Jangan lupa click saya :)

White dress

Tiba-tiba teringat yang saya ada blog. So sebab tu lah saya post entry baru. Kalau tak post entry baru tu, maknanya saya lupa saya ada blog. Haha. Oh. Sebelum tu, cerita kat bawah ni pasal exam kan? Haa. Result saya ok~ :D. Ok dah. Abes cerita pasal exam. Saya tulis blog ni pun bukan nak cakap pasal exam.

Memandangkan title tu tulis "White dress" so cerita dia pasal white dress la. So jangan merepek cerita pasal benda lain. Apa yang menarik sangat dengan white dress ni? Tak menarik pun. Sebab saya TAK SUKA warna putih. Haha [maaf ye kepada peminat white color]. Tapi sekarang ni, saya terpaksa berlakon yang saya sukaaaaa sangat warna putih. Kenapa? Sebab Jumaat depan (20 Nov), saya dijemput oleh Nik ke birtday party dia [invitation card dia comel. ada bulu-bulu2 ;p] dan dress code untuk perempuan adalah WARNA PUTIH, dan lelaki pulak WARNA HITAM [tiba-tiba nak bertukar menjadi lelaki time malam birtday party tu. Boleh?].

Korek-korek almari, hampir 97% baju saya yang tergantung dalam almari tu WARNA HITAM. Adeyh. Kena korek-korek kat kedailah nampaknya. Tapi ada masalah jugak kalau nak korek-korek kat kedai. Sebab sebelum korek kat kedai, kene korek-korek purse dulu. Tapi bila korek purse, ada resit je. Bahahaha.

Oleh itu, saya perlu berusaha untuk adakan jugak baju/dress warna putih tu. Good luck kepada saya untuk mencari dress putih itu. Tak pun saya tukar baju-baju yang berwarna hitam dalam almari tu kepada warna putih. Boleh ke macam tu? Haa. Sesiapa ada kenal tak mana-mana fairy yang turun dari langit lepas tu munculkan satu dress putih yang cantik? Ala macam fairy tale tu. Kalau ada, tolong kasi contact number fairy tu eh? Ngahahahah.

Ok lah. Dah malas tulis. Saya nak pergi window shopping dress putih kat blog-blog orang ni. Kita tengok je lah apa hasilnya 20hb nanti. Hoho.

Tata.

To Nik,
Teela tukar theme dengan Mukhlish la eh? Teela jadi witch, Mukhlish jadi angel. ;p

0 orang bisik-bisik:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...