Jangan lupa click saya :)

Hilang darah

Amboi. Title nak hebat saja. Kamu suspend kah? Jeng Jeng Jeng~ Hihihi. Sebenarnya tadi saya pegi derma darah la~ Eh jap. Pause~!! Sesuai ke guna perkataan "tadi"? Ke saya patut guna perkataan "semalam"? Sebab time saya type entry ni, jam dah pukul 12.48am. Kalau ikutkan jam, sekarang dah hari Selasa. Tapi, saya tak tido lagi. Jadi saya rasa belum wujud lagi perasaan semalam tu. Hmm.. Saya guna perkataan "tadi" lah okayh. Jadi kamu berpura-pura la baca entry ni hari Isnin. Ahaha.


Memandangkan sekarang adalah hari Isnin dalam khayalan saya, mari kita bermula sekali lagi. [anggap saja 1st paragraph tu tidak wujud walaupun kamu baru lepas baca]

*Chinggg~* [sound effect untuk masuk ke dunia khayalan. Imagine skali ada asap2 dan glitter2 bertaburan]

Amboi. Title nak hebat saja. Kamu suspend kah? Jeng Jeng Jeng~ Hihihi. Sebenarnya tadi saya pegi derma darah la~ [tak rasa mcm deja vu ke? hihi] Kali ni dah kali yang ke 5 saya derma darah~ yay~ Saya rasa seronok gila kalo dapat derma darah. Tak tau apsal. Seronok dia ibarat kanak-kanak dapat ice-cream. Hahaha.

Hari ni 1st time saya datang pada hari pertama. Nak tau sebab apa? [ala. kalau kamu tamo tau pun saya bgtau jugak] Sebab Blood Donation Drive MMU ada kasik Golden Sticker untuk 27 orang yang pertama. Kenapa 27? Kenapa tak genapkan je 30? Oh. Sebab sekarang ni 27th Blood Donation Drive. So 27 saja lah. Saya dapat Golden Sticker tu~ Saya orang yg ke-15~ *happy*. Golden Sticker tu ada 27 je la kot if i'm not mistaken. Siapa yang terlepas Golden Sticker akan dapat Pink Sticker.

Sebelum derma darah mesti kena makan dulu. Tapi saya tak makan. Saya buat saya punya HERBALIFE shake. Yummeyh~ Time derma tu saya relax saja. Dah biasa la katakan. Tapi lepas derma ada rasa pening2 sikit. Tapi lepas tu ok. Normal la kan darah dah keluar dari badan sebanyak 450ml. Banyak kan? kan? kan? Diaorang ada kasi goodies bag. Dalam tu ada biskut bentuk panda. Comel gila. Sayang nak makan. Boleh? [ala tak ada gambar biskut ni sbb hp saya tak elok skrg. tak boleh snap2 pictures. T_T]

Lepas derma darah, terus pegi office HERBALIFE dengan B beli barang n shipping kat Papa. Tapi on the way nak ke office tu sempat la saya terlelap dulu dalam kereta. Penat sangat. Penat sebab derma darah. Balik pun sama. Tidur jugak dalam kereta. Bila dah sampai bilik, tak sempat tukar baju or bukak tudung, terlelap lagi kat atas katil pulak. Memang tiap kali saya derma darah, saya mesti nak tidur lepas tu. Sebab tu saya selalu derma darah bila time hari takde class or class dah habis. Kalau tak, mau tidur dalam class.

Lepas bangun tidur, keluar makan dengan B, [siapa kata org amek HERBALIFE tak leh mkn? saya mkn je ni.] minum Tea Mix 4L, pstu malam shake lagi, badan pun dah tak penat. Tengok la. Sekarang pun tak tidur lagi. Kesimpulannya, hari ni saya happy~ derma darah memberikan kepuasan dalam diri saya. Heee :D



Ini gambr budak yang happy sebab dapat derma darah and jadi 15th donor. :D [gambar ni pow kat Fesbook Blood Donation Drive MMU]


Ok dah.

Tata~


Wajah baru lagi~

Haa~ tengah2 semak pasal FYP pun sempat lagi tuka blog saya punya baju. Hihihi. Ubah selera sikit. Selalu color gelap2 saja. Sekarang ni kasik dia colorful sket~ Rasa nak bukak blog hari2 sebab baju blog ni comel kan? kan? kan? [mcm biasa. kalo saya kata comel, kamu juga mesti kata comel. phm?]

Ok dah. Nak siap2 pegi kelas korean

안 녕 히 가 세 요 *tata*


eff why pee

Kamu tahu ABC sampai Z kan? Tapi kalau kamu nak tau, sekarang ni saya tengah tension dengan 3 huruf dalam list ABC sampai Z tuh. Huruf apa? F.. Y.. dan P. Kenapa? Sebab, bila sebut laju2, dia akan jadi FYP. Dan bila huraikan maksud FYP tu, maka jadi la FINAL YEAR PROJECT!

Aaaaaaaaa~ semak rasa kepala. Due date dah dekat. Tapi project tak siap2. Nak tau title ape? ohh~ title yg kami pilih "senanggggggggggggggg" sangat2. Budak tadika pun tau buat. [ok fine. ni mcm sgt over]. Nah2. Ni tajuk yang "senang" sangat tu. Video Conferencing for Multiple User Environment. "Senang" kan kan kan? [kau pilih tajuk ni bajet kau terer sgt la programming?? pdn muka kau. skrg menyesal]

Bila due date? Alaa~ lambat lagi. Tahun depan. Rilek lu~ [hoi~ kau ingat skrg baru bulan January 2010 ke?] Jangan tertipu dengan perkataan "tahun depan" tu ye wahai kawan2. Lagi 2 3 hari dah nak bulan December. Project ni nak kena submit JANUARY. Paham tak? JANUARY 2011. Sebab tu lah sekarang ni dok tengah menggelabah [walaupun kadang2 berlakon2 rilek].

Siapa2 yang ada kawan yang boleh tolong saya buat project ni, dialu-alu kan ye. Kamu BUKAN tolong free. Please Please Please~ *buat muka comel sehabis mungkin*

Ok dah.

Tata



Khas untuk kaum Hawa

Entry hari ni memang untuk orang perempuan je. Kalau kamu lelaki pun kamu boleh baca supaya kamu boleh share dgn kwn perempuan kamu yg lain. Tak pun share dgn mak kamu ke... adik kamu ke... kakak kamu ke... girlfriend kamu ke... Suka hati kamu lah. yg penting mereka perempuan ok?

Apa benda yg saya nak share ni? Benda ini sangat menarik. Kamu tahu tak Allah sayangkan kaum Hawa? Mesti tahu bukan? Selain itu, Allah itu juga sangat adil. Mari saya bagitahu salah satu keadilan Allah. Kaum Adam, mereka boleh beribadah kepada Allah setiap hari. Tapi kaum Hawa? Mereka tak boleh. Kenapa tak boleh? Sebab kaum Hawa tiap2 bulan mereka datang haid. Oleh itu, sekurang-kurangnya 5 hari kaum Hawa tidak dapat beribadah. Jadi, kaum Hawa mendapat pahala yang kurangkah? Tidak. Kan saya kata Allah tu adil. Jadi, Allah bagi kita satu doa untuk kita baca.

Di sini, saya nak introduce satu doa kepada kamu yang tak tau. Saya pun baru tau. Jadi saya nak share lah benda baik ni. Doa apa? Doa ni dinamakan Doa Ketika Datang Haid. Haa~ sebab tu lah saya kata entry ni untuk kaum Hawa saja. Kamu kaum Adam ada datang haid ke? Hihihi. Pendek saja doa ni. Silalah amalkan setiap bulan ye.


Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A.
diambil daripada kitab yang bernama
Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar
dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad
As Sakiril Khubuwi


"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid
melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang
telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia
membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni:


(maksudnya) Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku
memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.




Kan saya kata pendek je. Bila nak baca doa ni? HARI PERTAMA kamu datang haid. Ini antara khasiat yang Allah janjikan. InsyaAllah...


*terlepas daripada api neraka
*dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab
*meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid
*perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya



Bestkan? Jadi, apa lagi. Amalkan lah. ;)

Tata~

Happy Anniversary~

Today = 1 Nov 2010

Sooo~~~~

Happy Anniversary my LOVE~ Love u soooooooo much~!! mwahx mwahx

Tu je.

Tata. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...