Jangan lupa click saya :)

Shake EXTRA sedap!

Kenapa?? Sebab ada secret ingredient. Hahaha. takdelah. Acah je. [suka sgt start entry tiba-tiba je. Tak bagi salam ke ape ke] Ok baiklah. Assalamualaikum~ Tak jawab dosa kalau jawab saaayanggggg~ [ok bajet kau Maria Elena la sekarang?] Lamanya tak berjumpa reader kesayangan saya nih. [Saya maksudkan kekasih saya.Sebab dia pembaca setia blog saya. Hikhikhikhik.] Kalau kamu bukan kekasih saya atau family saya, sayang jugak la. Tapi kurang sket. Boleh tak? Boleh la eh.

Kenapa saya tiba-tiba mengarang hari ini?? Sebab nak cerita pasal Shake HERBALIFE saya. Haha. Dah baca tajuk? Bagus. Kalau belum pegi baca balik. Yeaaaaa shake saya sekarang EXTRA sedap. *happy happy* Sebab, saya rasa shake perasa baru~!!!!! Ok2. Cuba teka perasa apa. Tekala. Tekala. Perasa coklat? bukan. Cappuccino? bukan. Vanilla? bukan. Tropical fruit? bukan. Kalau coklat, cappuccino, vanilla & tropical fruit pun bukan, sudah semestinya strawberry! BUKAN JUGAK. Aik? Jap. Kau cerita pasal shake mana ni? Shake HERBALIFE ke or shake lain? Isk sayakan HERBALIFE punya product lover. Mesti la saya cerita pasal shake HERBALIFE. Tapi.. dah sebut semua flavor tapi asek bukan je. AaaaHahh! saya bercakap tentang flavor....... Jeng jeng jeng~
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
* 
[ok cukup lah bintang ni]




COOKIES & CREAM!


Oooo yeahhhh~ Rasa dia sedap giler~! Rasa nak nangis-nangis sebab sedap sangat. Bila minum je cam rasa terbang-terbang je *terbang tinggi-tinggi* Rasa nak golek-golek, lompat-lompat suma lah. Ha macam tu skali saya describe. Over tak? Memang! Sebab dia sedap sangat. Tak tipu sikit pun! Pastu siap ada biskut-biskut kecil kat dalam tu. Bila minum, boleh kunyah biskut bulat kecil yang rangup dan comel. Ni bukan shake yang saya blend2 sendiri pastu rasa jadi macam cookies & cream tau. Memang flavor F1 tu sendiri perasa cookies & cream. Tak yah mintak resepi kat saya macam mana nak buat shake rasa macam cookies & cream sebab saya tatau pun. Hahaha. Tak caye? Tak caye? Nah bukti. 

Haaa saling tak tumpah macam saya punya botol F1 cookies & cream.  Saya bagi F1 cookies & cream ni as a birthday present kat Papa saya jugak tau. Hope he like it. :D. Iklan kejap. Gambar ni saya pow dekat pakcik Google. Kang ada pulak yang serang saya kat Formspring sebab tak kasik kredit kat gambar dia. T___T.

Mesti dalam hati kamu tertanya-tanya macam mana saya boleh ada flavor ni kan? Kalau belum tertanya-tanya, sila tanya sekarang. Tak nak tanya? Takpe. "Macam mana dia ni boleh ada flavor cookies & cream ni?" Yes! Saya dah buat kamu tanya. *wink*. Siapa yang belum tau, flavor ni memang tak ada kat Malaysia setakat ni. Setakat ni lah. Kalau tiba-tiba minggu depan HERBALIFE announce nak masuk flavor ni kat Malaysia, saya tak tau lah. Setakat saya tulis kat blog ni hari ni, belum lagi. Kalau sekarang kamu baca blog saya tapi baru lepas beli F1 cookies & cream kat HERBALIFE office Malaysia, maka kamu dari future :D.

Macam mana nak dapatkan flavor ni? Pegi lah beli kat US or UK. Dua country ni je ke yang ada cookies & cream? Bukan ada kat negara __________ ada jugak ke? [sila isi tempat kosong sendiri]. Sebenarnya saya tau dua negara ni ajer. Kalau ada lain saya tak tau. Hikhikhik. Oh! Kepada yang belum tau, setiap negara, flavor dia vary. Kalau tak salah saya lah, flavor yang macam ada kat semua negara ialah chocolate, strawberry & vanilla. Ni kalau tak salah saya la. Kalau saya salah, mintak maaf nooo~ Lagi satu cara nak dapat flavor cookies & cream or flavor lain yang tak ada kat Malaysia ni, rajin-rajin lah pergi International event okayh Syeera? Baik!

Saya takde lah pergi sampai US or UK or negara-lain-yang-ada-cookies-&-cream untuk dapatkan perasa cookies & cream ni. Saya kirim je kat kawan saya. Hahahah. Sure kamu strees kan. Cite punya la panjang lebar. Ingat kot nak cerita pergi US ke UK ke kan. Saya kirim kat Yana. Anak kepada Capt Saiful & Puan Rahimah. Kalau kamu orang HERBALIFE, sure kamu kenal mereka ni siapa. Ni semua orang yang luarrr biasa. Capt Saiful & Puan Rahimah ni President Team Melayu pertama kat Malaysia, dan anak mereka Yana tu, GET Team. Hebatkan? Tak lama lagi saya pun akan jadi hebat macam mereka. Aminnnnnnnnn~ Ha. Kalau kamu bukan orang HERBALIFE pun mesti kamu dah tau siapa mereka ni sebab saya baru bagi tau. Kalau tak, sila ulang baca.

Saya kirim dah lama. Sejak tahun lepas. Nampak macam lama gila kan sebab sebut "tahun lepas". Tapi sebenarnya takde lah lama sangat. Dalam lebih kurang akhir tahun lepas sebenarnya. 2 3 bulan yang lalu je. Jauh woooooo. Ingat dekat ke UK. Nak urusan, shipping segala bagai. So lama la sikit. Tapi tak sia-sia la sebab rasa dia tak mengecewakan saya langsung! Thank you Yana~!!!  *hugss* [saya rasa F1 saya shipping sama dgn Mini Cooper Yana. Oh yes. Dia ada Mini Cooper.]

Meh saya share cara saya buat shake.

Bahan-bahan
250ml susu HL (mesti yang disejukkan dalam peti)
2 scoop F1 Cookies & cream

Campurkan, goncang, dan enjoy~ Nyum nyum! Mudah, cepat, lazat, dan yang paling penting, berkhasiat dan rendah calorie~~~


Ok lah. Dah ngantuk. Saya nak tidur dulu~ Oh sebelum tu, Kalau siapa rasa nak F1 cookies & cream ni, baca betul-betul ye. Siapa rasa nak. Bukan siapa nak rasa. Boleh sms saya. 013 3948995. Tak nak pun takpe. No problemo bebeh. Oh. Kalau kamu yang dari future tadi, boleh la dapatkan di HERBALIFE office Malaysia okayh? Yang dari future je tau boleh beli kat HERBALIFE office. Yang bukan dari future kena sms saya. Or beli kat negara yang ada jual cookies & cream

Sebelum saya mengundur diri untuk beradu,   

sekiranya saya boleh tolong kamu untuk:
BE HEALTHY
LOSE WEIGHT
GAIN WEIGHT & MUSCLE
MAINTAIN WEIGHT
RESHAPE YOUR SHAPE
IMPROVE SKIN COMPLEXION
or

EARN EXTRA INCOME

please let me know. 
syeera : 013 3948995.
For things to change, YOU have to change.
♥ HERBALIFE

Tata~ Jom sapu nite cream!
 

Team national dance yg comel

Wahhh~ Dah tengah bulan 2. Bulan Jan tak ada update langsung! Isk Isk Isk. Nak buat macam mana. January tu bulan paling bz saya dalam sejarah. Hari-hari ada submission assignment, FYP submission & presentation, national dance test, Festari, SPECTACULAR,  fuhhhh memang tak rest langsung lah. Serious! Lepas tu, final exam pulak~ Sekarang tengah exam week. 4 papers dah siap saya belasah. Tinggal satu je lagi paper. Esok! 18 Jan 2011. Tapi pukul 8 malam. Haaa ni 1st time jugak saya ada exam malam. [tapi kau sempat lagi update blog ye?]

Sudah-sudahlah cerita pasal bulan January yang dah berlalu tu. Mari kita terus kepada titik kenapa saya update blog hari ni. Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih dekat team National Dance saya. Hihihi. Kenapa sekarang baru nak cakap terima kasih? Laaaaaaaa kan tadi dah cakap masa bulan 1 tu saya bz & tak sempat update blog. So sekarang je la baru ada masa. :D

Saya panggil team saya ni special sebab kita semua dari different faculty.  [Okla sebenarnya saya and lagi 3orang je faculty lain. The rest semua dari FOM]. Tapi, bila time practice, semua bagus. Wahhh sayang gila dekat mereka. Ada je yang tak show up time practice sebab ada urusan lain, tapi still ingat step. Tu yang sayang lebih tu. Memang tak ada masalah besarlah dengan dia orang nih. Suka! suka! Semuaaaa dengar cakap saya. Tak ada yang nak buat perangai sendiri. :D. Lepas tu, 80% dari team saya semua chinese. Hihihi. Oh. Sebenarnya class national dance sem ni, 90% semua chinese je. Lepas tu ramai dari FOM & FOE. Saya sorang je la kan FIT yang sesat. Maybe ada sorang dua kot. Tapi group lain.

Mula-mula saya ada problem nak hafal nama dengan ingat muka dorang. Hahaha. Confuse wei. Sebab saya rasa muka dorg sama je. Bila dah selalu lepak practice dengan dorg, barulah macam hafal sikit. Tapi still ada salah jugak. Hahaha.

Untuk final presentation group saya buat tarian 1Malaysia. Sesuailah dengan team saya yang memang ada semua kaum. :D. Meh meh saya share gambar sikit.

 Jeng jeng~ ni lah team national dance saya~ 


 Yang ni saya punya Malay dancers :D



 Chinese Dancers~



Last but not least, Indian Dancers~

Comel je semua. Termasuk lah saya. Masa malam final presentation tu, saya puas hati lah dengan mereka semua. Dorg dah bagi yang terbaik. Sayang korang~ Bila dah habis presentation, rasa rindula pulak. Sebab dah tak jumpa dorg untuk practice. Sebab sebelum tu, tiap-tiap malam jumpa.

Saya pun terharu dengan dorg ni. Sebab Intan, Iqa & Arisya ada bagi saya card. Lepas tu, Pauline pulak bagi saya present. Wahhhh terharu gilaaa~ Comel betul dorg nih. Tak sangka lah dorg appreciate saya sampai macam tu sekali. Serious tak sangka. *nangis-nangis keluar air mata happy*

Hopefully one day boleh gather balik semua n kita keluar lepak2! Hihihi.

Dah tu je. Jom tido! Study!

Tata~




Happy New Year!!!

Saya nak wish kepada semua readers saya HAPPY NEW YEAR!!!!! Semoga tahun 2011 menjadi tahun yg lebih baik untuk kita semua~ Kenapa wish awal sangat? Oh. Sebab malam nanti saya tak ada kat bilik. So nanti tak sempat pulak nak conteng-conteng blog while still in 2010. Hehe.

Ok. Sebelum mengundur diri, mari doa sama-sama~

Ya Allah ya Tuhan ku,
Kau murahkanlah rezeki Mama dan Papa Syeera,
Ya Allah ya Tuhan ku,
Kau permudahkanlah urusan business Herbalife Syeera dan teamnya.
Ya Allah ya Tuhan ku,
Semoga Syeera dan teamnya dapat berkembang dan boleh membantu lebih ramai orang. 

Aminnn~


Saya sambut New Year kat mana? Kat FIT Atrium saja. Hahaha. Sebab ada drama practice. Ok la tu. At least ada buat something. Kalau tak? Sambut kat bilik saja. Haha.

Ok. Dah. Ni adalah entry saya yang terakhir. Eh? Dah takmo tulis blog? Bukan laa. Ni entry saya yang terakhir untuk tahun 2010. Heehehe. 

Tata readers~

See U next year!!!



kuih itu tak sedap

Hello~
 
Nak tunjuk satu animation picture. Hihihi.

Title       : "Kuih itu tidak sedap"
Location  : Ikea Food Court
Time       : Suatu ketika dahulu. [ni masa saya pegi jalan-jalan dgn kekasih kat Ikea. Bila tah. Lupa dah]
Model      : Kekasih hati saya

Nah nah tengok





Dah. Tu je. Hikhikhik

Tata~

Manusia aneh

Aneh manusia ini.

Mereka selalu inginkan kekasih yang:
  • Sentiasa menyayangi mereka dan caring terhadap mereka.
  • Sentiasa bersama mereka ketika suka dan duka.
  • Sentiasa menghubungi mereka.
  • Sentiasa mengucapkan selamat malam sebelum mereka tidur dan mengucapkan selamat pagi apabila mereka bangun dari tidur.
  • Mendengar segala masalah mereka.
  • Memujuk mereka dengan kata-kata semangat apabila mereka ditimpa masalah.
  • Sentiasa membuat sesuatu yang sweet untuk mereka.

 

TETAPI



Apabila adanya kekasih yang:
  • Sentiasa menyayangi kekasihnya dan caring terhadap kekasihnya.
  • Sentiasa bersama kekasihnya ketika suka dan duka.
  • Sentiasa menghubungi kekasihnya.
  • Sentiasa mengucapkan selamat malam sebelum kekasihnya tidur dan mengucapkan selamat pagi apabila kekasihnya bangun dari tidur.
  • Mendengar segala masalah kekasihnya.
  • Memujuk kekasihnya dengan kata-kata semangat apabila kekasihnya ditimpa masalah.
  • Sentiasa membuat sesuatu yang sweet untuk kekasihnya.

Namun kekasih tersebut bukan untuk mereka, maka mereka akan berkata: 

  • Kekasih tersebut terlalu mendengar kata kekasihnya. 
  • Kekasih tersebut takut dengan kekasihnya. 
  • Kekasih tersebut asyik menghabiskan masa dengan kekasihnya.
  • Mereka meluat melihat kekasih tersebut selalu memanjakan kekasihnya.
  • Mereka meluat dengan segala yang kekasih tersebut lakukan dengan kekasihnya.

Semua perkara-perkara indah yang mereka harapkan kekasih mereka lakukan kepada mereka, tetapi dilakukan oleh kekasih tersebut kepada kekasihnya, dipandang buruk oleh mereka.

Anehkan? Walhal, mereka juga mahukan kekasih seperti tu pada mulanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...