assignment. Sampai pukul 5 duduk kat McD tu tapi akhirnya kami mengalah. Mata dah mengantuk yang teramat sangat walaupun dah minum coffee bergelas-gelas setelah di refill berkali-kali. Ibarat coffee di McD itu sudah kering dek kerna kami. Coffee pun dah tak boleh melawan kehendak mata yang membuak-buak mahu tidur itu. Kadang-kadang tak paham macam mana budak FCM boleh tak tidur siapkan assignment. Sudahlah bercerita tentang coffee dan budak FCM. Apa jadi dengan assignment? Tak berjaya siapkan 2 soalan out of 10. Tak apa lah. Pasrah. Hantarlah mana yang mampu. Harap lecturer mengerti. [Apa yg nak dimengertikan?]

Balik saja bilik, tanpa perlu menunggu walau sesaat, saya pun merebahkan diri ke atas tilam hostel yang memang tak empuk langsung tu. Lalu saya lena tanpa dibuai sebarang mimpi akibat tak cukup masa nak mimpi. ZzZzZzzz

Bila bangun pagi, tergesa-gesa print assignment sebab bangun lambat. Mujurlah hanya 3 pages. Jalan laju-laju menuju ke lab. Haruslah semangat kerana saya sudah siapkan 80% dari assignment tersebut. Sampai saja ke lab, fuh~ lega. Lecturer belum sampai. Bila lecturer masuk saja dalam lab,  lecturer berkata 

"U suppose to submit your assignment today rite?" 

"Yes! Yes!", kata saya di dalam hati.

Namun seluruh umat di dalam lab menyepi. Seperti tidak mengerti apa yang dimaksudkan lecturer lagaknya. Termasuk lah saya.

"I'll give u 2 chances. You can submit today or next Tuesday. It is your decision. If you want to submit next Tuesday, we will continue our lab 6", kata lecturer lagi.

"Submit next week~!" Kata seorang student berbangsa cina. Dan rata-rata seluruh umat di dalam lab bersetuju. 

Dengan slumber lecturer berkata, "Okay, you can submit your assignment next week." Lalu dia memulakan pembelajaran seperti biasa.

I was like "Whatt?????? Submit next week??? Why??? Why?????" Hantuk kepala kat meja berulang kali. Ok tak. Tipu je. Ok. Sekarang ni nak happy ke nak emo? Cepat pilih. Happy? Sebab submit next week so saya boleh siapkan lagi 2 soalan. or Emo? Sebab malam tadi saya dah bersengkang mata memerah otak untuk cuba siapkan assignment tu walaupun tak siap semua tapi skali kena hantar next week pulak. Anda tentukan jawapannya. Taip Jawapan (jarak) Happy/Emo dan hantar ke 38475. Eh tak perlulah. Biar saya saja yang tentukan. Mestilah HAPPY. Tapi dalam masa yang sama, stress jugak sebab kalau tau hantar next week, saya tidur je semalam. Cis. Tapi, misal kata saya tidur je malam tadi, mesti assignment ni hantar harini kan? Itulah takdir. Tapi haruslah memandang sesuatu dari sudut positif ye. Harus bergembira sebab boleh siapkan semua 10 soalan instead of 8. Yeahh~ go Syeera. You can do it!

Tapi nak emo jugak dekat seseorang. Suka-suka hati nak tiru assignment saya dengan menangkap gambar solutions saya curi-curi menggunakan iPhone dia. Cis. Ingat saya tak nampak ke? Grrr. Akan ku sumpah kau.. Eh tak perlulah.

Ok dah. Tu je.

Tata~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...