Jangan lupa click saya :)

Saya suka bau Cat Pee

Anda fikir saya gila? Tak tak. Saya tak gila. Tidak sama sekali okayh. Saya masih seorang yang waras. Saya memang suka bau Cat Pee. Bau ia sangat sedap sehingga saya nak hidu setiap masa. Saya sudah addicted dengan bau Cat Pee. Cat Pee kini adalah favorite smell saya. [sah kau ni gila.] Hep. Diam. Saya kata saya tak gila saya tak gila laaa. Saya tak boleh hidup tanpa Cat Pee. Isk macam over sangat pulak kan? Ok Ok. Tak Tak Tak. Kalo tak ada Cat Pee pun saya boleh hidup. Hehe.

Mesti dahi kamu sudah berkerut2 memikirkan tentang saya yang gila dengan bau Cat Pee skrg ni. Atau pun mesti ada yang "eewwwwww~!!". Atau pun mesti ada yang "mesti ada sesuatu ni". Atau pun mesti ada yang "alaa. dah tau~". Atau pun mesti ada yang tak kisah pun. Atau pun mesti... Ish. Dah. Banyak sangat "atau pun". Apa-apa pun, saya suka bau Cat Pee. Saya tau saya dah ulang banyak kali. Tapi nak ulang lagi. Saya suka bau Cat Pee~

Ha? Cat Pee tu apa? Kencing kucing la. Hahaha. Cat tu kucing, Pee tu kencing, sooo kencing kucing la.

Oklaaa saya bagi tau Cat Pee tu apa. Cat Pee tu saya punya lip balm. [hoi! lip balm nama Cat Pee?] Ye betulla tu. Saya tak tipu pun. Serius ni. Saya tak main-main pun. Nampak tak muka saya serius ni? Nampak tak? Nampak tak? Kalau kamu nampak, maka kamu sudah tidak lama. Hahaha. Kidding~ Tapi memang lip balm saya nama Cat Pee. Bau pun sama. Nak bukti? Baik. Saya bagi kamu bukti.

Nak bagi suspend sikit. Scroll lama sket lah.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tadaaaa~~~




Kan dah cakap tadi. Lip balm saya nama Cat Pee. Tengok gambar pungkoq kucing tuh mengeluarkan dia punya air. Hikhikhik. Sekarang percaya? Tula~ Saya cakap tadi takmo percaya. Bau dia macam mana? Sama la sebijik. Hahahaha. Muka dah gelabah dah semua. Ok ok saya tipu kamu sikit. Jangan marah aaa. Bau dia tak lah macam bau kencing kucing tuh. Bau dia blend of pink grapefruit, orange, & lime. Hahaha. So bau citrus lah. My favorite smell. Hehe. Apsal nama dia gitu? Mana saya nak tau. Bukan saya yang buat lip balm nih.

Mari cerita sikit mana saya dapat lip balm ni. Saya beli lip balm ni dekat My Lip Stuff. Online shopping saja. Ada baaanyaaakkk flavor yang best2 kamu tahu tak? Saya belikan untuk adik saya Orange Creamsicle, untuk mama saya, Mango Sorbet. Bau lip balm ni semuaaa best ok~ Saya langsung tak menyesal beli sampai tiga. Saya boleh katakan, apa saja flavor yang kamu imagine, mesti ada. Tak percaya? Malas cakap banyak. Pergi tengok sendiri dekat sini. Banyakkk kannn? Tapi kamu tak perlu susah2 nak order jauh2. Oder saja dekat sini. 2 3 hari sampai dekat rumah kamu. Tapi flavor dekat Malaysia baru ada sikit. Kalau kamu mahu flavor yang lain, kamu boleh request dekat mereka. :D. Mereka akan cuba dapatkan untuk kamu. Hehehe. Nanti saya nak request flavor chocolate pulak. nyam nyam.

Oklah. Saya mahu sapu2 lip balm kat bibir. Sejak saya beli lip balm ni semalam, saya asik sapu saja dekat bibir saya sebab bau dia begitu menyelerakan walaupun nama dia agak funny.

Tata~


Random fact:
Saya sangat suka mascara dan eye liner.

*picture credit to http://mylipstuffmalaysia.blogspot.com/*

Happy Birthday to Me~!!

Yeayy. Hari ni birthday saya~ Dapat dengar birthday wish dari mama papa secara live~ cium mama papa~ mwah2~!

Saya dapat banyak birthday present eh birthday wish dekat facebook. Maceh dekat semua yg wish yaa~ sayang kamu~ Tapi saya sayang boyfriend saya lagi banyak dari kamu. Hikhikhik.

Oh~ Hari ni bukan birthday saya sorang saja. Saya nak wish HAPPY BIRTHDAY dekat AIZAL & IMAN. May God always bless US~ :D:D.

Kepada sesiapa lagi yang share birthday dengan saya, HAPPY BIRTHDAY TO U TOO~

Hari ni entry pendek saja.

Tata~

Random Fact:
Saya lahir hari pada Isnin 26 Ramadhan. :D

Birthday present untuk saya

Ha! saya dah belikan birthday present untuk diri saya walaupun birthday saya belum tiba lagi. haha. nak tau tak saya belikan saya apa? netbook kah? digital camera kah? nokia N8 kah? [semestinya bukan phone ni sebab belum keluar lagi kan sini kan? ke dah? tak kisah laaa. yg penting saya tak beli phone sebagai birthday present sayaaa] Jeng jeng jengggggg~

Oh~ iklan sebentar. Kamu nampak tak widget love2 yang comel kat tepi sebelah kiri kamu? Sila tengok sekarang. Nampak tak? Tak nampak? Isk. Sebelah kiri laaa. Bukan kanan. Sudah nampak? Haa~ widget tu saya tujukan khas untuk KAMU~ ye KAMU laaa. Heee :D :D :D. Nampak? saya bagi 3 ketul "big grin" kepada kamu~ Saya ingin mengucapkan ribuan eh tamo lah. Nak ucapkan JUTAAN terima kasih kepada KAMU kerana KAMU telah menghidupkan blog saya. Tanpa KAMU, blog saya mati. Hahaha. Terima kasih~ selalulah hidupkan blog saya ni ye. Atau dalam erti kata lain, selalu laaa baca blog saya kalo saya update. Hohoho.

Ok. Dah habis pasal ucapan terima kasih. Berbalik kepada birthday present saya. Mesti suspend nak tau kan kan kan? [ke tak pun?] Saja nak biarkan kamu ternanti2. Okla okla. Saya bagitau sekarang. Saya belikan saya seketul KIPAS. Hahahahahah. yeeeeee~ Kipas sajaaaa. Kipas apa? Kipas tangan tu laaa. Yang penting, color HITAM ye. Tapi tak ada gambar. Saya malas nak upload gambar seketul kipas tu [sebenarnya saya tak capture pun gambar kipas tu. Jadi bagaimana nak upload?] Tapi kipas tu ala ala macam ni lah



Bukan exactly macam ni. Tapi mcm ni lah lebih kurang. Netbook, digital camera, Nokia N8 tu semua, nanti lah saya beli. saya memang nak beli pun. Taaaapiiiiiii~~~~~ [Tengok. panjang "tapi" tuh] tunggu rezeki saya LEBIH sikit. Sekarang agak kurang. Sudah paham? Bagus.

*ching~* [ini bunyi sound effect idea] oh! tiba-tiba saya ada satu idea~ Apa kata saya "pow" mama papa saya suruh belikan salah satu atau semua hadiah2 di atas? [ewah! kau kata SEMUA? apa kau fikir mama papa kau cop duittt???] T_T.

Sudah~ berhenti segala angan dan fantasy. Saya sudah habis tulis. Sekarang kamu boleh sambung buat kerja kamu sebab kamu pun sudah habis baca bukan?

Tata~


Fun Fact: Saya rasa nak tukar saja nama benda ini. Fun kah? Seperti tidak fun langsung. Ye saya sedar. T_T. Baiklah. saya tukar laa nama benda ni kepada RANDOM fact. Kenapa random? Sebab saya tulis apa yg terlintas dalam fikiran saya saja.

RANDOM fact:
saya makan pizza bermula dari kerak

ok. Sekarang sudah boleh betul2 berhenti baca.


My Favorite Month = May~

Yeayy. Sekarang bulan May. Bulan favorite saya~ Kenapa? Isk. Tanya lagi. Sebab May bulan BIRTHDAY saya laa. Bila bulan May, mesti kena update blog banyak2. Tamo jadi macam last month. Saya takde entry untuk bulan April. Sungguh menyedihkan T_T.

Ok. Habis cerita sedih [tak sedih pun sebenarnya] Tahun ni rasanya birthday saya best banyak dari tahun lepas. Kenapa dengan tahun lepas? Click sini. Pergi tengok sendiri kenapa tak best. Berbalik kepada birthday tahun ni, tahun ni best sebab, saya boleh celebrate birthday saya dekat rumah dengan family~ horeyy!! *lompat2 atas katil* Selalunya time2 birthday saya, saya slalu ada kat MMU tengah study week. So family saya akan call or sms saja. Tapi, tahun ni boleh dengar secara live dorang wish dekat saya. Hohoho~ Nak minta mama belikan kek lah. Seronoknya~ Seronoknya~

Saya nak hadiahakan apa eh untuk diri saya? Saya nak hadiahkan Nokia N8 lah. Ke digital camera? [ye. saya tau saya memang tak ada digital camera T_T] Tapi rasa macam nak netbook jugak. Isk. Pening kepala nak fikir hadiah apa nak beli untuk diri sendiri. Nanti la decide. Haha. Saya tidak mengharapkan apa2 hadiah dari mama papa saya. Hanya ucapan "selamt hari lahir" sudah memadai. Comel tak? [padahal awal2 lagi dah mintak time bagi birthday present utk mama papa haritu. ;p]

Oh. Kamu nak tau hadiah apa yang paling saya idam2kan eh? Saya mengidamkan seketul kereta. Ye. Saya nak kereta. Tapi bila mintak dekat mama papa dorang buat2 tak dengar je. Kesian kan? Hahaha. Ala. Tak payah kereta baru pun. Kereta ber"hand2" pun takpe. Kereta-kontot-merah-sport rim-kuning tu pun boleyh je. Kereta tu comel. Saya suka. Tapi macam biasa, mama papa akan buat2 tak dengar. Hehehe. [eh. baru tadi cakap tak meharapkan hadiah. ceh. memang sungguh gedik]

Takpe. Bak kata boyfriend saya, "kalau ada rezeki, tak kemana". So, kalau saya tak dapat lagi tu, maknanya belum ada rezeki la tu. Rezeki tu jalan2 dulu kat tempat lain agaknya. :D.

Oklah. Oh. Sebelum saya mengundur diri, [wah. macam ayat syarahan je] saya nak mintak sorry sebab entry kat bawah ni saya tulis, next entry saya nak update pasal Herbalife kan? Tapi saya tak update lagi. Hehe. Nanti bila2 saya cerita pasal Herbalife pulak. Bacalah sampai pengsan. Haha.

Orait~

Tata


Fun fact: [menda ni pun sama. Kejap ada kejap takde. Anggaplah ianya chipsmore]
I'm a cat lover.

Yang Terindah

For u my LOVE..

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah





Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran




Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu



Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

I am officially a Herbalife Supervisor!

Ye kawan2. Saya sudah jadi Hebalife Supervisor. Hehehe. Yang menarik, bukan saya sorang saja sudah jadi Supervisor. Tapi, Lana & Nue pun sama jadi Supervisor~ Weewiitt!! Congrats korang~

Sememangnya saya sedang bergiat active dalam business Herbalife ni. Matlamat kami, "Making the world healthier" hohoho. Sesiapa yang mahu sihat, boleh cari saya.

Psst~ boleh turunkan berat badan tau! hehehe.

Saya ada byk nk cerita pasal Herbalife nih. Tapi sekarang saya tak boleh update blog lama2. Nanti next entry saya cerita ok?

Tata

Sebelum tu, check out our Herbalife blog nih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...