Jangan lupa click saya :)

150 juta kali~

Saya sangat suka lagu ni. Sangat sama dengan saya dan boyfie saya. hikhikhik.
I love u B~

Enjoy~



Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..


be my penguin



My dearest B,

..BE MY PENGUIN..?

Birthday lagi.

Ooo yeahh. Birthday again. Hehe. Happy Belated Birthday my lil Sis~ [Her birthday was on 20th August. Dah wish dah dekat dia. Just lambat update kat sini saja. Kikiki] GudLuck in your PMR~~ Love u soo muchh~ I have something special for u as your birthday present. But u have to wait. Gahaha.

Tata~

Dah Ogos?

Alamak~ isk. Tak ada update untuk bulan July. Aiyakk~ Huk. Takpe lah. Anggaplah July itu tidak wujud. [eh. suka hati kau saja]

Saya nak share dengan kamu birthday present yang saya bagi dekat boyfriend saya. Kikiki. [Ayooooooooo tak habis lagi cerita birhday present dia] Isk. Saya dah janji nak tujuk kan haritu? Oleh itu, saya tidak boleh mungkir janji. Saya akan tujukkan juga walaupun sudah bulan Ogos. Saya tidak pedulik!

Saya bagi ape? Yeahh. Saya bagi couple T. Hohoho. Comel kan saya kasik couple T dekat boyfriend saya. Gahahaha. Oi Oi. Ni bukan couple T beli kat kedai tahu. Saya jahit sendiri ke? Tak lah. Saya bukan tahu untuk menjahit sehelai baju pun. Apatah lagi dua helai baju. Tapi yang tak bestnya, kitaorang belum berkesempatan untuk pakai couple T saya yang comel tu. Reason nya adalah kerana kami terlalu bz untuk keluar dating. Asek ulang alik pergi office Herbalife saja. Maka masa untuk kami dating lenyap begitu saja. Oleh itu, saya tak adalah gambar kami berdua berposing-posing dengan couple T tersebut.

Hoooooooooo sudah tentu kamu kecewa kerana saya takada gambar Couple T tersebutkan? Tapi jangan risau. Saya ada bekap plan. [Ewah!]. Ada ni gambar. Nah nah. Saya kasik kamu tengok. Tengok la tengok la. Lepas tu mesti cakap "comelnyaaa". Mesti kena cakap sebab saya suruh.


Tadaaaaa~~~~



Comelkan? Saya tahu. Hahahah. Kalo kamu ckp "biasa aje" Saya tak kisah pun sebab boyfriend saya cakap comel. Heeeee :D. Kan betul saya ckp saya tak beli kat kedai. Baju ni pun ada seketol je kat muka bumi ni. [wah begitu confident] Ye la. kalo ada yang design sama skali pun, tapi nama tu tak mungkin sama betul tak? Kalau sama saya nak ambil gambar dengan orang tu lah. :D

Dalam gambar ni ada salah eja sket nama boyfriend saya. Kehilangan "H". Tapi yang betul-betul punya dah ok. Soo ini saja lah benda sweet yang saya boleh fikir buat masa tu. Tapi still tak boleh lawan video boyfriend saya yang lagi sweet. Kami couple yang manis. Haha.

Ok. Dah habis cerita

Tata

Random fact:
Saya seorang yang tinggi.

Ada kena mengena ke?

Tadi saya rajin. Saya pergi library. Awal-awal sem dah pegi tau~ Bukan macam kamu. Malas. Hikhikhik. [Sila berhenti meriakkan diri] Ok ok. Saya pergi library bukan sebab nak study ke apa. Sebab nak guna pc dekat library untuk hantar email pada lecturer saja. Tapi entry ni saya bukan nak cerita pasal isi kandungan email tu ke apa semua. Saya nak cerita satu kejadian sebelum saya masuk ke dalam library. Saya jatuh depan library ke? Haishh! Pandai-pandai saja kamu ni. Mana ada~

Kisah ini melibatkan saya dengan pak gad berbaju biru.

Saya tahu kalau nak masuk library tak boleh bawak air & beg besar. Jadi, saya sebagai Personal Wellness Coach Herbalife dan juga pengguna setia Herbalife, [sesiapa yang berminat untuk menjaga kesihatan, menurun atau menaikan berat badan, boleh hubungi saya ye. :D] terpaksalah letak beg besar dan botol air besar saya tu dekat luar. Tengok. Saya patuh arahan library tu tahu. So sebelum masuk tu, saya pun nak silent kan phone saya. Patuh lagi. Saya berdiri sebelah pak gad berbaju biru yang sedang duduk dekat kerusi dia tu lah. Saya nampak dia pandang saya. Tapi saya buat tak tau saja. Tiba-tiba dia bersuara:

[Berikut adalah dialog ringkas saya bersama dengan pak gad berbaju biru]

Pak gad : "Dik, SUBANG kaki tak boleh pakai masuk library" [sambil sengeh-sengeh]
Saya : *blur* "ha? SUBANG? ni bukan subang. ni cincin". [tanpa memandang wajah pak gad]
Pak gad : "Ha yeke? Ha tak boleh pakai"
Saya : *blur lagi*

Sehingga saat saya tulis entry ni pun saya masih blur. Apa kena mengena cincin kaki saya dengan nak masuk library? Kalau saya pakai cincin kaki saya masuk library, saya boleh curi buku nyorokkan dekat cincin kaki tu ke? Saya punya nose stud ni dia tak heran pulak? Isk. Pelik-pelik la pak gad sekarang ni. Oleh disebabkan mood saya tadi sangat-sangat baik, saya pun malas cakap apa-apa, tanggal cincin tu depan dia, trus blah masuk dalam library. Bila masuk kat dalam baru saya pakai balik. Saya malas nak argue dengan pak gad ni. Saya tak tau la pulak kalau dia saja nak bergurau ke apa kan. Kalau dia saja nak bergurau, kiranya nasib dia baik lah hari ni. Kalau dia bergurau time mood saya tak elok, haa sat lagi macam-macam lah saya cakap. Mulut saya memang "manis" sikit kalau saya marah.

Sampai sekarang saya blur lagi.


Random fact:
Sekarang saya blur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...