Hi Hi
Haihhhhhh~~~~~~~~~ [opah kata tak baik mengeluh]. Lama tak update blog. Saya update blog dalam otak saja. Macam mana update blog dalam otak? Kalau saya duduk diam dalam kereta or on the way pergi class or baring-baring or apa-apa lagi lah saya suka fikir apa saya nak tulis dalam blog saya. Tapi dalam otak saja lah. Sudahnya habis macam tu saja. Jari-jemari pun tak menari-nari dipapan kekunci ni. Ye la kan. Kata update dalam otak je. Kalau nak ikutkan, dah banyak cerita saya update woooo. Tapi bila saya buka blog, balik-balik entry lama je. So saya macam "Eh bukan aku ada update blog ke hari tu? Oh. Dalam otak saja."
Nak tulis balik cerita yang saya update dalam otak tu dah macam lama la pulak kan. Cerita pegi Extravaganza Bangkok naik tren pun tak update [tapi dah update dalam otak]. Nak cerita pasal birthday pun tak update [tapi dah update dalam otak]. Pendek kata, banyak lagi lah. Takpe lah. Lupakan kisah lama. Kita harus meneruskan hidup.
Oklah. Saya nak pegi class ni. Nanti saya tulis-tulis lagi.
Tata
0 orang bisik-bisik: