Jangan lupa click saya :)

Merepek bersama Kit Kat

Tapi saya tak makan Kit Kat time tulis entry ni. Ha. Exam dah habis. Tapi performance macam tahi. So bersiap sedia saja dengan result yang akan datang. *straight face* Ok habis cerita pasal exam. Tamo cerita banyak-banyak sebab sangat tak menarik. Lalala.

Saya tak sure nak cerita pasal apa. Tapi saya rasa nak update blog. Mungkin sebab nanti time cuti saya agak jarang online or memang tak online terus, so sebab tu saya rasa nak tulis2 kat blog saya ni. Saya akan merindui blog ni selama 3 minggu.

Incik Blog, kamu jangan bersedih di kala ketiadaan saya selama 3 minggu nanti. Tunggu saja kepulangan saya wahai Incik Blog. Nanti lepas cuti, kalau saya RAJIN saya akan update cerita best kat kamu ok. Itu pun kalau RAJIN sahaja.

Kepada my readers, [again, if there is any] saya juga akan merindui kamu. Walaupun saya tak kenal siapa kamu. Haha. Kamu pun WAJIB rindu saya juga. [Nak paksa orang rindu. Boleh? Hoho]

Tetiba rasa entry ni pasal ucapan selamat tinggal selama 3 minggu pulak kan? Ok jugak lah kot. Daripada tak ada motif langsung. [entry sebelum ni pernah ke ada motif? macam banyak merepek saja]

Oklah. Kepada MMU student, selamat bercuti. Jumpa lagi tahun depan ya. Kepada readers saya, kita akan jumpa lagi tahun depan. Siapa yang balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya ok. Merry Xmas kepada yang menyambut Xmas~

Happy New Year jugak. Bye 2009. I'm going to miss 2009 soooo much. Saya ada macam-macam memory dalam tahun 2009 ni. Saya akan merindui semua memory tu. T_T. Sebab saya tau, memory tu mungkin tak dapat diulangi lagi.

Dah. Rasa nak nangis.

Tata

Exam lagi~

Blerghh~ Exam week datang lagi. Perasan tak? Lepas 2 3 entry, saya cerita pasal exam. Nampak sangat saya jarang update blogkan? Pfftt~ Gila pemalas. Kalo malas nak update blog, baik tak payah ada blogkan? Seriously saya ada banyak cerita. Tapi jari ni malas gila nak type. Time jari tengah rajin, cerita pulak takde. [ok seryes. Ni mmg alasan saja.]

Berbalik kepada kisah exam saya tu tadi, saya tiga paper sem ni. Computer Security (20.12.2009), Computer Networks (21.12.2009), Computer Graphic (22.12.2009). Adeyh. Mati. Sekarang dah 18.12.2009. Ada 2 hari lagi untuk 1st paper. Study tak habis lagi. Paper pulak direct. Kena study laju-laju ni Tapi sempat lagi nak update blogkan? Takpe. Demi readers yang saya sayangi. Ok macam sangat gedik. [BTW ada readers ke? Kita anggap saja ada walaupun mungkin macam tak ada]

Dah. Saya tamo tulis panjang-panjang sebab saya kena study laju-laju macam jet. Kadang-kadang saya rasa macam nak jadi scanner saja. Cepat sikit kan? Scan saja, lepas tu semua input dapat. Haha. Ok cukup. Berenti berangan benda-benda yang sememangnya tak akan berlaku. Sangat buang masa. Lagi elok gunakan masa tu untuk buka Facebook. Eh silap. Untuk study. :D

Kepada student MMU, selamat study dan selamat exam~ Jangan lupa tidur jugak. Bagi otak kamu rehat untuk jawab exam. :D

Tata.

Bulu ayam color2

Hello~

Saya beli bulu ayam color-color. Dah lama saya nak beli bulu ayam tapi selalu malas. Kadang-kadang lupa je. Tadi bila jalan-jalan dalam mini mart kat bawah HB3 tu, terjumpalah bulu ayam yang pelbagai color tu. Terus beli tanpa perlu berfikir 2 3 kali sebab sebelum ni dah banyak fikir. [mini mart HB3 tu kecik saja. Nama pun MINI mart. "jalan-jalan" tu bukan lah seperti window shopping di Pavillion.] Sekarang saya boleh sapu habuk atas meja dengan senang hati. Oooppss! Kantoi meja selalu berhabuk. Memang la. Bilik ni pakai kipas je. Kalau pakai aircond nanti hostel fee naik smpai beribu. Tamo. Sekarang pun hostel fee dah naik tanpa reason. Bencikan. Kalau nak cerita pasal hostel, sampai 7 keturunan pun tak habis lagi. Ppffftttt~ Ok. Tamo cerita pasal hostel atau pun hostel fee. Sakit hati.

Balik je bilik terus guna bulu ayam ni [benda baru mesti teruja sket nak guna]. Sekarang meja dan printer saya sudah bebas habuk. Sangat seronok~ Tapi habuk berterabur kat lantai pulak. Nanti lah baru sapu. [maybe kena beli penyapu baru then baru rajin kot? haha]. Color yang terlibat mewarnakan bulu ayam tu adalah color Pink, [ala tapi dia bukan pink mcm ni. color dia shocking pink] Hijau, Kuning. Saya bagi tau warna je lah. Malas nak upload sekeping gambar bulu ayam. Macam leceh. Lagi pun ia hanya bulu ayam. Tak ada apa yang perlu dibanggakan sangat.

Ok dah.

Tata~

^_^

Tadi (2 Dec 2009) derma darah untuk kali ke dua. Ye. baru 2 kali saja derma. So sekarang tengah berada dalam happy mode sebab berjaya derma darah untuk kali ke 2. Yeayy~~ *melompat keriangan* [Thanks syg sebab teman~ ;)]

Ok dah. Tu je nak cakap. Sebenarnya saya ada benda nak cerita-cerita. Tapi saya tiba-tiba lupa. Dia macam *pooff* hilang. Pergi mana pun tak tau. Isk. Tak suka betul. Di saat saya tengah bersemangat nak type2, time tu lah boleh lupa. T_T

Oklah. Nanti kita dating lagi ye incik blog. Masa kita masih banyak. Macam nak bagi nama saja dekat blog nih. Tapi malas nak fikir. Lain kali je. Buat masa ni nama kamu "incik blog" saja. Pffftttt~ benda yang merepek lagi banyak dari cerita asal. Ceh. Dah. Berenti merepek.

Tata~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...