Jangan lupa click saya :)

Button "Home"

Hai  Hai

Nak bagi tau kisah benar yang baru sahaja terjadi. Kisah si Google Chrome. Saya baru terkebil-kebil install Google Chrome ni. Sebelum ni saya guna Mozilla Firefox sebagai browser saya. Tapi tadi tiba-tiba rasa nk try Chrome sebab bengang dengan Mozilla yang tak mau display blog saya cantik-cantik. Tak tau silap setting apa tah. So lantak kau Mozilla. Aku nak guna Chrome pulak. Boooo~

So saya pun install Chrome. Lepas dah install, saya terkebil-kebil lagi. Ye la kan tak biasa lagi dengan Chrome ni. Yang paling membuatkan saya terkebil-kebil ialah saya tak jumpa button "Home" dekat Chrome nih. Isk. Takkan la tak ada button "Home" pulak. Tiba-tiba rasa tak hebat la pulak Chrome ni takde button "Home". Takkan nak tekan "Back" je.

So saya membuat keputusan nak tanya incik Google. Saya pun type "where is home button on google chrome" Hah. Rupanya ramai yang mengalami masalah macam saya rupanya. Fuhh legaa. Bukan la saya noob sorang-sorang. Menurut mereka, by default button "Home" ni memang tak ada. Kena enable sendiri. Heh. Aneh. Sesuatu yang begitu penting tidak di "enable" kan. [di "enable" kan? Fail kalau buat karangan BM ni]. So saya pun follow lah step untuk enable button tu dekat sini. Hah. Baru lah ada button tu dekat toolbar saya. Oleh itu saya sudah boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Tapi still tak paham. Kenapa tak terus adakan je button tu? Kenapa kena enable sendiri?

Dah la.

Tata~

0 orang bisik-bisik:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...