Anak kembar adalah dua orang anak yang dilahirkan oleh seorang ibu pada satu kehamilan dan pada waktu yang hampir sama. Terdapat dua jenis kembar iaitu kembar seiras dan kembar tidak seiras
Bagaimana kembar seiras terjadi?
Satu ovum dan satu sperma yang disenyawakan akan membentuk satu zigot dan mengalami proses miosis untuk membentuk satu embrio. Embrio ini akan membahagi dengan lengkap untuk membentuk dua embrio yang berasingan. Kedua-dua embrio membesar menjadi dua fetus yang berasingan di dalam uterus tetapi berkongsi satu plasenta. Sekiranya embrio tidak membahagi dengan lengkap, maka berlakulah kejadian kembar siam di mana anak kembar ini mungkin berkongsi organ-organ tertentu seperti jantung, perut atau sebagainya.
Kedua-dua anak ini adalah sama dari segi jantina, kumpulan darah, dan ciri-ciri fizikal yang lain kerana kandungan ginetik yang sama
Bagaimana kembar tidak seiras terjadi?
Kadang kala, dua ovum dibebaskan dalam satu kitar haid (kebiasaannya hanya satu ovum sahaja dibebaskan dalam satu kitar haid). Sekiranya setip ovum disenyawakan oleh satu sperma, maka dua zigot akan dihasilkan. Dua zigot yang terbentuk akan berkembang menjadi dua embrio yang berlainan dan mempunyai plasenta tersendiri.
Oleh kerana kembar tidak seiras berasal dari dua ovum dan dua sperma yang berbeza, maka mereka mungkin berbeza dari segi jantina, kumpulan darah, dan ciri-ciri fizikal yang lain kerana mereka mempunyai kandungan genetik yang berbeza.

0 orang bisik-bisik: