Jangan lupa click saya :)

Jom beli shawl


Kawan-kawan, mari kita beli shawl untuk hari raya. Ayuh. Kat mana nak beli? Jom pegi blog kawan saya ni.


Click Click. Jangan malu jangan segan. Selamat membeli-belah di bulan Ramadhan. Oh ye. Sila abaikan wajah model shawl tersebut. Selepas beli, jangan terus blah. Sila bayar dulu. [Err.. kalau dah beli tu namanya dah bayar la kan? Kalau belum bayar, belum beli la]

Ok dah. Tu je.

Tata~


Browser apa yang kamu guna?

Tengah duduk sorang-sorang kat bilik ni, tiba-tiba teringat pulak masa saya buat internship hari tu. Kepada kamu yang tak tau, saya intern bulan March-June hari tu. Saya duduk kat department eProcurement. Sangatlah best department saya duduk tu sebab kerja tak menyerabutkan kepala pun. Oklah fine. Sebab saya budak intern je. so kerja pun senang je la kan. So kerja saya create digital certificate untuk vendor yang baru n renew digital certificate untuk existing vendor. Bunyi macam hebat tak? Macam mememerlukan skill programming yang hebat bukan? Tetapi tidak sama sekali. Hanya memerlukan skill mouse sahaja. Click, click dan click. Gembira sungguh hati saya sebab tak perlu buat programming yang bila saya buat ada error menyebabkan saya emo. Saya budak jurusan IT yang aneh kerana tidak meminati programming yang memerlukan logic itu. Sebab saya tak logic. Hahaha. Samalah seperti Math. Math adalah mata pelajaran yang aneh kerana tidak lagi perlu mengira number, tapi kini mengira huruf. x + y - z. T__T

Berbalik kepada kisah internship saya tadi, selain create certificate tu, kadang-kadang saya kena guide vendor-vendor tu incase kalau mereka ada masalah dengan certificate tu. Ha.. Dekat sini lah saya jumpa pelbagai kerenah dan ragam manusia. Nasib baiklah cakap melalui telefon saja kan. You know, kadang-kadang mereka ni bukan IT literate tau. Maksudnya bukan lah mereka langsung tak tau guna computer ke ape. Jangan salah faham. Cuma bila part nak kena setting apa yang patut tu saja yang membuatkan mereka agak blur. Sebab bukan bidang mereka kan. Sebab tulah mereka blur. Sebagai contoh, mereka confuse antara download & install. Bagi mereka, bila sudah download certificate dari email, mereka rasakan itu dinamakan sebagai install. Walhal, download & install adalah perbuatan yang berbeza. Lepas tu call saya cakap certificate tak boleh guna. Oleh itu saya kenalah guide mereka cara-cara nak install tu.

Saya tak boleh lupa pengalaman saya masa saya guide seorang Encik ni. Saya guide dia step by step untuk menangani masalah dia tu. Sampai la satu part yang memerlukan dia bukak Internet Explorer or dalam ringkasannya IE. Memang kena guna IE. Browser lain tak boleh. Saya pun suruh la dia open IE. Tapi dia macam blur je bila saya cakap macam tu. Saya assume dia tak biasa guna singkatan kot. So saya tukar suruh dia open Internet Explorer. Tapi macam blur jugak. Lepas tu dia tnya IE tu kat mana. Err... Saya pulak yang blur. Tak kan tak pernah excess internet pulak kan. So saya pun tanya lah kat encik tu macam ni:

"Encik guna browser apa kalau nak surf internet semua tu?" 

Manalah tau dia guna browser lain selain IE tu kan. Chrome ke, Mozilla ke. Dengan confident encik tersebut menjawab:

"Oh.. Saya guna YAHOO."

I was like.. Errrkk!! Nak gelak ke apa ni? Ok tahan. Jangan gelak. Tak baik. Saya pun membalas,

"Haaaa. Encik bukak benda tu lah."

Lepas tu barulah saya guide dia ke step yang seterusnya sehingga selesai.

Itu antara perkara yang kelakar terjadi sepanjang saya intern. Perkara yang menyakitkan hati pun ada. Tapi tak perlulah diceritakan. Bila fikir balik pasal Encik tu tadi, memang kelakar lah kan. Tapi nak buat macam mana, tak semestinya apa yang kita tahu, orang lain tahu dan apa yang orang lain tahu, kita tahu. Betul tak? Tiap kali teringat kisah tu, mesti saya tersenyum sendiri. Apa-apa pun, kita harus belajar dari kesilapan dan pengalaman kita & orang lain.

Ok dah. Tu je.

Tata~ [Tiba-tiba rasa nak makan tahu sumbat.]


Worldless Wednesday #1




Saya sudah tak mengira hari lagi. :D

Amaran. Ini adalah entry yang panjaaannnngggggg~

Siapa yang tak suka warna PUTIH? Saya.
Siapa yang kata warna PUTIH tu bukan warna? Mesti la Saya.
Siapa yang kata kalau ada kereta nanti tak nak warna PUTIH? Saya jugak~!

Sooooo.... Siapa punya kereta warna PUTIH tu? Err..... Saya?

Eh. Kereta? Kau dah ada kereta? Yaaaaa. Saya sudah ada kereta~ [heh. mcm riak je gayanya]. Alhamdulillah, setelah sekian lama saya menanti, akhirnya saya ada kereta. So, sesuatu yg besar akan tiba tu kereta kau ni la ye? Ha'a ye ye. Entry saya kat bawah ni pasal kereta lah. Heleh, eksyen. Pasal kereta pun nak heboh-heboh. Orang lain pun ada kereta jugak. Bukan kau sorang je. Halahh. Biala saya nak meluahkan rasa happy saya nih. Dah lama wooo saya tunggu nak ada kereta. Cuba kamu imagine, benda yang kamu nak sangat-sangat, lepas tu dah lama kamu tunggu, then tiba-tiba kamu dapat. Apa kamu rasa? Mesti la happy kan? Ke tak? Kalau tak, kamu memang aneh.

Macam mana saya boleh dapat kereta? Kereta ni birthday present saya~ Thanks to  my beloved Mama & Papa~ *hugssss* Kereta sebagai birthday present? Seperti pernah ku baca. Tapi dimana ya? Ayuh lah kita flashback pada May 2010 <----klik klik. Ha kannnnnn. Betul tak saya cakap saya dah lama nak kereta? Saya teringin nak ada kereta sendiri ni dah lama. Sejak 3 tahun yang lepas [lepas saya dpat lesen kereta la]. Mesti la excited kan masa tu nak kereta. Bila saya mintak je, Mama Papa buat tak tau je. Macam saya kata, tak payah kereta baru pun takpe. Tapi tak ada respond pun. Sampailah suatu ketika, bila saya try bagi hint LAGI yang saya nak kereta, Mama pun kata "Kereta tu bila kau dah kerja nanti kau beli la sendiri" Ohhh~~ musnah segala harapan. Sejak dari hari tu, saya pun takde dah la nak mintak kereta dekat Mama Papa since saya kena beli sendiri time kerja kan. Saya pun menjalani kehidupan seperti biasa. Tanpa kereta.

Lepas tu, saya dan kekasih saya active business HERBALIFE. Kiteorang selalu travel sini sana nak jumpa customer. Customer pulak ditakdirkan semua jauh-jauh. Macam mana kiteorang travel? Mestilah dengan kereta. Eh. Chop. Kata takde kereta? Sabarlah. Tak habis tulis lagi. Dengan kereta sewa. Boleh dikatakan memang selalulah saya sewa kereta nih. Kaya dah orang yang sewa kereta kat saya tuh. Hihihihi. Bila dah selalu travel sini sana dengan kereta sewa tu, saya pun selalu lah balik rumah. Tapi, selalunya balik hari je lah. Kalau 2 3 hari nanti, kereta sewa tu jadi makin mahal la kan. Bila saya selalu balik rumah, Mama Papa saya pun seronoklah sebab anak dia selalu balik kan. Kadang-kadang Mama suruh saya tidur dekat rumah. Tapi Mama lah kena bayar duit extra sewa kereta tu. Nak harapkan saya bayar, kopak jugak la saya kan.

Kadang-kadang, kalau tak dapat sewa kereta, try pinjam dekat kawan-kawan. Orang yang selalu jadi mangsa ialah Nue. Tapi saya tak berapa berkenan pinjam kereta kawan ni. Melainkan terpaksa. Yelah kan. Dorang ada kereta tu untuk dorang guna sendiri. So bila nak pinjam tu rasa bersalah la pulak. Rasa menyusahkan je. Tapi apa-apa pun saya nak ucap terima kasih lah dekat semua yang pernah pinjamkan kereta dekat saya dan kekasih. Antaranya Nue, Nik, Kak Cha. Thank u sooo much tau korang semua.

Berbalik pada kereta sewa tadi, maybe Mama pun dah tak larat nak tolong bayarkan, so ada suatu ketika kalau saya memerlukan kereta, Mama Papa akan benarkan saya pinjam kereta Viva Papa. So kenapa tak bagi saja kereta Viva tu terus kat saya? Tak boleh. Sebab kereta tu Papa pakai pergi kerja. Kalau saya amek, nanti Papa kena pergi kerja pakai Waja. Kalau Papa pakai Waja, Mama nak pakai kereta apa pulak? Kan menyusahkan namanya tu. Oleh itu, saya hanya boleh pinjam saja.

Pada suatu hari sekitar bulan 3, saya cuba memberi hint sekali lagi kat Mama tentang keinginan saya memiliki seketul kereta. Tiba-tiba Mama berkata, "Kau pergi la tanya dengan Papa". Errkkk~ So saya pun mengumpul segala kekuatan untuk bertanya kepada Papa. Bukan Papa saya garang. Papa saya adalah the best Papa in the world. Tapi kamu cuba fikir perasaan nak mintak kereta macam mana? Bukan nak mintak coklat ke apa. Boleh senang-senang "Pa, nak coklat" Do you get what I mean? [ewah speaking pulak dia]. Suatu malam sekitar bulan 3 jugak, saya pun tanyalah Papa. Tapi cuak gila wa cakap lu. Berpeluh dibuatnya. Tapi sebab rumah saya tu kat kawasan sejuk, so peluh tak jadi keluar. Mengigil kesejukan adalah. Macam ni lah more or less perbualan saya dengan Papa:

Saya : Erm, Pa, cane kalau nak beli kereta? [Cam tah ape-ape je soalan. Ceh. bajet nak beli kereta sendiri la tu. Mcm dah kerja je gayanya.]

Papa : Kenapa nak beli pulak? Cakaplah Yong nak kereta. Papa sebenarnya dah lama tunggu Yong tanya soalan ni. [dah lama? dah lama? Kalau tau, mintak awal sket.]

Saya pun lantas tersengeh-sengeh macam kerang busuk

Papa : Yong nak kereta apa?

Saya : Myvi. 

Punyalah lebar senyum. Sampai telinga woooo.

Papa : Kalau 2nd hand boleh?

Saya : Tak kisah~ Kalau boleh Myvi la. :D

So begitu lah ceritanya. *Poofff~* Terus saya dapat Myvi. Eh. Belum. Kan saya kata entry ni panjang. Ni tak cukup panjang lagi ni. So Papa pun called adik dia suruh handle pasal kereta saya. Saya pun menunggu........ Ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu. Eh tiba-tiba. Bila dah ada kereta, uncle saya tak puas hati pulak. Uncle saya tu adik Papa saya tadi tu la. Engine tak elok, kereta dah pernah eksiden, bla bla bla. Tunggu lagi... Bulan 4. Tunggu lagi.... Bulan 5. Tunggu lagi..... Bulan 6...... Orang kata, kalau kita bersabar, reward dia best. Betul tak? Suatu pagi di bulan June, to be exact, 17 June 2011 [pada hari birthday kekasih], Papa called saya.

Papa : Papa rasa Papa beli kereta baru je lah. Kereta 2nd hand dengan kereta baru tak jauh beza pun.

Apa? Apa? Kereta baru? Oh my my~ Kalau kereta baru, bermakna Myvi barulah. Lagi best wooo ooo ooo. So dipendekkan cerita setelah cerita ini dipanjang-panjangkan, pada 13 July yang lalu, saya pun pergi ke Kuantan bersama kekasih untuk mengambil Myvi baru saya yang saya beri nama Miku itu. Apsal Miku? Saja lah. I like to name things. Seperti teddy bear saya, Lulu, Coko, Bebe Gemok, Popo, dan macam-macam lagi. Hahah. Tapi saya bagi Papa saya pakai kereta saya selama seminggu sebab nak kasik service sket. So saya pow Viva Papa dulu. 

Pada Ahad yang lalu, 24 July 2011 saya pun membawa kereta saya secara rasmi ke MMU. Masa saya menulis entry ni, dah 3 hari saya bersama Miku. Hehehe. Kalau nampak Myvi baru warna Putih plate number Pahang tu, saya punyalah. Heeee :D

Kenapa Putih bukan Hitam? Entah lah. I am not into black anymore. Saya suka warna-warna cerah dan ceria sekarang. Kekasih saya kata, pemilihan kita terhadap warna bergantung kepada mood kita. Memandangkan saya happy bersama kekasih saya, so maybe sebab tu saya suka warna yang ceria.

So begitulah kisahnya... Gambar? Maaflah. Untuk ketika ini, saya tak dapat nak sertakan gambar kereta saya sebab keadaan handphone yang tak mengizinkan. Orang makin upgrade handphone, tapi saya semakin downgrade. Gahahaha.

Ok dah. Tu je.

Tata~


Tutorial: Bagaimana nak letak Favicon didalam blog anda

Apa itu Favicon? Favicon atau nama panjang dia Favourite Icon adalah logo kecil yang ada dekat sebelah kiri address bar kamu. Nampak tak? Nampak tak? Kalau kamu buka blog kamu, by default, logo ni akan keluar bukan? 
*picture taken from Google*
Tapi bukan la sebesar alam macam nilah.

Pernah nampak tak blog orang lain yang letak gambar lain dekat situ? Siap ada yang animated lagi. Rasa teringin tak nak letak logo or gambar yang kita suka kat situ? Ala tak payah susah-susah cari blog orang lain. Tengok blog saya saja. Hihi. Nampak tak love kecil yang comel itu?




Tapi saya punya tak animated. Meh sini nak ajar meh. Tidak memerlukan sebarang html code. Tapi bukan yang animated punya.

Mula-mula haruslah sign in ke blog masing-masing. Jangan sign in blog orang lain.


Bila sudah ada di Dashboard, kamu click Design. Sudah? Bagus




Then, pergi ke Page Element 



Dekat Page Element tu kamu akan nampak Favicon. Silalah tekan Edit



Kemudian akan keluar pop up windows untuk kamu Configure Favicon kamu. Di sini, silalah klik Choose File. Kamu bolehlah pilih gambar apa yang kamu rasa berkenan dihati. Kalau tak ada gambar lagi dalam computer kamu, silalah Google terlebih dahulu. Tapi gambar tersebut mestilah dalam bentuk square dan tidak melebihi 100kb. Besar-besar sangat tak boleh. Setelah kamu selesai memilih gambar yang berkenan dihati masing-masing, click Save. 




Lepas tu, taadaa~~~ Kamu sudah ada favicon kamu sendiri~ Yay.


Tapi, Favicon ni macam ada masalah bila view dekat Mozilla Firefox. Tak tau lah kenapa. Sebab bila saya view dari Mozilla, gambar love saya tak keluar. Keluar yang default saja. Maybe saya silap setting or Mozilla tak support. Tidaklah dapat saya pastikan kenapa jadi begitu sebab saya malas nak figure out. Tapi kalau view guna Chrome or IE ok jerrrr~

Ok dah. Tu je.

Tata~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...