Jangan lupa click saya :)

Team national dance yg comel

Wahhh~ Dah tengah bulan 2. Bulan Jan tak ada update langsung! Isk Isk Isk. Nak buat macam mana. January tu bulan paling bz saya dalam sejarah. Hari-hari ada submission assignment, FYP submission & presentation, national dance test, Festari, SPECTACULAR,  fuhhhh memang tak rest langsung lah. Serious! Lepas tu, final exam pulak~ Sekarang tengah exam week. 4 papers dah siap saya belasah. Tinggal satu je lagi paper. Esok! 18 Jan 2011. Tapi pukul 8 malam. Haaa ni 1st time jugak saya ada exam malam. [tapi kau sempat lagi update blog ye?]

Sudah-sudahlah cerita pasal bulan January yang dah berlalu tu. Mari kita terus kepada titik kenapa saya update blog hari ni. Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih dekat team National Dance saya. Hihihi. Kenapa sekarang baru nak cakap terima kasih? Laaaaaaaa kan tadi dah cakap masa bulan 1 tu saya bz & tak sempat update blog. So sekarang je la baru ada masa. :D

Saya panggil team saya ni special sebab kita semua dari different faculty.  [Okla sebenarnya saya and lagi 3orang je faculty lain. The rest semua dari FOM]. Tapi, bila time practice, semua bagus. Wahhh sayang gila dekat mereka. Ada je yang tak show up time practice sebab ada urusan lain, tapi still ingat step. Tu yang sayang lebih tu. Memang tak ada masalah besarlah dengan dia orang nih. Suka! suka! Semuaaaa dengar cakap saya. Tak ada yang nak buat perangai sendiri. :D. Lepas tu, 80% dari team saya semua chinese. Hihihi. Oh. Sebenarnya class national dance sem ni, 90% semua chinese je. Lepas tu ramai dari FOM & FOE. Saya sorang je la kan FIT yang sesat. Maybe ada sorang dua kot. Tapi group lain.

Mula-mula saya ada problem nak hafal nama dengan ingat muka dorang. Hahaha. Confuse wei. Sebab saya rasa muka dorg sama je. Bila dah selalu lepak practice dengan dorg, barulah macam hafal sikit. Tapi still ada salah jugak. Hahaha.

Untuk final presentation group saya buat tarian 1Malaysia. Sesuailah dengan team saya yang memang ada semua kaum. :D. Meh meh saya share gambar sikit.

 Jeng jeng~ ni lah team national dance saya~ 


 Yang ni saya punya Malay dancers :D



 Chinese Dancers~



Last but not least, Indian Dancers~

Comel je semua. Termasuk lah saya. Masa malam final presentation tu, saya puas hati lah dengan mereka semua. Dorg dah bagi yang terbaik. Sayang korang~ Bila dah habis presentation, rasa rindula pulak. Sebab dah tak jumpa dorg untuk practice. Sebab sebelum tu, tiap-tiap malam jumpa.

Saya pun terharu dengan dorg ni. Sebab Intan, Iqa & Arisya ada bagi saya card. Lepas tu, Pauline pulak bagi saya present. Wahhhh terharu gilaaa~ Comel betul dorg nih. Tak sangka lah dorg appreciate saya sampai macam tu sekali. Serious tak sangka. *nangis-nangis keluar air mata happy*

Hopefully one day boleh gather balik semua n kita keluar lepak2! Hihihi.

Dah tu je. Jom tido! Study!

Tata~




Happy New Year!!!

Saya nak wish kepada semua readers saya HAPPY NEW YEAR!!!!! Semoga tahun 2011 menjadi tahun yg lebih baik untuk kita semua~ Kenapa wish awal sangat? Oh. Sebab malam nanti saya tak ada kat bilik. So nanti tak sempat pulak nak conteng-conteng blog while still in 2010. Hehe.

Ok. Sebelum mengundur diri, mari doa sama-sama~

Ya Allah ya Tuhan ku,
Kau murahkanlah rezeki Mama dan Papa Syeera,
Ya Allah ya Tuhan ku,
Kau permudahkanlah urusan business Herbalife Syeera dan teamnya.
Ya Allah ya Tuhan ku,
Semoga Syeera dan teamnya dapat berkembang dan boleh membantu lebih ramai orang. 

Aminnn~


Saya sambut New Year kat mana? Kat FIT Atrium saja. Hahaha. Sebab ada drama practice. Ok la tu. At least ada buat something. Kalau tak? Sambut kat bilik saja. Haha.

Ok. Dah. Ni adalah entry saya yang terakhir. Eh? Dah takmo tulis blog? Bukan laa. Ni entry saya yang terakhir untuk tahun 2010. Heehehe. 

Tata readers~

See U next year!!!



kuih itu tak sedap

Hello~
 
Nak tunjuk satu animation picture. Hihihi.

Title       : "Kuih itu tidak sedap"
Location  : Ikea Food Court
Time       : Suatu ketika dahulu. [ni masa saya pegi jalan-jalan dgn kekasih kat Ikea. Bila tah. Lupa dah]
Model      : Kekasih hati saya

Nah nah tengok





Dah. Tu je. Hikhikhik

Tata~

Manusia aneh

Aneh manusia ini.

Mereka selalu inginkan kekasih yang:
  • Sentiasa menyayangi mereka dan caring terhadap mereka.
  • Sentiasa bersama mereka ketika suka dan duka.
  • Sentiasa menghubungi mereka.
  • Sentiasa mengucapkan selamat malam sebelum mereka tidur dan mengucapkan selamat pagi apabila mereka bangun dari tidur.
  • Mendengar segala masalah mereka.
  • Memujuk mereka dengan kata-kata semangat apabila mereka ditimpa masalah.
  • Sentiasa membuat sesuatu yang sweet untuk mereka.

 

TETAPI



Apabila adanya kekasih yang:
  • Sentiasa menyayangi kekasihnya dan caring terhadap kekasihnya.
  • Sentiasa bersama kekasihnya ketika suka dan duka.
  • Sentiasa menghubungi kekasihnya.
  • Sentiasa mengucapkan selamat malam sebelum kekasihnya tidur dan mengucapkan selamat pagi apabila kekasihnya bangun dari tidur.
  • Mendengar segala masalah kekasihnya.
  • Memujuk kekasihnya dengan kata-kata semangat apabila kekasihnya ditimpa masalah.
  • Sentiasa membuat sesuatu yang sweet untuk kekasihnya.

Namun kekasih tersebut bukan untuk mereka, maka mereka akan berkata: 

  • Kekasih tersebut terlalu mendengar kata kekasihnya. 
  • Kekasih tersebut takut dengan kekasihnya. 
  • Kekasih tersebut asyik menghabiskan masa dengan kekasihnya.
  • Mereka meluat melihat kekasih tersebut selalu memanjakan kekasihnya.
  • Mereka meluat dengan segala yang kekasih tersebut lakukan dengan kekasihnya.

Semua perkara-perkara indah yang mereka harapkan kekasih mereka lakukan kepada mereka, tetapi dilakukan oleh kekasih tersebut kepada kekasihnya, dipandang buruk oleh mereka.

Anehkan? Walhal, mereka juga mahukan kekasih seperti tu pada mulanya.


Saya dan Kad Ceri

Hai hai. :D

Hari Rabu lepas kan, (15 Dec 2010) saya pegi Maybank sebab nak transfer duit kat Herbalife. Nak beli barang and ticket Spectacular [serius lega dah beli. Haritu pegi, takkan kali ni tak pegi kan]. Mulanya ingat nak transfer je la guna ATM machine tu. Tapi tak boleh pulak. Limit RM1k je tiap kali transfer. Aihh~ Pastu fikir nak keluarkan duit then cash deposit kat Herbalife. Tapi teringat yang ada limit jugak. RM1.5k je sehari. Oh! Sungguh tensi saat itu. Ok fine la. Kena lah buat secara manual. Cis Cis. Kena isi borang keluar n masuk tu. Lepas tu kena tunggu number panggil pulak lagi. Time tu jugak la ramai orang kat bank tu. Makanya kenalah tunggu lamaaaaa gilaaaaa. Lama tahu! Sempatlah buat menda merepek dengan boyfriend saya. Seperti kira CCTV, berangan-berangan nak rompak bank [oh polis. jgn tangkap saya. saya orang baik]. Nampak? sungguh tak berfaedah aktiviti ini. Tapi akhirnya kakak kaunter tu pun panggil number saya. Fuhh~ lega~ Settle.  Eh tapi cerita tak habes lagi. Baru settle bank in duit je. Lepas tu saya call Herbalife buat phone order. Call saja senang. Lagipun barang tu kena shipping ke Kuantan. So tak payah pegi pickup pun. 

Tiba-tiba saya macam *tinggggg* nak buat debit card lah. Dah lama pun saya nak buat. Tapi tak pegi-pegi bank. So dah alang-alang dah ada kat bank, buat terus lah. Then masuk balik bank tanya kakak counter tu. Dia suh ambil number lagi. Dan saya kene tunggu LAGI. Zzzz~ Tapi nasib baikla tak lama sangat pun. Kakak Maybank panggil card tu card ceri. Sangat comel. Ceri ceri ceri~ Lepas tu saya pun dah buat card ceri saya~ Card kuning tu kakak tu dah patahkan. Bye bye card kuning.

Maka saya pun dah adalah card ceri. Trus register kat Herbalife. Haha. Semangat betul. So bertambah senang lah buat order nanti. Yay~

Lepas tu, semalam (17 Dec 2010) [nampak sangat lama tak update blog. cerita 2 3 hari sumbat dalam satu entry saja] saya pergi jalan-jalan dekat Alamanda dengan kekasih. Nak beli barang sikit. Then merayau-rayau kat Guardian tu. Saya nampak satu sikat. Rasa macam nak beli. Macam ni lah perempuan kalau shopping. Mesti akan terbeli barang yang tak ada dalam list yang nak beli. Mula-mula pergi keluarkan duit. Tapi tiba-tiba teringat yang saya ada card ceri tu. Saya pun macam "aa~hah! Apa kata kite cuba keberkesanan card ceri ni". So saya beli sikat tu and bayar dengan card ceri. Wah jadi~. Aahahah. Jakun gila kau ni. Tiba-tiba saat tu terasa macam orang kaya. Bahahaha. Sebab swipe2 card n sign2 resit. 

Balik bilik asek tengok je card tu. Tengok macam card tu boleh bagi kuasa ajaib. [orang jakun memang macam ni]

Haha. Dah la. Tu je nak cerita. Bosan lah cerita nih. Kamu pun mesti bosan bila baca. Sebab saya pun bosan bila tulis. Rasa macam "apa aku tulis neh?" Tapi nak publish jugak. Tak kira! ;p [baiklah baiklah. Nanti saya update lah cerita yang berfaedah untuk dibaca ye? saya TAK janji!]

Tata



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...