Jangan lupa click saya :)

Khas untuk kaum Hawa

Entry hari ni memang untuk orang perempuan je. Kalau kamu lelaki pun kamu boleh baca supaya kamu boleh share dgn kwn perempuan kamu yg lain. Tak pun share dgn mak kamu ke... adik kamu ke... kakak kamu ke... girlfriend kamu ke... Suka hati kamu lah. yg penting mereka perempuan ok?

Apa benda yg saya nak share ni? Benda ini sangat menarik. Kamu tahu tak Allah sayangkan kaum Hawa? Mesti tahu bukan? Selain itu, Allah itu juga sangat adil. Mari saya bagitahu salah satu keadilan Allah. Kaum Adam, mereka boleh beribadah kepada Allah setiap hari. Tapi kaum Hawa? Mereka tak boleh. Kenapa tak boleh? Sebab kaum Hawa tiap2 bulan mereka datang haid. Oleh itu, sekurang-kurangnya 5 hari kaum Hawa tidak dapat beribadah. Jadi, kaum Hawa mendapat pahala yang kurangkah? Tidak. Kan saya kata Allah tu adil. Jadi, Allah bagi kita satu doa untuk kita baca.

Di sini, saya nak introduce satu doa kepada kamu yang tak tau. Saya pun baru tau. Jadi saya nak share lah benda baik ni. Doa apa? Doa ni dinamakan Doa Ketika Datang Haid. Haa~ sebab tu lah saya kata entry ni untuk kaum Hawa saja. Kamu kaum Adam ada datang haid ke? Hihihi. Pendek saja doa ni. Silalah amalkan setiap bulan ye.


Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A.
diambil daripada kitab yang bernama
Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar
dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad
As Sakiril Khubuwi


"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid
melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang
telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia
membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni:


(maksudnya) Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku
memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.




Kan saya kata pendek je. Bila nak baca doa ni? HARI PERTAMA kamu datang haid. Ini antara khasiat yang Allah janjikan. InsyaAllah...


*terlepas daripada api neraka
*dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab
*meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid
*perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya



Bestkan? Jadi, apa lagi. Amalkan lah. ;)

Tata~

0 orang bisik-bisik:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...