Jangan lupa click saya :)

Bridges dinner @ Le Meridien Hotel

Sekarang baru dapat update sebab baru dapat gambar. Isnin lepas, (20 April 2009) saya, Kak Irene, Nue, Zatil perform kat Le Meridien Hotel sempena Bridges dinner. Selain kami, ada lagi student MMU yang perform kat situ. Siang tu ada talk kat Grand Hall MMU Cyberjaya, malam tu mereka punya dinner la pulak. Talk pasal ape pun saya tak tau sebab tak berkesempatan nak menghadirkan diri sebab kami semua dah kene bergerak ke Le Meridien Hotel waktu talk tu berlangsung. Bukan calang-calang orang yang hadir untuk talk and dinner malam tu. Antara VVIPs yang hadir adalah Jesse Jackson [more on Jesse Jackson, click here], Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah dan ramai lagilah. Rasa sangat proud dapat perform depan all the VVIPs. Bukan senang ok nak dapat peluang yang macam tu. Tak perform time Festival Tari hari tu pun takpe lah. Dah puas hati dapat perform depan VVIPs ni. Sempat jugak snap gambar dengan Jesse Jackson, Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah. Tak percaya? Lets picture do the talking~

Time rehearsal

Cantikkan background tu :D

Ni dalam oven. Tu pasal sume muka merah. Haha

Kak Irene evil

With Kak Enna

Perempuan melayu terakhir

Me and Kak Enna

With Jesse Jackson :D :D [dia sangat tinggi ok]

With Tun Dr Mahathir. Siap buat peace lagi ;)

Me and Tun Dr Mahathir

With Tun Siti Hasmah. Our Chancellor

With Marina Mahathir

Me and Marina Mahathir

Sekarang dah percaya? :D


Festival Tari dah berakhir

Woahh...Akhirnya berakhir sudah Festival Tari Piala Tun Dr Siti Hasmah 09. Lega. Happy. Terharu. Macam-macam perasaan ada. Lega sebab segala tanggungjawab dah selesai. Happy sebab event berjalan dengan lancar. Terharu sebab semua committee berkerja keras untuk event. Pastu nak ucap TERIMA KASIH banyak-banyak kat SEMUA DANCERS. Saya sangat berpuas hati dengan persembahan korang semua kerana matlamat HICOM SAKTI dah tercapai. Hohohoh. Tak sia-sia la kena marah. SORRY la sebab marah-marah, jerit-jerit. Hehehe. Marah tu bukan sebab benci, tapi sebab nak suruh korang buat yang terbaik la. Hasilnya jadila macam malam tadi. Jerit-jerit tu sebab kalau cakap slow-slow nanti tak dengar pulak. :P Anyway korang did a good job. Seryes. Tak tipu.

Tiba-tiba terasa sedih pulak bila teringat conversation dengan Haziq dalam kereta dia semalam

Haziq : U enjoy tak event?
Saya : Eyy.. Mesti la. First event SAKTI and FIRST event I kot. Mesti la enjoy. U dah join banyak-banyak event kan? Mesti dah biasa.
Haziq : Tapi ni macam LAST event I. I Rasa sedih pulak.
Saya : Ala.. Haziq.. U cakap macam tu I rasa nak nangis. :(

Ok. Dah abes drama. Hehe. Okla. Nanti saya update lagi cerita pasal Festival Tari and upload picture masa event tu ye. Sekarang tak dapat gambar lagi. Bila dah dapat, saya upload banyak-banyak bagi korang tengok.

Tata.

Festari dah dekat

OMG. rasa mcm Festival Tari tu lambat lagi. Tapi rupa-rupanya next Wednesday ok. Serious shit sekarang memang busy gile. Teramat busy. Tak tipu. Oh. BTW, tshirt Festari dah siap. Cantik. Thanks to Paez and Zaim sebab design. Nak tengok?


Tadaa~~~ Cantik kan? Siapa yang rasa tak cantik tu lantak korang la. Yang penting saya suka, Director suka, Asst. Director suka. Abes cerita. We all dah pakai tshirt ni semalam time photography session.

I really hope this event akan success. Sanggup berkorban untuk tak menari malam festival tu semata-mata nak menjayakan event ni tau.
[dah la tarian jawa. serious envy with those yang dance malam tu nanti. *dush*]

Oklah. Got to go now. Nak spend time tulis blog pun tak boleh. I have to bersiap-siap and go to gym lama untuk tengok all the dancers punya step. Dah puurrrrfect or not. So u guys yang baca blog ni, jangan lupa datang Festival Tari hari Rabu depan 22nd April 2009. Tiket RM5 je. See you guys there ok?

Tata.

Final exam schedule


Ni schedule untuk final exam saya. 1st paper saya jatuh pada 25.5.2009. Tau 25 May tu hari ape? BIRTHDAY saya. Sekian. *straight face*

Tagged by Ariff


The questions are:

1. Do You Think you're HOT???

Hmm.. Entah la. Terpulang kepada orang yang menilai.


2. Upload gambar kegemaran anda?


3. Kenapa anda suka gambar ini?

Sbb ia nampak menarik dan saya nampak kurus! :D


4. Bila kali terakhir makan pizza?

Can't recall


5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Massari - Real Love


6. Apa yg sedang anda buat selain selesaikan tag ini?

Watching ANTM Season 12 Episode 5 [sungguh multi-tasking]


7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
Teela


8. Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dengan orang yang anda tag!

[ayoo.. ramainya 6 org! nak tag 4 je]

1. Kem

2. Kak Iman

3. Paez

4. Kak Anis

5. -

6. -


9. Siapa No.1 pada anda?

Bestfriend & also my roommate


10. Org No.3 ada hubungan dengan sesiapa?

Dengan saya la. Sape lagi. Kan Paez kan? Wakakaka


11. Kata sesuatu berkenaan org no.5

*saya tak tak tag sape2 kat no 5*


12.Bagaimana dengan org No.4?

Lama tak jumpa Kak Anis. Nanti datang Festival Tari eh.


13.Siapa org No.2?

Kak Iman. Setiap kali jumpa dia mesti rasa nk cubit pipi dia. Geram!


14. Bagi pesanan pada org No.6
*saya tak tak tag sape2 kat no 6*

tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat

Tengah surf internet tiba-tiba jumpa ni. BF korang buat macam ni tak?
HIM saya buat macam ni. :D


Antara tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...