Jangan lupa click saya :)

Hilang darah

Amboi. Title nak hebat saja. Kamu suspend kah? Jeng Jeng Jeng~ Hihihi. Sebenarnya tadi saya pegi derma darah la~ Eh jap. Pause~!! Sesuai ke guna perkataan "tadi"? Ke saya patut guna perkataan "semalam"? Sebab time saya type entry ni, jam dah pukul 12.48am. Kalau ikutkan jam, sekarang dah hari Selasa. Tapi, saya tak tido lagi. Jadi saya rasa belum wujud lagi perasaan semalam tu. Hmm.. Saya guna perkataan "tadi" lah okayh. Jadi kamu berpura-pura la baca entry ni hari Isnin. Ahaha.


Memandangkan sekarang adalah hari Isnin dalam khayalan saya, mari kita bermula sekali lagi. [anggap saja 1st paragraph tu tidak wujud walaupun kamu baru lepas baca]

*Chinggg~* [sound effect untuk masuk ke dunia khayalan. Imagine skali ada asap2 dan glitter2 bertaburan]

Amboi. Title nak hebat saja. Kamu suspend kah? Jeng Jeng Jeng~ Hihihi. Sebenarnya tadi saya pegi derma darah la~ [tak rasa mcm deja vu ke? hihi] Kali ni dah kali yang ke 5 saya derma darah~ yay~ Saya rasa seronok gila kalo dapat derma darah. Tak tau apsal. Seronok dia ibarat kanak-kanak dapat ice-cream. Hahaha.

Hari ni 1st time saya datang pada hari pertama. Nak tau sebab apa? [ala. kalau kamu tamo tau pun saya bgtau jugak] Sebab Blood Donation Drive MMU ada kasik Golden Sticker untuk 27 orang yang pertama. Kenapa 27? Kenapa tak genapkan je 30? Oh. Sebab sekarang ni 27th Blood Donation Drive. So 27 saja lah. Saya dapat Golden Sticker tu~ Saya orang yg ke-15~ *happy*. Golden Sticker tu ada 27 je la kot if i'm not mistaken. Siapa yang terlepas Golden Sticker akan dapat Pink Sticker.

Sebelum derma darah mesti kena makan dulu. Tapi saya tak makan. Saya buat saya punya HERBALIFE shake. Yummeyh~ Time derma tu saya relax saja. Dah biasa la katakan. Tapi lepas derma ada rasa pening2 sikit. Tapi lepas tu ok. Normal la kan darah dah keluar dari badan sebanyak 450ml. Banyak kan? kan? kan? Diaorang ada kasi goodies bag. Dalam tu ada biskut bentuk panda. Comel gila. Sayang nak makan. Boleh? [ala tak ada gambar biskut ni sbb hp saya tak elok skrg. tak boleh snap2 pictures. T_T]

Lepas derma darah, terus pegi office HERBALIFE dengan B beli barang n shipping kat Papa. Tapi on the way nak ke office tu sempat la saya terlelap dulu dalam kereta. Penat sangat. Penat sebab derma darah. Balik pun sama. Tidur jugak dalam kereta. Bila dah sampai bilik, tak sempat tukar baju or bukak tudung, terlelap lagi kat atas katil pulak. Memang tiap kali saya derma darah, saya mesti nak tidur lepas tu. Sebab tu saya selalu derma darah bila time hari takde class or class dah habis. Kalau tak, mau tidur dalam class.

Lepas bangun tidur, keluar makan dengan B, [siapa kata org amek HERBALIFE tak leh mkn? saya mkn je ni.] minum Tea Mix 4L, pstu malam shake lagi, badan pun dah tak penat. Tengok la. Sekarang pun tak tidur lagi. Kesimpulannya, hari ni saya happy~ derma darah memberikan kepuasan dalam diri saya. Heee :D



Ini gambr budak yang happy sebab dapat derma darah and jadi 15th donor. :D [gambar ni pow kat Fesbook Blood Donation Drive MMU]


Ok dah.

Tata~


0 orang bisik-bisik:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...