Jangan lupa click saya :)

Happy New Year~!!!

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua readers~!!! Ini adalah entry saya yang terakhir. Wuuu sedih. Eh tapi bukan lepas ni saya takmo berblogging lagi. Cuma ni entry terakhir untuk tahun 2011 je. Hehehe. 

Mari kita sama-sama buat azam untuk tahun baru. Apa azam saya tahun ni? Saya simpan dalam hati dulu. Biar saya dengan kekasih je la yang tahu. Hihi. Bila dah terlaksana baru saya bagi tau lah.

Ok lah. Dah mengantuk sebenarnya.  Jumpa tahun depan kawan-kawan~

Ok dah. Tu je.

Tata~


Mengenai issue legging yang tiba-tiba kontroversi

Hari ni saya nak cakap tentang LEGGING sekali lagi. Kenapa nak ulang cerita pasal benda yang sama? Sebab ada sesetengah pihak yang tak dapat apa maksud yang saya cuba sampai kan dalam entry saya yang sebelum ni. Belum baca? Sila baca SINI. Ala-ala kontroversi gitu tauu. Hep! Baca previous entry dulu baru boleh baca perenggan bawah ni. ;p

Sebenarnya saya tak ada rasa pun nak mencetus kontroversi ke hape. Tapi mungkin ada sesetengah diantara kamu masih kurang jelas maksud yang saya cuba sampaikan. Memang dalam previous entry saya ada mengatakan dengan jelas bahawa LEGGING ITU PENTING dan saya dah bagi beberapa contoh kenapa saya rasa legging itu penting [tak perlu saya ulang point tu di sini sebab kamu dah baca kan?] Saya ingin tegaskan disini, pemakaian legging yang saya cakap tu adalah dipakai DI DALAM KAIN. Mungkin saya harus ulang sekali lagi? DI DALAM KAIN. Sudah jelas? [sebenarnya kamu baca ke tak entry saya sampai habis? ke baca tajuk saja?]

Mari kita lihat dari sudut yang lain sebentar. Bukan dari sudut legging. Tapi sudut baju inner atau SARUNG LENGAN yang dipakai DI DALAM BAJU KURUNG. Kenapa ramai perempuan muslimah pakai sarung lengan dalam baju? Sebab mereka nak menutup tangan mereka kalau lengan baju kurung tu terangkat. Ala macam cikgu-cikgu la. Kan waktu mereka tulis dekat white board tu, lengan baju kurung mereka senang menggelongsor. Oleh itu pakai la sarung lengan ;)


Ini yang saya maksud kan.
*gambar pow dekat google*

Kepada yang menegur,  terima kasih sebab concern [walaupun sebenarnya tak]. Tapi pemakaian legging yang saya maksudkan adalah seperti di atas ini. 

BUKAN YANG INI.
*gambar pow dekat google*


Saya juga tidak menyokong pemakaian seperti gambar ini. Saya pun tak nak tulis panjang-panjang. Saya pun orang biasa-biasa saja. hara Nanti makin complicated. Tak pasal-pasal saya trending dekat Twitter #eh. Harap sudah jelas ye. Kalau ada lagi yang tak puas hati, terpulang la. Mungkin view kamu lain dari view saya. 

"Jika seseorang itu memandang sesuatu dari sudut negative, maka selamanya ia akan kelihatan negative" 

Sebagai contoh, sekiranya kamu membenci seseorang, kalau dia senyum pun kamu rasa hodoh. Hihi. 


Ok dah. Tu je


Tata~

Solat di tempat awam

Fuhhh title~~~ Berat title ni untuk seseorang manusia biasa macam saya ni. Harus menulis eh menaip dengan berhati-hati supaya apa yang saya maksudkan sampai dengan sebaik mungkin. Okaay ayuh kita mula kan!

Alkisahnya, kalau saya berjalan jauh dgn incik kekasih, selain singgah solat dekat R&R or mana-mana surau, kitaorang selalula pergi solat dekat Petronas. Alang-alang isi minyak tu solat je terus. Senang begitu. Pada suatu hari, saya dan incik kekasih pergi la solat dekat Petronas Batang Kali. Masa tu dah masuk waktu Maghrib. Kalau siapa yang tak tau keadaan tempat solat dekat Petronas tu, meh sini saya nak describe sikit. Dalam bilik solat tu ada tempat amek wuduk dan ruang solat yang menempatkan maximum 3 orang dalam satu masa. Boleh imagine tak? Ala kalau payah nak imagine, nanti bila pergi isi minyak dekat Petronas jenguk kejap. Hahaha. Ok tak kelaka pun tapi tak tau kenapa nak letak jugak "hahahah". 

Kebetulan pulak masa tu ramai pulak yang berhenti nak solat Maghrib. Alhamdulillahhh. Baguslah begitu. Masa saya masuk bilik solat tu, dah ada 3 orang tengah solat dan sorang kakak sedang amek wuduk. Full la kiranya. Salah sorang antara yang solat tu dah siap, so kakak yang baru amek wuduk tu pun ganti tempat dia begitulah sepatutnya yang harus berlaku kan? Bila dah siap solat saja, kita akan bagi ruang dekat orang lain pulak nak solat sebab ruang solat terhad tapi orang ramai. Tapi tidak bagi seorang makcik ni. Lepas kakak tadi tu dah siap solat, makcik tu masih lagi duduk tak bangun-bangun. Bagi pendapat saya, kalau makcik tu nak berdoa, bagilah ruang untuk yang lain solat. Makcik tu boleh berdoa di tepi sedikit. Maafkan saya, saya bukan kata salah kalau makcik tu berdoa, cuma kalau boleh beri ruang untuk orang lain juga menunaikan solat. Kalau di dalam surau yang luas, tak kisah la kalau makcik tu nak duduk tak nak bangun-bangun sekali pun. Tapi masalahnya tempat tu sempit sangat. Orang pulak dah semakin ramai yang menunggu giliran nak solat. Mana tau yang menunggu tu masih perlu meneruskan perjalan yang jauh. Betul tak?

Saya rasa kita patut contohi makcik yang sorang lagi ni. Saya berdiri belakang dia tunggu giliran untuk solat. Bila dia dah siap solat, cepat-cepat dia bagi ruang untuk saya solat pulak. Tapi, makcik tu tak terus bangun. Tapi dia berdoa dulu tapi di tepi saya. [ha tu dia. banyak betul "tapi" aku dah] Saya boleh solat, makcik tu boleh berdoa. Nampak tak perbezaannya di situ? Apa-apa pun, kalau kita berada di tempat awam, kita pun kena fikirkan orang lain juga. Jangan fikirkan diri kita sendiri saja. Ok? 

Sekali lagi, saya minta maaf kalau saya ada tersilap tulis atau ada yang menganggap apa yang saya tulis ni issue sensitive. Maaf ye. Saya sekadar memberi pandangan.

Sebelum beredar, jangan lupa untuk singgah blog saya yang satu lagi ye.


FB   : http://www.facebook.com/raspberrymerah  harus juga menekan button "like"

Ok dah. Tu je.

Tata~

Tembak-tembak gambar (photoshoot lah)

Hari sabtu lepas saya buat photoshoot. Eh. Photoshoot apa ni? Kau jadi  model ke? Belum lagi jadi model. Akan datang. [amboihhhh. ada niat tu haaa]. Hehehe. Tak la. Saya buat photoshoot untuk blog baru saya. Tamak tak? Dah ada satu blog yang jarang update ni, lepas tu nak tambah blog lagi. Nak tau blog apa? Jeng jeng jengggggg~


Sekarang ni saya berjinak-jinak dengan bisness blog online. Sebab saya suka sangat shopping online. Haha. Saya masih newbie. Masih terkial-kial lagi.Doa-doakan saya ok?

Hari ni saya tak tulis panjang-panjang. Mari kita tengok gambar masa photoshoot hari tu. Mari kita suruh gambar yang bercakap.



 Mereka yang terlibat dengan photoshoot.
From left : tokey blog, photographer

Model : adik saya. Si peminat biskut




Bersiap-siap dalam hutan 
 
 



 Gambar suka-suka




Tempat kejadian 







The result
zinnia skirt

laurel - ribbon skirt

Inilah antara gambar ala-ala dibelakang tabir gitu. Masa hari photoshoot, cuaca tak menyebelahi saya. Sebab hujan ke? Taklah. Sebab hari panas. Bukankah panas itu bagus kalau photoshoot? Memang, tapi saya mahukan kabus. Dah akhir-akhir baru kabus turun. Takpelah takde rezeki nak berkabus. Next photoshoot lah. 

Kalau nak tengok lagi, gambar skirt yang lain, jangan segan silu untuk visit blog saya ok?

FB   : http://www.facebook.com/raspberrymerah silalah like sekali.



Ok dah. Tu je.


Tata~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...