Jangan lupa click saya :)

Browser apa yang kamu guna?

Tengah duduk sorang-sorang kat bilik ni, tiba-tiba teringat pulak masa saya buat internship hari tu. Kepada kamu yang tak tau, saya intern bulan March-June hari tu. Saya duduk kat department eProcurement. Sangatlah best department saya duduk tu sebab kerja tak menyerabutkan kepala pun. Oklah fine. Sebab saya budak intern je. so kerja pun senang je la kan. So kerja saya create digital certificate untuk vendor yang baru n renew digital certificate untuk existing vendor. Bunyi macam hebat tak? Macam mememerlukan skill programming yang hebat bukan? Tetapi tidak sama sekali. Hanya memerlukan skill mouse sahaja. Click, click dan click. Gembira sungguh hati saya sebab tak perlu buat programming yang bila saya buat ada error menyebabkan saya emo. Saya budak jurusan IT yang aneh kerana tidak meminati programming yang memerlukan logic itu. Sebab saya tak logic. Hahaha. Samalah seperti Math. Math adalah mata pelajaran yang aneh kerana tidak lagi perlu mengira number, tapi kini mengira huruf. x + y - z. T__T

Berbalik kepada kisah internship saya tadi, selain create certificate tu, kadang-kadang saya kena guide vendor-vendor tu incase kalau mereka ada masalah dengan certificate tu. Ha.. Dekat sini lah saya jumpa pelbagai kerenah dan ragam manusia. Nasib baiklah cakap melalui telefon saja kan. You know, kadang-kadang mereka ni bukan IT literate tau. Maksudnya bukan lah mereka langsung tak tau guna computer ke ape. Jangan salah faham. Cuma bila part nak kena setting apa yang patut tu saja yang membuatkan mereka agak blur. Sebab bukan bidang mereka kan. Sebab tulah mereka blur. Sebagai contoh, mereka confuse antara download & install. Bagi mereka, bila sudah download certificate dari email, mereka rasakan itu dinamakan sebagai install. Walhal, download & install adalah perbuatan yang berbeza. Lepas tu call saya cakap certificate tak boleh guna. Oleh itu saya kenalah guide mereka cara-cara nak install tu.

Saya tak boleh lupa pengalaman saya masa saya guide seorang Encik ni. Saya guide dia step by step untuk menangani masalah dia tu. Sampai la satu part yang memerlukan dia bukak Internet Explorer or dalam ringkasannya IE. Memang kena guna IE. Browser lain tak boleh. Saya pun suruh la dia open IE. Tapi dia macam blur je bila saya cakap macam tu. Saya assume dia tak biasa guna singkatan kot. So saya tukar suruh dia open Internet Explorer. Tapi macam blur jugak. Lepas tu dia tnya IE tu kat mana. Err... Saya pulak yang blur. Tak kan tak pernah excess internet pulak kan. So saya pun tanya lah kat encik tu macam ni:

"Encik guna browser apa kalau nak surf internet semua tu?" 

Manalah tau dia guna browser lain selain IE tu kan. Chrome ke, Mozilla ke. Dengan confident encik tersebut menjawab:

"Oh.. Saya guna YAHOO."

I was like.. Errrkk!! Nak gelak ke apa ni? Ok tahan. Jangan gelak. Tak baik. Saya pun membalas,

"Haaaa. Encik bukak benda tu lah."

Lepas tu barulah saya guide dia ke step yang seterusnya sehingga selesai.

Itu antara perkara yang kelakar terjadi sepanjang saya intern. Perkara yang menyakitkan hati pun ada. Tapi tak perlulah diceritakan. Bila fikir balik pasal Encik tu tadi, memang kelakar lah kan. Tapi nak buat macam mana, tak semestinya apa yang kita tahu, orang lain tahu dan apa yang orang lain tahu, kita tahu. Betul tak? Tiap kali teringat kisah tu, mesti saya tersenyum sendiri. Apa-apa pun, kita harus belajar dari kesilapan dan pengalaman kita & orang lain.

Ok dah. Tu je.

Tata~ [Tiba-tiba rasa nak makan tahu sumbat.]


0 orang bisik-bisik:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...