Jangan lupa click saya :)

Assignment oh assignment

Hai Hai

Tak fair~! Tak fair~! Eh. Tapi rasa macam fair pulak. Apa yang kau fair tak fair nih? Begini kisahnya. Saya sebagai pelajar university, [heh. kau masih seorang pelajar university? Eh Of kos lah~] pasti lah ada assignment yang perlu dihantar. Maka, setiap kali deadline [line mati?] saya pun akan bersengkang mata untuk menyiapkan assignment saya. Saya pun akan memaksa kekasih saya juga menyengkangkan mata beliau demi menemani saya menyiapkan assignment saya. Sweet kan saya? kekasih saya?

Kami pun berjuang menyiapkan assignment sampai tertidur-tidur di library foyer sambil berdengkur. Kahkahkah. Tapi di sebabkan foyer tu macam tak hebat sangat, aircond pun tak sejuk, nak minum air or makan jajan untuk hilangkan mengantuk pun tak boleh sebab nanti mak guard amek dan dia pun makan buang, tapi kadang-kadang saya minum air dan makan jajan curi-curi juga di dalam foyer. Oleh itu, saya bersama kekasih membuat keputusan untuk pergi ke Mekdi. McD lah. Kat McD boleh makan. Kat McD boleh minum. Kat McD boleh habiskan duit. Kat McD ada aircond sejuk sampai rasa nak beku. Kat McD ada Wifi. Kat McD juga boleh membuncitkan perut. Oh sudahlah. 

Maka kami haruslah melakukan penghijrahan dari foyer ke McD. [mentang-mentang ada kereta pinjam sekarang~ berjalan saja tau kan. Eh, mesti lah~] Walaupun jam sudah menunjukkan jam 2pagi, namun hati tetap teguh untuk menyiapkan assignment. Sampai pukul 5 duduk kat McD tu tapi akhirnya kami mengalah. Mata dah mengantuk yang teramat sangat walaupun dah minum coffee bergelas-gelas setelah di refill berkali-kali. Ibarat coffee di McD itu sudah kering dek kerna kami. Coffee pun dah tak boleh melawan kehendak mata yang membuak-buak mahu tidur itu. Kadang-kadang tak paham macam mana budak FCM boleh tak tidur siapkan assignment. Sudahlah bercerita tentang coffee dan budak FCM. Apa jadi dengan assignment? Tak berjaya siapkan 2 soalan out of 10. Tak apa lah. Pasrah. Hantarlah mana yang mampu. Harap lecturer mengerti. [Apa yg nak dimengertikan?]

Balik saja bilik, tanpa perlu menunggu walau sesaat, saya pun merebahkan diri ke atas tilam hostel yang memang tak empuk langsung tu. Lalu saya lena tanpa dibuai sebarang mimpi akibat tak cukup masa nak mimpi. ZzZzZzzz

Bila bangun pagi, tergesa-gesa print assignment sebab bangun lambat. Mujurlah hanya 3 pages. Jalan laju-laju menuju ke lab. Haruslah semangat kerana saya sudah siapkan 80% dari assignment tersebut. Sampai saja ke lab, fuh~ lega. Lecturer belum sampai. Bila lecturer masuk saja dalam lab,  lecturer berkata 

"U suppose to submit your assignment today rite?" 

"Yes! Yes!", kata saya di dalam hati.

Namun seluruh umat di dalam lab menyepi. Seperti tidak mengerti apa yang dimaksudkan lecturer lagaknya. Termasuk lah saya.

"I'll give u 2 chances. You can submit today or next Tuesday. It is your decision. If you want to submit next Tuesday, we will continue our lab 6", kata lecturer lagi.

"Submit next week~!" Kata seorang student berbangsa cina. Dan rata-rata seluruh umat di dalam lab bersetuju. 

Dengan slumber lecturer berkata, "Okay, you can submit your assignment next week." Lalu dia memulakan pembelajaran seperti biasa.

I was like "Whatt?????? Submit next week??? Why??? Why?????" Hantuk kepala kat meja berulang kali. Ok tak. Tipu je. Ok. Sekarang ni nak happy ke nak emo? Cepat pilih. Happy? Sebab submit next week so saya boleh siapkan lagi 2 soalan. or Emo? Sebab malam tadi saya dah bersengkang mata memerah otak untuk cuba siapkan assignment tu walaupun tak siap semua tapi skali kena hantar next week pulak. Anda tentukan jawapannya. Taip Jawapan (jarak) Happy/Emo dan hantar ke 38475. Eh tak perlulah. Biar saya saja yang tentukan. Mestilah HAPPY. Tapi dalam masa yang sama, stress jugak sebab kalau tau hantar next week, saya tidur je semalam. Cis. Tapi, misal kata saya tidur je malam tadi, mesti assignment ni hantar harini kan? Itulah takdir. Tapi haruslah memandang sesuatu dari sudut positif ye. Harus bergembira sebab boleh siapkan semua 10 soalan instead of 8. Yeahh~ go Syeera. You can do it!

Tapi nak emo jugak dekat seseorang. Suka-suka hati nak tiru assignment saya dengan menangkap gambar solutions saya curi-curi menggunakan iPhone dia. Cis. Ingat saya tak nampak ke? Grrr. Akan ku sumpah kau.. Eh tak perlulah.

Ok dah. Tu je.

Tata~



Button "Home"

Hai  Hai

Nak bagi tau kisah benar yang baru sahaja terjadi. Kisah si Google Chrome. Saya baru terkebil-kebil install Google Chrome ni. Sebelum ni saya guna Mozilla Firefox sebagai browser saya. Tapi tadi tiba-tiba rasa nk try Chrome sebab bengang dengan Mozilla yang tak mau display blog saya cantik-cantik. Tak tau silap setting apa tah. So lantak kau Mozilla. Aku nak guna Chrome pulak. Boooo~

So saya pun install Chrome. Lepas dah install, saya terkebil-kebil lagi. Ye la kan tak biasa lagi dengan Chrome ni. Yang paling membuatkan saya terkebil-kebil ialah saya tak jumpa button "Home" dekat Chrome nih. Isk. Takkan la tak ada button "Home" pulak. Tiba-tiba rasa tak hebat la pulak Chrome ni takde button "Home". Takkan nak tekan "Back" je.

So saya membuat keputusan nak tanya incik Google. Saya pun type "where is home button on google chrome" Hah. Rupanya ramai yang mengalami masalah macam saya rupanya. Fuhh legaa. Bukan la saya noob sorang-sorang. Menurut mereka, by default button "Home" ni memang tak ada. Kena enable sendiri. Heh. Aneh. Sesuatu yang begitu penting tidak di "enable" kan. [di "enable" kan? Fail kalau buat karangan BM ni]. So saya pun follow lah step untuk enable button tu dekat sini. Hah. Baru lah ada button tu dekat toolbar saya. Oleh itu saya sudah boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Tapi still tak paham. Kenapa tak terus adakan je button tu? Kenapa kena enable sendiri?

Dah la.

Tata~

Counting Days *wink*

 Hai Hai

Saya haruslah rajin update blog supaya blog saya tak kecik hati walaupun blog takde hati. [dah mula dah dia nak tulis belit-belit]. 

Saya sedang mengira hari. Sebab sesuatu yang besarrrrrr akan tiba. Apa? Nak kawen ke? Untuk ketika ini, saya harus membiarkan soalan ini menjadi tanya tanya. Gagagagaga [bukan Lady Gaga. tapi gelak yang tak tau jenis apa]

Hoookayyyyyy. Saya tak mau bagitau kamu lagi apa yang saya tunggu sebab sesuatu yang saya tunggu tu belum ada or belum tiba. Kalau bagitau awal-awal sekali tak jadi, malu pulak kan? Nanti bila sesuatu itu sudah tiba, saya akan invite bagitau kamu okayh! Hehehe. Tak lama dah. Sehari dua je lagi. Ayuhlah berdoa bersama saya supaya segala urusan berjalan dengan lancar ye. Kalau tak lancar, lambat pulak nanti. Hehehe.

Ok dah. Tu je. :D

Tata~ [kenapa Library foyer ni panas dan bising! Boooooo]

 

Update dalam Otak

Hi Hi

Haihhhhhh~~~~~~~~~ [opah kata tak baik mengeluh].  Lama tak update blog. Saya update blog dalam otak saja. Macam mana update blog dalam otak? Kalau saya duduk diam dalam kereta or on the way pergi class or baring-baring or apa-apa lagi lah saya suka fikir apa saya nak tulis dalam blog saya. Tapi dalam otak saja lah. Sudahnya habis macam tu saja. Jari-jemari pun tak menari-nari dipapan kekunci ni. Ye la kan. Kata update dalam otak je. Kalau nak ikutkan, dah banyak cerita saya update woooo. Tapi bila saya buka blog, balik-balik entry lama je. So saya macam "Eh bukan aku ada update blog ke hari tu? Oh. Dalam otak saja."

Nak tulis balik cerita yang saya update dalam otak tu dah macam lama la pulak kan. Cerita pegi Extravaganza Bangkok naik tren pun tak update [tapi dah update dalam otak]. Nak cerita pasal birthday pun tak update [tapi dah update dalam otak]. Pendek kata, banyak lagi lah. Takpe lah. Lupakan kisah lama. Kita harus meneruskan hidup. 

Oklah. Saya nak pegi class ni. Nanti saya tulis-tulis lagi. 

Tata


Congratulationnn~~~

Pop pop pop.  Booomm~! Booommm~!! Booommm~~~. *bunyi mercun meletup-letup* Saya cakap congratulation dekat siapa? Untuk apa? Haa ni la nak cerita ni. Dah lama nak wish kat dalam blog ni. Tapi tak buat-buat. Biasalah kan. Procrastinate. So sekarang baru nak wish. Wish dalam blog la. Kalau wish guna mulut dah siap dah. Awal-awal lagi dah. Oh. Ni entry pendek je. Saya nak ucapkan tahniah kepada :-

Unty Yah - Sebab dah pregnant after 2 months consume HERBALIFE. Happy for her!
Uncle Sabri - Sebab dah qualify jadi Senior Consultan. 
Unty Hashimah - Sebab dah qualify jadi Qualified Producer

and last but not least,

To my dearest B, Mohd Mukhlish sebab dah jadi Fully Qualified Supervisor~!!! 

Ha tu dia. Besar terus font. Hahaha. Congratulation semuaaa~

Ok dah. Next entry, Cerita pasal Extravaganza Bangkok! Nak tau experience saya naik tren tak? Hihi :D

 Tata~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...