Jangan lupa click saya :)

White dress part 2

Ha~ ingat lagi cerita pasal White dress hari tu? [Sape tak ingat, ketok kepala. Entry tu kat bawah ni je.] Okeh2. Berenti ketok kepala. Kesian pulak tengok. [Boleh nampak ke?]. Mari baca cerita pasal birthday party Nik. Actually, kiteorang datang lambat sikit [sebenarnya bukan lambat sikit. Tapi lambat banyak] sebab pukul 7.30pm baru confirm ada kereta nak pergi. Ni semua salah Halu. Haha. Oh. Lupa bagi tau. kiteorang tu adalah Saya, Mukhlish, Sanie, Soul, Halu. Orang lain pun ada jugak datang lambat. Tapi tak payah la cerita. Nanti separuh entry ni cerita pasal orang datang lambat je. Tamo tamo.

Birthday party Nik best. [kalo ckp tak best nnt Nik marah. Hehe. Kidding je Nik~]. Makanan semua yummy~ *thumbs up*. Lepas tu siap ada game lagi. Tapi saya tak join. Saya tengok dan gelak saja. Semua yang hadir malam tu mengikut theme yang dah ditetapkan oleh Cik Nik ni. Lelaki pakai baju hitam, perempuan pakai baju putih. Persoalannya kini, berjayakah saya mencari dress/baju putih tu? Mesti la berjaya~~ Kalau tak, saya tak pergi la birthday party Nik. Nak tau macam mana boleh berjaya? Saya berjaya tukarkan baju hitam saya jadi color putih atas bantuan fairy. *ching* baju pun bertukar putih. Takdelah. Tipu je. Ok2. Serius. Bila saya korek-korek almari saya, saya jumpala baju putih. Ada je rupanya. Cuma saya lupa akan kehadirannya. Sorry baju. Sebab awak color putih, tu pasal saya buat-buat lupa.

So malam tu saya showed up macam ni.

Ye ye. Saya tau saya dah kurus. Nanti saya cerita macam mana saya kurus. Eh yeke? Ke kamu tengok saya sama saja? Kalau sama saja, salahkan mata kamu.

Itu jelah rasanya nak cerita. Update lambat sikit sebab baru mintak gambar dari Rein. Ada banyak lagi gambar. Tapi malas nak upload kat sini. Tengok kat Facebook je la. Itupun kalau kamu kawan saya kat Facebook. ;p.

Tata


White dress

Tiba-tiba teringat yang saya ada blog. So sebab tu lah saya post entry baru. Kalau tak post entry baru tu, maknanya saya lupa saya ada blog. Haha. Oh. Sebelum tu, cerita kat bawah ni pasal exam kan? Haa. Result saya ok~ :D. Ok dah. Abes cerita pasal exam. Saya tulis blog ni pun bukan nak cakap pasal exam.

Memandangkan title tu tulis "White dress" so cerita dia pasal white dress la. So jangan merepek cerita pasal benda lain. Apa yang menarik sangat dengan white dress ni? Tak menarik pun. Sebab saya TAK SUKA warna putih. Haha [maaf ye kepada peminat white color]. Tapi sekarang ni, saya terpaksa berlakon yang saya sukaaaaa sangat warna putih. Kenapa? Sebab Jumaat depan (20 Nov), saya dijemput oleh Nik ke birtday party dia [invitation card dia comel. ada bulu-bulu2 ;p] dan dress code untuk perempuan adalah WARNA PUTIH, dan lelaki pulak WARNA HITAM [tiba-tiba nak bertukar menjadi lelaki time malam birtday party tu. Boleh?].

Korek-korek almari, hampir 97% baju saya yang tergantung dalam almari tu WARNA HITAM. Adeyh. Kena korek-korek kat kedailah nampaknya. Tapi ada masalah jugak kalau nak korek-korek kat kedai. Sebab sebelum korek kat kedai, kene korek-korek purse dulu. Tapi bila korek purse, ada resit je. Bahahaha.

Oleh itu, saya perlu berusaha untuk adakan jugak baju/dress warna putih tu. Good luck kepada saya untuk mencari dress putih itu. Tak pun saya tukar baju-baju yang berwarna hitam dalam almari tu kepada warna putih. Boleh ke macam tu? Haa. Sesiapa ada kenal tak mana-mana fairy yang turun dari langit lepas tu munculkan satu dress putih yang cantik? Ala macam fairy tale tu. Kalau ada, tolong kasi contact number fairy tu eh? Ngahahahah.

Ok lah. Dah malas tulis. Saya nak pergi window shopping dress putih kat blog-blog orang ni. Kita tengok je lah apa hasilnya 20hb nanti. Hoho.

Tata.

To Nik,
Teela tukar theme dengan Mukhlish la eh? Teela jadi witch, Mukhlish jadi angel. ;p

Exam Fever~!

Wooaaahhhhh.. Sebenarnya macam dah lupa yang saya ada blog. Mwahahaha. Kesian blog saya ni ditinggalkan berseorangan. Maaf ye Encik Blog [heh. blog ni lelaki ke? Takpe lah. Since saya perempuan, kita assume blog ni lelaki jek la. ;p] saya bukan takmo lawat awak, cuma saya takde masa je. Saya bz nak tengok movie, bz nak main game kat Facebook, bz nak golek-golek kat katil, dan macam-macam lagi lah. Oh. Satu lagi. saya bz STUDY. Wahh~ study kerrr?? Betulla study. Sekarang ni exam week la.

Sebut pasal exam, hari ni 1st paper saya. Paper Probability and Statistic. Alhamdulillah boleh jawab. Tapi careless mistakes tu tak tau lah sebab saya memang sangat terkenal dengan careless mistakes kalo bab-bab Math nih. Tak percaya tanya Mukhlish. Haha.

Next paper saya on 9/10/2009. Itu paper last saya [amek 2 subject je sem ni. Sangat membazir. T_T] . Maka dengan itu, saya ada baaanyaaakkk gap untuk saya enjoy~ eh silap. Untuk saya study~ [kononnya la]

Sempena exam week ni, saya nak ucapkan good luck kepada kawan-kawan saya, dan juga kepada seemuuuaaaaa student MMU. Jawab exam baik-baik ye rakan-rakan sekalian :D *peace* [Sebenarnya saya tulis blog ni sebab nak wish good luck ajer. Tapi sempat merepek pulak dulu. ;p]

Oh ye. Saya ada satu info nak share dengan korang.

Tahukah anda?
Otak berfungsi menyatukan maklumat ketika kita tidur. Waktu tidur amat penting untuk kita mengingati kembali perkara yang telah dibaca.


So, jangan lupa tidur lepas study ok? ;)

Sambil tu usha laman web ni http://mySVR2u.net/MY67005720

Tata.

No air


how do you expect me
to live alone with just me
'Cause my world revolves around you
It's so hard for me to breathe

Song of the day - IF YOU DON'T KNOW ME BY NOW


If you don't know me by now

You will never never never know me

All the things
That we've been through
You should understand me
Like I understand you
Now girl I know the difference
Between right and wrong
I ain't gonna do nothing
To break up our happy home
Don't get so excited
When I come home
A little late at night
Cos we only act like children
When we argue fuss and fight

If you don't know me by now
You will never never never know me

We've all got our
Own funny moods
I've got mine,
Woman you've got yours too
Just trust in me like I trust in you
As long as we've been together
It should be so easy to do
Just get yourself together
Or we might as well say goodbye
What good is a love affair
When you can't see eye to eye

If you don't know me by now
You will never
Never never know me


by Simply Red
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...