Jangan lupa click saya :)

Legging itu haram? Tapi saya rasa legging itu penting la.

Tengah saya duduk Google mana nak cari blogshop yang jual colorful legging, terjumpalah saya pasal blog-blog yang cakap haram pakai legging ni. Kamu tau apa itu legging? Kalau tau bagus, kalau tak tau, ini adalah legging.


*Gambar pow dekat Google*


Legging tu haram sebab dia ketat dan kalau pakai sure nampak bentuk betis, peha dan bentuk-bentuk lain yang tak perlu dinampakkan. Serupa tak payah pakai legging betul tak? Lagi-lagi yang bertudung. Tak manis nampaknya *saya pernah pakai macam tu. T___T*. Saya pun bukan lah baik sangat dari segi berpakaian, tapi tak salah mengingatkan sesama kita kan kan kan? Mari sama-sama memperbaiki diri masing-masing. Oleh itu, kalau legging tu tak elok pakai lagi-lagi perempuan bertudung, apesal saya cakap legging tu penting pulak?? Confuse tak kamu? Hihihi. Saya taknak cerita pasal legging yang haram. Tapi saya nak cerita kepentingan legging.


Sebenarnya, bagi pendapat saya, legging itu penting untuk dipakai lagi-lagi untuk perempuan bertudung. Eh? Tadi kata tak elok, sekarang kata elok? Sebab apa saya kata macam tu? Bagi pendapat saya, legging tu penting bila perempuan tu pakai skirt labuh, jubah, maxi dress, baju kurung dan sebagainya. Nampak tak point saya di situ? Bukan pakai blouse bersama legging, tapi pakai bersama baju-baju yang saya nyatakan di atas. Dapat tak apa yang saya cuba sampaikan?


Mari kita ambil satu contoh pakaian. Saya pilih baju kurung. Labuh smpai ke kaki, tak nampak bentuk badan, so bagi saya nampak sopan dan menutup aurat. Settle. Tapi, macam mana kalau perempuan tu naik motor? Mesti nampak betis dia kan? So, masa ni lah legging jadi penyelamat. Kalau dia pakai legging mesti betis dia tak nampak. Kita tak boleh la suruh dia tak boleh naik motor pulak. Kalau dah motor je dia mampu nak buat macam mana kan. Pentingkan legging?


Kalau perempuan tu naik tangga, kaki dia mesti nampak jugak. So legging tu jadi penyelamat lagi. Penting kan legging? Tu baru tangga biasa. Kalau tangga yang jenis transparent tu, kan bahaya. Tak pasal-pasal orang kat bawah tu dapat tengok free show. Ada ke tangga macam tu? Adalah. Tengok ni.


*Gambar pow dekat Google*

Lepas tu, kalau hari hujan atau berangin-angin, terselak kain perempuan tu, lepas tu dah nampak kaki dia. Kalau dia pakai legging tak ada masalah. Haa begitulah serba sedikit contoh-contoh kenapa legging tu penting pada pandangan saya. Saya ulang, pada pandangan saya. Kalau saya salah, saya minta maaf ye. Pendapat saya, legging tu tak haram, cuma cara pemakaian je yang salah. Samalah kalau pakai bikini kat pantai. Haram jugak. Tapi bukan bikini tu yang haram sebab kalau nak pakai bikini dekat rumah mandi jacuzzi dengan suami tak salah pun. Kan?

Oleh itu, mari kita sama-sama pakai legging dengan cara yang betul. Pakai legging dalam skirt labuh, jubah, baju kurung, dress labuh dan pakaian yang sama waktu dengannya. Sekian. :P

Siapa tau kedai or blogshop yang jual legging warna warni? Boleh bagitau saya tak? Saya nak beli legging yang match dgn color skirt saya. Hihihi. 

Ok dah. Tu je

Tata~

4 orang bisik-bisik:

mayaindraone ismail said... Best Blogger Tips

:) terbaik laa ...

syeera said... Best Blogger Tips

@mayaindraone ismail

hehe. tenkiu2

antilegging said... Best Blogger Tips

Tutup aurat bukan sekadar bertudung..Anda patut digelar "BODOH" sekiranya anda memakai LEGGING bersetan TUDUNG..

syeera said... Best Blogger Tips

@antileggingun

mungkin awak perlu baca apa yg saya tulis betul-betul kot? yang saya maksudkan, pakai legging DALAM skirt labuh, baju kurung, or jubah bagi mengelakkan kaki perempuan terlihat sekiranya mereka berjalan. bukan pakai legging bersama tshirt. yang tu baru la salah. baca bagi faham baru nak panggil orang BODOH. jangan nak buat tuduhan melulu. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...