Kucing Leopard
Posted by
syeera
on Monday, August 8, 2011
/
Comments: (4)
Sekitar jam 2 pagi, saya pulang dari Seri Kembangan menuju ke MMU. Masa tu saya drive sorang-sorang je. Bawak kereta pun relax saja lah. Tak perlu laju-laju. Masa saya lalu jalan belakang nak menuju ke MMU tu, di kejauhan saya nampak ada haiwan melintas jalan. Tupai ke? Tapi macam besar. Bila kereta semakin dekat, oh rupanya anak kucing. Masa anak kucing tu melintas, sambil dia melintas saya tengok dia menoleh ke belakang. Rupa-rupanya ada dua ekor lagi anak kucing. Tapi, di saat dua ekor anak kucing tu nak melintas, kereta saya semakin dekat. Akibat anak kucing tersebut panic, maka dia berhenti tengah-tengah jalan dan saya pun *booommm!!!!* terlanggar kucing anak kucing tersebut lalu mati...... Berkahirlah riwayat dua ekor kucing yang tidak berdosa..
CUT~!!!!!!!!
Ok ok. acah saja. Saya tak langgar pun kucing tu. Tapi, saya pun turut memberhentikan kereta. Nasib baiklah tak ada kereta kat belakang masa tu. Kalau tak, mungking riwayat kucing tu betul-betul tamat. Tapi bila saya tengok anak kucing tu, saya terpegun sendiri. Bahkan saya boleh berhenti siap tarik hand brek lagi kat tengah jalan tu. You know why? Sebab, bulu anak kucing tu macam bulu harimau bintang. Sangat la saya tak pernah tengok. Saling tak tumpah macam leopard okay. Masa tu saya ada terpikir macam nak ambil kucing tu nak bela. Tapi, ada beberapa perkara yang menghalang saya bertindak sedemikian rupa lalu saya membatalkan hasrat saya dan lepas tu sekarang saya menyesal.
Antara sebabnya adalah:
- Saya duduk hostel. Tak boleh bela kucing.
- Masa tu hari dah pukul 2 pagi lebih. Takut nak turun dari kereta sorang-sorang sebab kawasan tu sunyi.
- Betul ke tu kucing? Entah-entah anak harimau bintang. Kalau bela, nanti bila besar dia jadi harimau bintang, tak pasal-pasal kena makan pulak.
Lama jugak la saya tengok anak kucing tu. Dorang pun macam blur-blur kat tepi jalan. Tapi lepas beberapa ketika, saya terpaksa mengerakkan kereta saya yang berhenti di tengah jalan tu sebab kat belakang tu ada motor. Takut jugak kan. Dah la saya bukak tingkap segala. So cepat-cepat drive balik. Sepanjang perjalanan tu saya terbayang-bayang kucing leopard tu. Tiba-tiba rasa nak patah balik. Tapi tak jadi atas sebab yang sama seperti di atas. Sampai saja bilik, terus call kekasih cerita pasal kucing leopad tu. Lepas tu, kekasih cakap, tu kucing hutan. Dia tau sebab dulu dia rajin masuk hutan dan jumpa kucing macam tu. Saya yang duduk dekat hutan pun tak tau rupa kucing hutan macam tu. Haha. Rumah saya banyak babi hutan.
Oleh sebab sekarang kita duduk di zaman internet, oleh itu saya Google lah kucing hutan ni.
Ini adalah kucing hutan yang saya Google di internet.
Ha. Saling tak tumpah seperti kucing yang saya jumpa tu. Sebijikkk. [Satu pattern je ke kucing hutan ni?]
Ini pulak harimau bintang.
Bulu mereka samakan? Cuma bezanya, muka harimau bintang ni garang sikit.
Tiba-tiba rasa nak bela kucing hutan lah. Nanti nak ajak kekasih masuk hutan. Hahaha.
Ok dah. Tu je.
Tata~ [tiba-tiba rasa Cyberjaya ni tak lah bandar sangat sebab boleh jumpa kucing hutan]
*gambar di pow dari Google*
Jom beli shawl
Posted by
syeera
on Saturday, August 6, 2011
/
Comments: (0)
Kawan-kawan, mari kita beli shawl untuk hari raya. Ayuh. Kat mana nak beli? Jom pegi blog kawan saya ni.
Click Click. Jangan malu jangan segan. Selamat membeli-belah di bulan Ramadhan. Oh ye. Sila abaikan wajah model shawl tersebut. Selepas beli, jangan terus blah. Sila bayar dulu. [Err.. kalau dah beli tu namanya dah bayar la kan? Kalau belum bayar, belum beli la]
Ok dah. Tu je.
Tata~
Browser apa yang kamu guna?
Posted by
syeera
on Friday, August 5, 2011
/
Comments: (0)
Tengah duduk sorang-sorang kat bilik ni, tiba-tiba teringat pulak masa saya buat internship hari tu. Kepada kamu yang tak tau, saya intern bulan March-June hari tu. Saya duduk kat department eProcurement. Sangatlah best department saya duduk tu sebab kerja tak menyerabutkan kepala pun. Oklah fine. Sebab saya budak intern je. so kerja pun senang je la kan. So kerja saya create digital certificate untuk vendor yang baru n renew digital certificate untuk existing vendor. Bunyi macam hebat tak? Macam mememerlukan skill programming yang hebat bukan? Tetapi tidak sama sekali. Hanya memerlukan skill mouse sahaja. Click, click dan click. Gembira sungguh hati saya sebab tak perlu buat programming yang bila saya buat ada error menyebabkan saya emo. Saya budak jurusan IT yang aneh kerana tidak meminati programming yang memerlukan logic itu. Sebab saya tak logic. Hahaha. Samalah seperti Math. Math adalah mata pelajaran yang aneh kerana tidak lagi perlu mengira number, tapi kini mengira huruf. x + y - z. T__T
Berbalik kepada kisah internship saya tadi, selain create certificate tu, kadang-kadang saya kena guide vendor-vendor tu incase kalau mereka ada masalah dengan certificate tu. Ha.. Dekat sini lah saya jumpa pelbagai kerenah dan ragam manusia. Nasib baiklah cakap melalui telefon saja kan. You know, kadang-kadang mereka ni bukan IT literate tau. Maksudnya bukan lah mereka langsung tak tau guna computer ke ape. Jangan salah faham. Cuma bila part nak kena setting apa yang patut tu saja yang membuatkan mereka agak blur. Sebab bukan bidang mereka kan. Sebab tulah mereka blur. Sebagai contoh, mereka confuse antara download & install. Bagi mereka, bila sudah download certificate dari email, mereka rasakan itu dinamakan sebagai install. Walhal, download & install adalah perbuatan yang berbeza. Lepas tu call saya cakap certificate tak boleh guna. Oleh itu saya kenalah guide mereka cara-cara nak install tu.
Saya tak boleh lupa pengalaman saya masa saya guide seorang Encik ni. Saya guide dia step by step untuk menangani masalah dia tu. Sampai la satu part yang memerlukan dia bukak Internet Explorer or dalam ringkasannya IE. Memang kena guna IE. Browser lain tak boleh. Saya pun suruh la dia open IE. Tapi dia macam blur je bila saya cakap macam tu. Saya assume dia tak biasa guna singkatan kot. So saya tukar suruh dia open Internet Explorer. Tapi macam blur jugak. Lepas tu dia tnya IE tu kat mana. Err... Saya pulak yang blur. Tak kan tak pernah excess internet pulak kan. So saya pun tanya lah kat encik tu macam ni:
"Encik guna browser apa kalau nak surf internet semua tu?"
Manalah tau dia guna browser lain selain IE tu kan. Chrome ke, Mozilla ke. Dengan confident encik tersebut menjawab:
"Oh.. Saya guna YAHOO."
I was like.. Errrkk!! Nak gelak ke apa ni? Ok tahan. Jangan gelak. Tak baik. Saya pun membalas,
"Haaaa. Encik bukak benda tu lah."
Lepas tu barulah saya guide dia ke step yang seterusnya sehingga selesai.
Itu antara perkara yang kelakar terjadi sepanjang saya intern. Perkara yang menyakitkan hati pun ada. Tapi tak perlulah diceritakan. Bila fikir balik pasal Encik tu tadi, memang kelakar lah kan. Tapi nak buat macam mana, tak semestinya apa yang kita tahu, orang lain tahu dan apa yang orang lain tahu, kita tahu. Betul tak? Tiap kali teringat kisah tu, mesti saya tersenyum sendiri. Apa-apa pun, kita harus belajar dari kesilapan dan pengalaman kita & orang lain.
Ok dah. Tu je.
Tata~ [Tiba-tiba rasa nak makan tahu sumbat.]