Jangan lupa click saya :)

fat! go away!

I need to loose weight. FAST! Seriously. Cannot main-main anymore. So I have to start my diet TODAY! Eh. No no no. TOMORROW! [Adoi. Kata nak fast?] Ok ok. TODAY! [sambil mengunyah roti]

I want a flat stomach like this! [daydreaming]

There is a great Chinese proverb:
"Eat like an Emperor at breakfast, like a Prince at lunch, like a Poor man at night" [can I eat like a Poor man everyday? hohoho]


******************************************************************

Dear fat,
Here, I ask you politely to go away from my body because I don't need you anymore. I never need you actually but I let you stayed in my body. Today I want to stop being nice with you. Since you in my body, you gave me nothing other than fat. You made me look fat. You made me look ugly. You made me have no confident. Because of you, I cannot wear some clothes. I always have to consider about you every time I want to buy my clothes. I don't want to do that anymore. Who are you to stop me from buying everything I want? You don't have the right actually. I know you love me. But I hate you. I mean it. I know you are so damn stubborn. You don't want to leave me rite? Well I have no choice. I have to burn you. You don't want to cooperate with me in the nice way, I do it in the hard way. You want it or not, you HAVE to leave. I know you will not leave me today. But in the next 4 weeks, I don't want to see you anymore. We are not meant together. Got it?


“Your goals, minus your doubts, equal your reality…” Ralph Marston

drift

I've been in drifting car today. It was a wonderful experienced.

It actually not a plan at all. In fact, I didn't know today had car drift at MMU car park. Before going to tutorial class, Joel had mentioned about this drift car at MMU. But at that moment, I was not that excited. Since our tutorial class finished early today, so we drop by at MMU car park to watched that car drift. When we arrived there, still not many people around. Wait a few minutes, then the show started. This one blue car done the drifting. I was so excited watching him. After he finished drifting, then suddenly a guy asking the crowd who want to try get inside that blue car. Without thinking, I came to front and offered myself to jump inside that car. A little bit nervous. Put my sit belt on. And start drifting! He done a several turn. Woohooo. The adrenaline rush feeling was so amazing. Kind of roller coaster on the road. Kem also jump in. Only me and Kem tried. Joel was not that excited to try. Nervous maybe. I don't know. Here our picture with that guy and his blue car. Too excited until forgot to asked his name. Damn.

ME
Adoi. I look fat. [Naahh.. that guy is too thin that's why I look fat. :D]

KEM

no title

Haihh..
Today semua orang sangat menghampakan.

Yes.

SEMUA ORANG.
EVERYBODY.

and I mean it.
Seriously.

Damn.

Udang

Saya sangat suka makan udang. Itu adalah satu fakta. Oleh yang sedemikian rupa, apabila melihat udang, maka saya akan terpanggil untuk makan nasi. Saya dan udang ibarat magnet yang akan bersatu. Itulah yang terjadi sebentar tadi di saat keluar dengan HIM di Putrajaya.

Tapi sebelum saya dan udang itu bersatu, konon-kononnya nak makan makanan Western. Memandangkan makanan Western agak MAHAL harganya, dan konon-kononnya tak nak menyusahkan HIM [coz he is the one who paying], maka saya dan Kem beralih arah ke kedai lain. Mencari kedai yang agak MURAH harganya. Di ketika itulah pandangan saya dan pandangan udang telah bersatu. Kami bertentangan mata. Serta-merta saya mengambil keputusan untuk memakan udang itu bersama nasi putih. Selain udang, saya juga turut menyertakan sotong goreng dalam pinggan nasi tersebut bersama kuah color merah dan air limau ais. Manakala, Kem pula, telah jatuh cinta dengan ayam masak kicap, sotong goreng dan juga kuah campur-campur bersama sirap limau ais. Ditambah dengan nescafe O suam kurang manis kepunyaan HIM.


Kemudian menuju ke kaunter bayaran. Kelihatan harga yang di "display" di situ. RM14 something. Ok la tu. Takde la mahal sangat. Lelaki itu masih menekan harga makanan. Oh belum habis kira rupanya. Setelah lelaki tersebut menekan total amount, tiba-tiba, harga berubah menjadi RM44.90. Huh? Apakah? Erm.. Dengan wajah yang aneh dan juga perasaan ragu, saya membayar dengan note 50 yang di beri oleh HIM sebentar tadi. Duit baki sebayak RM5.10 dikembalikan bersama resit kepada HIM. Menuju ke meja makan. Terlupa dengan harga aneh di kaunter sebentar tadi, saya terus menjamah nasi yang berada di depan mata kerana udang itu sangat menggoda jiwa. [sehingga lupa untuk mengambil gambar]


HIM kemudian berkata-kata:

HIM : Udang tu kepala dia kita makan tak?
Saya : Erm.. tak.

HIM : Berapa besar kepala udang tu?

Saya : Separuh daripada badan. [Lupa bagitau. Udang itu sangat besar. Bukan udang kecik tu. Dalam cerita ini, hanya seekor udang sahaja yang terlibat.]

HIM : So kita bayar kepada separuh benda yang kita tak makan. Tau tak berapa harga udang tu?

Saya : Erm.. RM10
[Dengan yakin dan confident]

Serentak dengan itu juga, HIM menunjukan resit kepada saya. Huh?? RM25?? Erk. Alamak. Speechless seketika.


Saya : Ala.. Sorry.. Tak tau.... Nanti bayar balik eh?
HIM : Ishh.. Tak payah... Kan I cakap, I tak berkira pasal makanan. Makan je la. Just nak bagitau harga udang tu je.

Saya : Hmmm.. Ok... [fuhh..lega tak payah bayar balik ;p]


Maka dengan penemuan harga udang itu, maka terungkailah segala rasa aneh yang membelenggu fikiran sebentar tadi tentang harga makanan yang hampir mencecah RM50. [daripada nak murah, terus super duper mahal. Kalau tau, makan je Western tadi. Cheh!]

Inilah resit yang terlibat dalam kisah ini [maaf gambar agak blur]

Ini yang tertulis di atas resit tersebut:
Nasi + Sotong RM6

Udang RM25

Limau ais RM1.60

(total makanan saya = RM32)


Nasi + Ayam kicap + Sotong RM8.50

Sirap Limau ais RM1.80

(total makanan Kem = RM10.30)


Nescafe O RM2.00

(total minuman HIM = RM2)


Menjadikan jumlah keseluruhan = RM44.90


Bukan tak biasa makan makanan berharga over RM50. Cuma hari ini tak sangka harga makanan itu mencecah sedemian rupa. Daripada nak murah, terus jadi mahal. Hahaha. Itulah kisah Udang untuk hari ini. The End.

Sebelum menamatkan entry saya untuk kali ini, saya ada satu pengumuman. [pengumuman ini tiada kaitan dengan kisah Udang sebentar tadi] Dengan ini, secara rasminya, saya, Kem dan Joel telah drop subject Computer Security. Dan dengan itu juga, secara rasmi kami tiada kelas pada hari Jumaat. [wooohooooo]. Sekian. Terima kasih.

Mata berkedip-kedip

Sehari dua ni mata asik berkedip-kedip. Kata opah, kalau mata berkedip sebelah kanan, nak jumpa orang jauh. Kalau mata berkedip sebelah kiri, nak menangis. Fuhh. Nasib baik mata berkedip sebelah kanan. [sebelum ni, kalau menangis, mata kiri takde pun nak berkedip-kedip sebelum nak menangis tu]. Kalau mata berkedip sebelah kanan, maknanya nak jumpa orang jauh la. Siapa orang jauh itu? Jauh sangat ke dia tinggal? Boleh percaya ke? Tapi itu kata orang-orang tua. Tak semestinya betul. Tapi mesti ada sebab orang tua-tua cakap macam tu kan? Kalau tak, takkan dorang suka-suka hati je nak cakap.

Nak percaya atau tidak, terpulang la kepada setiap individu. Semua kejadian datangnya dari Allah. Bukan disebabkan oleh mata. Tapi kalau betul la akan jumpa orang jauh tu, siapa la agaknya ye? [berangan seketika].


Oklah. Dah habis berangan. Mahu mandi. Dinner. Tengok movie.


Damn! Tiba-tiba tak boleh mandi. Hostel blackout. Bilik gelap. Toilet gelap. Adoi.

Breakfast

Apa yang menarik sangat dengan breakfast tu?

Sebenarnya breakfast tu biasa la kan. Hari-hari pun makan breakfast [kalau bangun awal la]. Tapi hari ni punya breakfast agak menarik berbanding breakfast hari-hari lain. Sebab, buat pertama kalinya saya dan Kem breakfast Western kat HB3 setelah study kat MMU ni dari zaman Diploma sehinggalah ke zaman Degree ini [hampir 3thn]. Hahaha. Serious. Hari ni adalah hari pertama. Selama ni tak pernah pun nak try breakfast Western kat HB3 tu. Joel rasanya dah pernah makan.


Sekiranya kelas Discrete Strurcture dan Systems Analysis & Design punya class tak cancel, dan jugak kalau bukan kerana hasutan Joel yang menghasut saya dan Kem untuk membatalkan puasa, maka tak tau la zaman bila pulak baru nak makan HB3 punya Western breakfast tu. [Ha'a sepatutnya puasa. Hari lain la ganti ;p]


Inilah manusia yang dah biasa makan dan telah berjaya menghasut supaya kami makan Western breakfast kat HB3
Inilah manusia-manusia yang 1st time makan Western breakfast kat HB3[susu itu penting untuk kekuatan tulang saya ok :P]




Hari Rabu yang seronok :D

Kenapa hari rabu itu seronok? Marilah baca cerita ini. :D

Pada hari Rabu (12 Nov 2008) saya, Kem and HIM telah keluar bersama-sama. Keluar hostel seawal 11.30 pagi. Kemdian kami pergi lunch ikan bakar dekat belakang Istana Negara. Ikan bakar itu sangat sedap ok. Tak tipu pun. Tak menyesal la pergi. Terima kasih dekat HIM sebab dia yang bawa saya dengan Kem makan dekat situ.

Inilah kedai yang menyediakan ikan bakar yang sedap [maaf kualiti gambar tidak memuaskan nafsu. ;p]

Setelah perut kenyang dipenuhi dengan ikan bakar, maka kami meneruskan perjalanan menuju ke Lowyat. [kat sini la cerita semakin menarik dan merupakan sebab utama kenapa Rabu itu seronok] Kenapa pergi ke Lowyat? Jeng jeng jeng~ Kerana saya ingin membeli laptop baru. Heeeee :D.

Pusing-pusing sekitar Lowyat mencari kedai yang sesuai untuk membeli laptop. Setibanya di kedai yang bersesuaian, saya telah mengambil masa selama hampir 1 jam untuk memilih laptop yang diinginkan. Tapi dah jadi rambang mata pulak dah. Maka HIM pun ajak pergi minum-minum dulu kat bawah sambil kene brainwash.

Setelah di'brainwash' oleh HIM, maka saya telah membuat keputusan untuk membeli laptop yang bersesuaian dengan diri [dan juga dalam bajet :P] Akhirnya saya sudah mempunyai laptop baru yang dibeli dengan duit sendiri. Walaupun tak la secanggih laptop orang lain, tapi saya amat berpuas hati kerana laptop ini bersesuaian dengan kehendak saya.

Oleh itu, buat pertama kalinya, dengan rasmi saya ingin mengumumkan bahawa blog ini telah ditaip menggunakan laptop baru saya. Hihikhikhik. Sekian.

7 things about me [paez la ni tag ;p]

Nothing interesting about me actually. Anyway, lets give it a try. Jangan menyesal apabila sudah membacanya ye. (copy paste and edit sikit-sikit from friendster :P. ooppsss kantoi)

Addicted to everything made from JEANS.
I think people already know about this because I already talk about it in my previous post. Skip.


Addicted to body art.
Not tattoo but piercings. I have seven at my right
ears, four at my right ears, and one at my nose.

Most of people forgive and forget. But me, forgive but not to forget. I can forgive you if you ask me for my forgiveness, but I cannot forget what you have done to me. We can still talk, hangout, and be friend, but not same as before.

I have one phobia called arachnophobia.
What is arachnophobia? Arachnophobia is fear of spiders. I hate spiders~!
I had a bad experience with spiders. I'm not gonna tell you the story. Memikirkannya sahaja sudah mengerikan. Apatah lagi menceritakannya.

I love shopping. Kadang-kadang shopping itu boleh menghilangkan stress. (tapi pada masa yang sama turut menghabiskan duit. Aiiyaaakkk!)

I'm a perfume, chocolate, and cat lover.


Last but not least, I have crush on Mike Shinoda and Ady Putra (The actor tu ok not that genius kid). Muahahahahha :p


Tu je la kot 7 things about me. I told you it is not interesting. Well what to do you already read it.

My next victim are:
kem
mr raven logan

Anda fikir tulang anda kuat?

FIKIR SEKALI LAGI

Selama ini I thought my bone was healthy and strong because I'm still young. But surprisingly NOT! Want to know why?


Yesterday I went to this pasar raya with my mom. Biasala nak beli barang-barang nak bawa balik hostel. Then when I reached there, I saw Anlene booth. I thought they only selling milk. Tapi ada bone health check jugak. Di pendekkan cerita, me and my mom pun try la check our bone and they have this kind of meter.
Green for Low Risk
(tulang sihat), Yellow for Moderate Risk (tulang tak berapa sihat), and Red for High Risk (tulang sangat tak sihat).

My mom punya tulang sangat sihat. She's 42 and her bone berada dalam lingkungan Green. How about me? My bone berada dalam lingkungan Yellow!!! My mom punya bone lagi sihat dari my bone??? She's 42 and I'm 21. OMG. Yang lagi menakutkan, abang Anlene bagitau umur 21 sepatutnya berada dalam lingkungan Green. Yellow untuk orang umur 50!! OMG my bone dah tua~!!! TIDAK!! Patutla selalu sakit belakang and kejang kaki. Abang tu memang ada cakap kalau selalu sakit belakang and kejang kaki, memang akan berada dalam lingkungan Yellow kerana tulang tidak begitu sihat. Takutnya.


Rupa-rupanya saya kekurangan calsium. Tanggapan bahawa my bone selama ini sihat adalah meleset sama sekali. Abang tu nasihat suruh excercise 30 minutes 3 times a week, kurangkan caffeine and minum susu 2 gelas sehari. After this nak minum susu banyak-banyak nak bagi tulang muda and kuat balik
(insaf).

To my friends, jagalah kesihatan tulang anda. Jika anda fikir tulang anda kuat, maka fikir sekali lagi. Bertindak sebelum terlambat!


Bye house, Hello hostel

Finally, my result already out. As expected, my CGPA dropped 0.23 (inilah balasannya jika main-main). But luckily I have no failed paper. Alhamdulillah. Ok enough talking about my result.

Right now I'm busy packing all my stuff. It's all over the place! Hahaha. I'm going back to MMU this Sunday (sedihnya).

Bye mama. Bye papa. Bye adik. Bye opah. Bye atuk. Bye Astro. Bye fridge.
Bye bed. Bye scoot. Bye house. Bye mists. Bye all. I'm gonna miss all of you~

Hello MMU. Hello hostel. Hello Kem. Hello Joel. Hello Nue. Hello hostel bed. Hello LAN (Local Area Network ok). Hello Cyber Tracker. Hello printer. Hello lecture notes. Hello class. Hello lab. Hello lecturer. Hello friends. Hello all. I'm back!

*update*
HELLO PAEZ~!!!! :D (haa. dah letak dah hello untuk Paez. Siap bold n color lagi tau. special punya. OK paez? heeee... :D)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...