Jangan lupa click saya :)

Festival Tari Piala Tun Dr Siti Hasmah 09

Officially organised by:
Stage Art Of Traditional Malay Group (SAKTI)

We're proudly to present you, our biggest event.
FESTIVAL TARI PIALA TUN DR. SITI HASMAH



Date : 22nd April 2009
Time : 8 PM
Venue : Grand Hall MMU Cyberjaya
Ticket : RM5


Promotion!

-1st 100 buyers will received Voucher from SUNWAY LAGOON and ticket-
-2nd 100 Buyers will get SPECIAL ticket from us.-


You can now booked your ticket by calling directly to our Committee Members

Assistant Director 1 : Kem (012-3169103)
Assistant Director 2 : Haziq (013-2097920)
Head Of Promotion : Faiz (013-9783564)

Or leave your message in our comment box
or
http://www.saktimmu.blogspot.com

Open to public. Come & join us.

pesanan daripada HIM



To Kem ----> "Mistake is mistake. But you NEED mistake the rest of your life?"

To Nue ----> "Beauty only lasts until THEY want it"

Last but not least

To Me ------> "What is right can never be wrong even the DEVIL owns it"


word of wisdom



Let your
brain lead you
but your heart guide you



p/s kalau tak paham, sila tanya HIM [siapa yang kenal je la] sebab saya baru belajar dan kena bebel ;p

Gurls day out

Ha. Sekarang baru berpeluang untuk update pasal cerita keluar dengan N hari tu. Haiyoo. Cerita pun dah nak basi ni. Sebelum basi, baik update dulu kat sini. Begini kisahnya.

Satu hari, tak semena-mena N buzz saya kat YM. Pelik. Apa mimpi minah ni buzz pulak? Selalu kerek je. Orang mesej selalu tak reply. [N kata keyboard dia rosak]. Apa-apalah makcik. Rupa-rupanya dia ada kat Malaysia ni and dia nak jumpa saya dan rakan-rakan MMU. Rindu la tu sebab 2 tahun tak jumpa kan. N ni belajar kat US. Budak pandai la katakan. Siapa rakan-rakan MMU yang N nak jumpa tu? Mereka terdiri daripada Saya, Kem, Nue, Eiza, Emy.

Lepas set-set date semua, kami setujula nak berjumpa di Sunway. Mula-mula nak pergi Sunway Lagoon. Tapi time tu macam nak hujan and hari pun dah tengah hari. Kalau masuk pun mesti dapat main kejap je. Maka dengan itu, kami mengubah plan. Tapi tak tau nak pergi mana. Makan dululah. Oh ye. Time keluar dengan N hari tu, kami tiba-tiba perasan jadi "anak orang kaya". Hahaha. Kami lunch kat Sushi King. Nyam nyam. Tapi pelayan kat situ macam celaka. Nasib time tu kami perasan kami anak orang kaya. Maka dengan itu kami perlu menjaga status [status ape pun tak tau]. Makan sambil fikir nak pergi mana lepas ni. Macam-macam cadangan yang keluar. Yang tak masuk akal pun ada jugak [terlebih creative la tu. padahal bukan budak FCM pun]. Masih tak ada kata putus lagi nak pergi mana.

Dah habis makan, kami pusing-pusing Sunway Pyramid tu. Dah namanya pun semua perempuan, nafsu shopping tu mesti la ada. Lagi pun kami anak orang kaya time tu. Mesti ada duit untuk shopping [beli satu barang je. Cerita macam beli 10 barang]. Dah habis shopping, kami pun membuat keputusan untuk stay je la kat Sunway Pyramid. Tak perlu la pergi ke tempat lain. Itulah kata putus diputuskan oleh kami.

Penat shopping, tiba-tiba rasa nak makan ice-cream. Tak main la Paddle pop ke Mat Kool ke ice-cream jagung ke. Kami pergi makan ice-cream kat Haagen Dazs [kan dah kata tadi anak orang kaya]. Dah habis menikmati ice-cream, kami pergi main bowling pulak. Tapi saya dengan N tak main sebab kami berdua malas.

Lepas habis main bowling, kami semua kena balik. Mama Emy dah call. Kalau ikutkan hati, nak lepak sampai 2 3 pagi. Tapi dah tumpang orang tu kena la ikut time orangkan. Eiza balik dengan BF dia. Saya, Kem, Nue balik naik kereta Emy. Sebab Emy tu baik, kami pun pergi hantar N untuk jumpa kawan dia yang lain pulak. Kalau ikutkan saya, campak je N tu kat mana-mana stesen LRT. Lepas tu Suruh la kawan dia kutip. Hohoho. Bye N. jumpa lagi 2 3 tahun. Begitula kisahnya.

Kalau dah keluar tu mesti ada sesi bergambarkan? Nah beberapa keping gambar yang saya rajin upload. Enjoy. Oh. Sebelum tu nak tau satu cerita tak? Kami ada ambil gambar dekat depan cermin. Tiba-tiba nampak pintu lift yang cantik cerminnya. Apa lagi kami pun berposing maut depan pintu lift tu. Bila semua orang dah berada dalam pose masing-masing, belum sempat Kem snap, tiba-tiba imej kami dalam cermin lift tu jadi wajah orang lain. Oh shit!! Pintu lift tu terbuka! Damn. Gila malu siot. Semua terus menggelabah masuk dalam lift and gelak-gelak. Orang-orang dalam lift tu pun mesti gelak dalam hati jugak. Adoi. Status kami sebagai anak orang kaya sedikit tercalar ketika itu. Ok dah habis cerita. Boleh la tengok gambar sekarang.


Kami tanpa Kem

Kami tanpa Emy

Aksi cermin #1


Aksi cermin #2


Aksi cermin #3


Kem saya N @ Sushi King


Emy Eiza Nue @ Sushi King


Lepas shopping


@ Haagen Dazs


Me and Kem @ Haagen Dazs


Nue N Saya @ Haagen Dazs


Emy and Eiza @ Haagen Dazs


Ice-cream Emy Eiza and Dd [bf Eiza]


Ice-cream Kem Nue N


Ice-cream saya. [saya tamak tak mau share]


Kami


Saya and N [saja nak bagi tau saya saagaat tinggi dari N :p]


Ok dah. Lepas pulang ke MMU, kami jadi anak orang biasa balik ;p. BTW, kalau nak tau, saya keluar dengan N ni after final exam last sem [7 or 8 Jan kot]. Tu pasal saya cakap cerita ni dah nak basi. Entah-entah dah basi pun. Hehehe.

Tata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...