Hai Hai
Tak fair~! Tak fair~! Eh. Tapi rasa macam fair pulak. Apa yang kau fair tak fair nih? Begini kisahnya. Saya sebagai pelajar university, [heh. kau masih seorang pelajar university? Eh Of kos lah~] pasti lah ada assignment yang perlu dihantar. Maka, setiap kali deadline [line mati?] saya pun akan bersengkang mata untuk menyiapkan assignment saya. Saya pun akan memaksa kekasih saya juga menyengkangkan mata beliau demi menemani saya menyiapkan assignment saya. Sweet kan saya? kekasih saya?
Kami pun berjuang menyiapkan assignment sampai tertidur-tidur di library foyer sambil berdengkur. Kahkahkah. Tapi di sebabkan foyer tu macam tak hebat sangat, aircond pun tak sejuk, nak minum air or makan jajan untuk hilangkan mengantuk pun tak boleh sebab nanti mak guard amek dan dia pun makan buang, tapi kadang-kadang saya minum air dan makan jajan curi-curi juga di dalam foyer. Oleh itu, saya bersama kekasih membuat keputusan untuk pergi ke Mekdi. McD lah. Kat McD boleh makan. Kat McD boleh minum. Kat McD boleh habiskan duit. Kat McD ada aircond sejuk sampai rasa nak beku. Kat McD ada Wifi. Kat McD juga boleh membuncitkan perut. Oh sudahlah.
Maka kami haruslah melakukan penghijrahan dari foyer ke McD. [mentang-mentang ada kereta pinjam sekarang~ berjalan saja tau kan. Eh, mesti lah~] Walaupun jam sudah menunjukkan jam 2pagi, namun hati tetap teguh untuk menyiapkan assignment. Sampai pukul 5 duduk kat McD tu tapi akhirnya kami mengalah. Mata dah mengantuk yang teramat sangat walaupun dah minum coffee bergelas-gelas setelah di refill berkali-kali. Ibarat coffee di McD itu sudah kering dek kerna kami. Coffee pun dah tak boleh melawan kehendak mata yang membuak-buak mahu tidur itu. Kadang-kadang tak paham macam mana budak FCM boleh tak tidur siapkan assignment. Sudahlah bercerita tentang coffee dan budak FCM. Apa jadi dengan assignment? Tak berjaya siapkan 2 soalan out of 10. Tak apa lah. Pasrah. Hantarlah mana yang mampu. Harap lecturer mengerti. [Apa yg nak dimengertikan?]
Balik saja bilik, tanpa perlu menunggu walau sesaat, saya pun merebahkan diri ke atas tilam hostel yang memang tak empuk langsung tu. Lalu saya lena tanpa dibuai sebarang mimpi akibat tak cukup masa nak mimpi. ZzZzZzzz
Bila bangun pagi, tergesa-gesa print assignment sebab bangun lambat. Mujurlah hanya 3 pages. Jalan laju-laju menuju ke lab. Haruslah semangat kerana saya sudah siapkan 80% dari assignment tersebut. Sampai saja ke lab, fuh~ lega. Lecturer belum sampai. Bila lecturer masuk saja dalam lab, lecturer berkata
"U suppose to submit your assignment today rite?"
"Yes! Yes!", kata saya di dalam hati.
Namun seluruh umat di dalam lab menyepi. Seperti tidak mengerti apa yang dimaksudkan lecturer lagaknya. Termasuk lah saya.
"I'll give u 2 chances. You can submit today or next Tuesday. It is your decision. If you want to submit next Tuesday, we will continue our lab 6", kata lecturer lagi.
"Submit next week~!" Kata seorang student berbangsa cina. Dan rata-rata seluruh umat di dalam lab bersetuju.
Dengan slumber lecturer berkata, "Okay, you can submit your assignment next week." Lalu dia memulakan pembelajaran seperti biasa.
I was like "Whatt?????? Submit next week??? Why??? Why?????" Hantuk kepala kat meja berulang kali. Ok tak. Tipu je. Ok. Sekarang ni nak happy ke nak emo? Cepat pilih. Happy? Sebab submit next week so saya boleh siapkan lagi 2 soalan. or Emo? Sebab malam tadi saya dah bersengkang mata memerah otak untuk cuba siapkan assignment tu walaupun tak siap semua tapi skali kena hantar next week pulak. Anda tentukan jawapannya. Taip Jawapan (jarak) Happy/Emo dan hantar ke 38475. Eh tak perlulah. Biar saya saja yang tentukan. Mestilah HAPPY. Tapi dalam masa yang sama, stress jugak sebab kalau tau hantar next week, saya tidur je semalam. Cis. Tapi, misal kata saya tidur je malam tadi, mesti assignment ni hantar harini kan? Itulah takdir. Tapi haruslah memandang sesuatu dari sudut positif ye. Harus bergembira sebab boleh siapkan semua 10 soalan instead of 8. Yeahh~ go Syeera. You can do it!
Tapi nak emo jugak dekat seseorang. Suka-suka hati nak tiru assignment saya dengan menangkap gambar solutions saya curi-curi menggunakan iPhone dia. Cis. Ingat saya tak nampak ke? Grrr. Akan ku sumpah kau.. Eh tak perlulah.
Ok dah. Tu je.
Tata~
0 orang bisik-bisik: