Jangan lupa click saya :)

What will your heart do today?

Will beat 93,941 times, pump 1,378 gallons of blood, and push that blood nearly 10,194 miles throughout my body!
Created by MyFitnessPal.com




Gemuk itu penyakit

Sekarang ni, ramai betul orang gemuk dekat sekeliling kita. Tapi kita tak kisah pun. Sebab macam dah jadi perkara biasa. Malah, orang gemuk sendiri pun rasa "biasa" bila gemuk. Kenapa rasa "biasa"? Sebab boleh dikatakan, orang gemuk adalah majoriti rakyat Malaysia sekarang. 

30% penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30% lagi obes.  -Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai-

*pic pow dekat pakcik Google*


Bermakna, 60% rakyat Malaysia gemuk. Tapi, ramai orang tak sedar yang gemuk ni merupakan satu penyakit yang merbahaya. Mesti kamu tak terfikirkan? Mesti kamu macam "ala gemuk je pun. Kenapa gemuk tu penyakit pulak?" Haa.. Kat situ la kamu semua dah silap. Meh saya bagi tau kenapa gemuk tu adalah satu penyakit yang merbahaya sangat.

Bila kamu gemuk, kamu telah membuka pintu yang luas untuk penyakit-penyakit datang kepada kamu. Antaranya adalah:

  • Darah tinggi 
  • Sakit jantung
  • Hipertensi
  • Barah usus 
  • Diabetes
  • Gout
  • Strok
  • Batu hempedu 
  • Penyakit hati
  • Paras kolestrol darah yang tinggi
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
Hah. Banyak kan penyakit. Hanya sebab gemuk atau obes. Tapi nanti ada pulak yang cakap "kalau dah nak kena penyakit tu nak buat macam mana. Dah takdir macam tu" Ewah. sedapnya kau cakap macam tu. Tak pernah dengar ke ayat ni? "Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sehingga dia sendiri mengubah nasibnya".  [amek kau. besar-besar dah tulis. siap font color hijau lagi]

Sebenarnya, kamu sendiri yang kena berubah. Semua penyakit-penyakit tu boleh dielakkan. Kenapa tak nak elak? Kenapa biarkan saja? Sebab "gemuk tu biasa". Kenapa masing-masing buat endah tak endah saja? Sebab penyakit tu semua belum menimpa kamu.

Kamu tahu tak kenapa saya active dalam HERBALIFE?  "Ala sebab kau nak duit kami. Betul tak?" Salah. Sebab saya nak tolong orang-orang yang gemuk supaya tak dapat penyakit yang merbahaya. It's not your money I want, it's your health I am concerned about. Saya yang risau tentang kesihatan kamu. Tapi kamu? Kamu tak risau tentang diri kamu sendiri.

Saya sedih bila saya nak tolong, mereka cakap macam ni "takpelah, aku bahagia dengan badan aku sekarang". Bahagia? Bahagia bila berpenyakit?. Aneh manusia ni. Saya sedih bila saya nak tolong, mereka cakap macam ni "mahal. tak ada duit". Tak ada duit? Tapi  sanggup bertungkus lumus kumpul duit nak beli handphone baru, baju baru, kasut baru. Tapi, bila dah ditimpa penyakit, kena bedah sini sana, dan kos perubatan mencecah puluhan ribu, tiba-tiba ada duit. Sanggup korek segala tabung, korek segala bank untuk bayar kos perubatan asalkan kembali sihat. Kenapa tak elak penyakit tu sebelum dia datang? Mungkin manusia ni akan sedar bila ada sesuatu yang buruk menimpa mereka. Seperti kehilangan ahli keluarga akibat strok ke, diabetes ke. Baru ada "wake up call" dalam diri mereka kot? Tapi tak kan nak tunggu macam tu baru nak bertindak kan?

Saya harap kamu tak termasuk dalam golongan orang yang "bahagia berbadan gemuk" tu. Ubahlah diri ke arah yang lebih baik. Mencegah lebih baik dari mengubati.


 Mungkin tulisan saya kali ni agak kasar. Mungkin ada yang terasa hati dengan apa yang saya tulis. Saya minta maaf. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa. Saya cuma nak menyedarkan kamu dan menolong kamu. Saya sayang orang yang sayang saya. :)





Calculate your body frame

Hah! Dah baca tajuk? Bagus. Hari ini saya nak ajar kamu cara untuk mengetahui body frame kamu. Small frame? Medium frame? or Large frame? Penting untuk kita tahu body frame kita jenis yang mana satu supaya kita senang nak tau berat yang sesuai dengan kita pnya ketinggian dan saiz. :D

Orang selalu category kan saya sebagai Medium frame by just looking at me.  Saya sendiri pun assume saya adalah Medum frame. Maybe sebab saya agak tinggi kan. Ok now jom kita sama2 buktikan sama ada saya sememangnya M frame, or L frame, or even S frame! [wuuu exiceted nih~] Kamu pun jom sama-sama calculate dengan saya.

*edited*
Saya jadi semangat yang berkobar-kobar pun lepas baca dari blog ni --> http://myh3rbalif3.blogspot.com/2009/01/small-frame-medium-frame-large-frame.html

Kamu perlu sediakan:
  • Diri kamu [ahaha. ni mesti la. sebab nak ukur diri kamu kan]
  • Pembaris / Measurement tape
Ha dah. Tu je yang perlu disediakan. Sape tak tau measurement tape tu apa, ni gambar untuk tatapan hati.
Dah ada semua? Lets begin!

Oh. Sebelum tu. Untuk calculate body frame ni ada 2 methods.
  1. The Wrist Method
  2. The Elbow Breadth Method
Yang paling senang nak buat adalah method 1. Method 2 agak tricky sikit. Tapi untuk lebih accurate, kita buat dua-dua method. Ayuh!

The Wrist Method
  • Ukur tinggi kamu. My height is 171cm 
  • Ambil measurement tape dan ukur wrist kamu. Macam ni

Dah dapat berapa inci? My wrist is 5.9inch

Kalau kamu lelaki, tengok table ni
 

Male Wrist Measurements

Height more than 5' 5"
(More than 163cms)
Small5.5" - 6.5"
(140 - 165mm)
Medium6.5" - 7.5"
(165 - 191mm)
LargeMore than 7.5"
(191mm)

Then kalau kamu perempuan, tengok table ni.

Female Wrist Measurements

Height less than 5' 2"
(Less than 155cms)
Height 5' 2" - 5' 5"
(155cms - 163cms)
Height more than 5' 5"
(More than 163cms)
SmallLess than 5.5"
(140mm)
Less than 6.0"
(152mm)
Less than 6.25"
(159mm)
Medium5.5" - 5.75"
(140 - 146mm)
6" - 6.25"
(152 - 159mms)
6.25" - 6.5"
(159 - 165mm)
LargeMore than 5.75"
(146mm)
More than 6.25"
(159mm)
More than 6.5"
(165mm)

Base on table kat atas ni,
My height = 171cm
My wrist = 5.9"

Sooo~~~~ I'm considered as SMALL Frame~!!!! Yeayyyyyyy~ result saya yang color purple tu. *happy* Setelah membuat kiraan ni, saya sebenarnya bukanlah orang yang bersaiz Medium. Kikiki.

Ok mari kita cuba method 2 pulak.

The Elbow Breadth Method
Sebab cara dia agak tricky, kamu boleh refer gambar ni



Paham kan? Kalau tak paham jugak, sila google. Saya dah ukur my elbow breadth. So my elbow breadth is about 2.2"

Kalau kamu lelaki, refer table ni

Male Elbow Measurements
Medium Frame

Height Ft and InElbow Breadth InchesHeight cmsElbow Breadth mm
5' 2" - 5' 3"21/2" - 27/8"155 - 15864 - 73
5' 4" - 5' 7"25/8" - 27/8"160 - 16867 - 73
5' 8" - 5' 11"23/4" - 3"170 - 17870 - 75
6' 0" - 6' 3"23/4" - 31/8"180 - 18870 - 79
6' 4" - 6' 7"27/8" - 31/4"190 - 19873 - 83

 And kalau kamu perempuan, refer table ni

Female Elbow Measurements
Medium Frame

Height Ft and InElbow Breadth InchesHeight cmsElbow Breadth mm
4' 10" - 4' 11"2 1/4" - 21/2"146 - 14857 - 64
5' 0" - 5' 3"2 1/4" - 2 1/2"150 - 15857 - 64
5' 4" - 5' 7"2 3/8" - 2 5/8"160 - 16860 - 67
5' 8" - 5' 11"2 3/8" - 2 5/8"170 - 17860 - 67
6' 0" - 6' 4"2 1/2" - 2 3/4"180 - 19063 - 70


(If your elbow breadth is less than those in the table for a specific height, you are small framed. Similarly, if your elbow breadth is bigger than those in the table, you are large framed) 


[table di atas dikutip dari--> http://www.am-i-fat.com/body_frame_size.html]

 

Ok. Tak paham? Table tu adalah untuk kiraan Medium Frame. Sekiranya saya adalah Medium Frame, elbow breadth saya sepatutnya berukuran 2 3/8" - 2 5/8" [2.375" - 2.625"] Memandangkan ukuran saya less then that, secara offical saya adalah SMALL frame~ *double happy*

Macam tak percaya pulak bila tau saya ada lah small frame. Saya akan berusaha dengan gigih untuk turunkan berat saya at least 58kg. Oleh sebab saya small frame, boleh la saya aim 55kg~ Saya boleh! So berat saya sepatutnya berada dlm lingkungan 55kg-58kg sahaja. Saya boleh~!

Kalau kamu malas nak tengok table tu, nah pegi kat link ni. Dia akan calculate untuk kamu. Siap boleh tau jugak berat ideal kamu base on kamu punya size.

http://www.etoolsage.com/calculator/Frame_Size_Calculator.asp
Senangkan? Selamat mengira~

Selama ni saya rasa saya Medium frame mungkin sebab lemak-lemak yang bertaburan kat dlm badan saya ni dan menyebabkan saya kelihatan besar. Haha. Sekarang saya nak menceriakan diri sebab dah tau saya SMALL frame. Hikhikhik. *happy*

Tata~



Edit edit

Iyah~ Iyah~ Fuh~ *bersusah payah edit blog*  Ha blog saya bertukar wajah lagi. Rajin kan saya? Kenapa saya tukar lagi? ada few reasons behind that. 

  • Saya tak suka side bar sebelah kiri. Bila side bar tu sebelah kiri, rasa macam "aku mesti kena tengok side bar". Paham tak? Macam mata tu automatic pandang situ sebab kita read from left to right kan. Disebabkan side bar ni hanya sesuatu yg patut duduk tepi saja, oleh itu saya prefer dia sebelah kanan. Baru lah takde perasaan "aku kena tengok side bar" [eh panjang pulak kau explain pasal side bar kau yg tah apa-apa tu]
  • Tak cukup navigation bar. Sekarang ni blog saya dah taruk navigation bar~ Nampak tak? Ha? Tak nampak? Tu bawah header tu ada kotak2 pink. Menda tu la. [ke header pun tak tau mana?]. Tapi saya tak abes edit lagi. Template dulu dia dah fixed kan how many. Tapi saya tamak. Nak banyak. [tapi ada banyak pun kau belum guna semua]. So oleh itu, saya decided untuk edit sendiri. Lepas tu saya happy sebab boleh suka hati nak letak berapa banyak pun. Haha.
Ha itu lah antara sebab kenapa tukar lagi. Eh. 2 reasons saja rupanya. Ingat macam banyak sangat. Kenapa saya tak cari saja template yang dah siap dengan navigation bar? Kenapa kena edit sendiri? Eh banyak tanya pulak dia. Sebab template-template yang ada macam tak memuaskan jiwa saya saja. Mesti ada je yang tak kena. Bila edit sendiri, saya boleh sesuka hati nak edit macam mana. 

So sekarang ni blog saya macam ni la pulak. Simple saja. Tapi saya selesa. Lepas tu navigation bar saya tu kamu jangan lupa click. I will update it form time to time. Hehe. 

Ok dah. Nak continue edit my blog. Oh oh. Before that. Saya dah ada formspring [walaupuan macam takde siapa nak tanya apa2]. Feel free to ask me about HERBALIFE or anything. http://www.formspring.me/sy3era. Or boleh tengok dekat side bar saya. :)

Tata~



Fakta-fakta yang mungkin kamu tidak tahu?

Saya nak share fakta-fakta menarik yang saya suka nak share. Mungkin ada di antara kamu sudah tahu, dan mungkin juga yang belum tahu. Saya pun ada jugak antara fakta2 ni yang saya dah tahu dan ada juga yang saya baru tahu. Hehe. Saya ada jumpa banyak. Tapi saya nak share yang ni saja. Kalau kamu nak tau lagi banyak2 jangan segan silu nak mencari pakcik Google ye. Nah nah baca. Untuk menambah sedikit ilmu pengetahuan. ;)


Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud 'tidak'

Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. [saya baru tau. haha]


Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.

Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras. [ni pun saya baru tau. haha. tapi menarik]

Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat. [tapi kalo belajar time biology dulu, rasa lambat je maklumat tu nak sampai ke otak sebab nak kena lalu banyak tempat sebelum sampai ke otak. Sape amek biology tau kot apa saya ckp ni.]

Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya. [fakta yang comel. thanks tupai~]

Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.

Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda. [senyumlah senyumlah wahai cek mek molek~]

 
Kucing tidak boleh merasa rasa manis. [ala kesiannya kucing. Tapi elok untuk kesihatan. benda manis tak elok la kucing.]

 
Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang



Ok dah.

Tata~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...