Jangan lupa click saya :)

Udang

Saya sangat suka makan udang. Itu adalah satu fakta. Oleh yang sedemikian rupa, apabila melihat udang, maka saya akan terpanggil untuk makan nasi. Saya dan udang ibarat magnet yang akan bersatu. Itulah yang terjadi sebentar tadi di saat keluar dengan HIM di Putrajaya.

Tapi sebelum saya dan udang itu bersatu, konon-kononnya nak makan makanan Western. Memandangkan makanan Western agak MAHAL harganya, dan konon-kononnya tak nak menyusahkan HIM [coz he is the one who paying], maka saya dan Kem beralih arah ke kedai lain. Mencari kedai yang agak MURAH harganya. Di ketika itulah pandangan saya dan pandangan udang telah bersatu. Kami bertentangan mata. Serta-merta saya mengambil keputusan untuk memakan udang itu bersama nasi putih. Selain udang, saya juga turut menyertakan sotong goreng dalam pinggan nasi tersebut bersama kuah color merah dan air limau ais. Manakala, Kem pula, telah jatuh cinta dengan ayam masak kicap, sotong goreng dan juga kuah campur-campur bersama sirap limau ais. Ditambah dengan nescafe O suam kurang manis kepunyaan HIM.


Kemudian menuju ke kaunter bayaran. Kelihatan harga yang di "display" di situ. RM14 something. Ok la tu. Takde la mahal sangat. Lelaki itu masih menekan harga makanan. Oh belum habis kira rupanya. Setelah lelaki tersebut menekan total amount, tiba-tiba, harga berubah menjadi RM44.90. Huh? Apakah? Erm.. Dengan wajah yang aneh dan juga perasaan ragu, saya membayar dengan note 50 yang di beri oleh HIM sebentar tadi. Duit baki sebayak RM5.10 dikembalikan bersama resit kepada HIM. Menuju ke meja makan. Terlupa dengan harga aneh di kaunter sebentar tadi, saya terus menjamah nasi yang berada di depan mata kerana udang itu sangat menggoda jiwa. [sehingga lupa untuk mengambil gambar]


HIM kemudian berkata-kata:

HIM : Udang tu kepala dia kita makan tak?
Saya : Erm.. tak.

HIM : Berapa besar kepala udang tu?

Saya : Separuh daripada badan. [Lupa bagitau. Udang itu sangat besar. Bukan udang kecik tu. Dalam cerita ini, hanya seekor udang sahaja yang terlibat.]

HIM : So kita bayar kepada separuh benda yang kita tak makan. Tau tak berapa harga udang tu?

Saya : Erm.. RM10
[Dengan yakin dan confident]

Serentak dengan itu juga, HIM menunjukan resit kepada saya. Huh?? RM25?? Erk. Alamak. Speechless seketika.


Saya : Ala.. Sorry.. Tak tau.... Nanti bayar balik eh?
HIM : Ishh.. Tak payah... Kan I cakap, I tak berkira pasal makanan. Makan je la. Just nak bagitau harga udang tu je.

Saya : Hmmm.. Ok... [fuhh..lega tak payah bayar balik ;p]


Maka dengan penemuan harga udang itu, maka terungkailah segala rasa aneh yang membelenggu fikiran sebentar tadi tentang harga makanan yang hampir mencecah RM50. [daripada nak murah, terus super duper mahal. Kalau tau, makan je Western tadi. Cheh!]

Inilah resit yang terlibat dalam kisah ini [maaf gambar agak blur]

Ini yang tertulis di atas resit tersebut:
Nasi + Sotong RM6

Udang RM25

Limau ais RM1.60

(total makanan saya = RM32)


Nasi + Ayam kicap + Sotong RM8.50

Sirap Limau ais RM1.80

(total makanan Kem = RM10.30)


Nescafe O RM2.00

(total minuman HIM = RM2)


Menjadikan jumlah keseluruhan = RM44.90


Bukan tak biasa makan makanan berharga over RM50. Cuma hari ini tak sangka harga makanan itu mencecah sedemian rupa. Daripada nak murah, terus jadi mahal. Hahaha. Itulah kisah Udang untuk hari ini. The End.

Sebelum menamatkan entry saya untuk kali ini, saya ada satu pengumuman. [pengumuman ini tiada kaitan dengan kisah Udang sebentar tadi] Dengan ini, secara rasminya, saya, Kem dan Joel telah drop subject Computer Security. Dan dengan itu juga, secara rasmi kami tiada kelas pada hari Jumaat. [wooohooooo]. Sekian. Terima kasih.

0 orang bisik-bisik:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...