Jangan lupa click saya :)

Fakta-fakta yang mungkin kamu tidak tahu?

Saya nak share fakta-fakta menarik yang saya suka nak share. Mungkin ada di antara kamu sudah tahu, dan mungkin juga yang belum tahu. Saya pun ada jugak antara fakta2 ni yang saya dah tahu dan ada juga yang saya baru tahu. Hehe. Saya ada jumpa banyak. Tapi saya nak share yang ni saja. Kalau kamu nak tau lagi banyak2 jangan segan silu nak mencari pakcik Google ye. Nah nah baca. Untuk menambah sedikit ilmu pengetahuan. ;)


Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud 'tidak'

Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. [saya baru tau. haha]


Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.

Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras. [ni pun saya baru tau. haha. tapi menarik]

Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat. [tapi kalo belajar time biology dulu, rasa lambat je maklumat tu nak sampai ke otak sebab nak kena lalu banyak tempat sebelum sampai ke otak. Sape amek biology tau kot apa saya ckp ni.]

Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya. [fakta yang comel. thanks tupai~]

Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.

Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda. [senyumlah senyumlah wahai cek mek molek~]

 
Kucing tidak boleh merasa rasa manis. [ala kesiannya kucing. Tapi elok untuk kesihatan. benda manis tak elok la kucing.]

 
Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang



Ok dah.

Tata~

0 orang bisik-bisik:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...