Jangan lupa click saya :)

Hari Rabu yang seronok :D

Kenapa hari rabu itu seronok? Marilah baca cerita ini. :D

Pada hari Rabu (12 Nov 2008) saya, Kem and HIM telah keluar bersama-sama. Keluar hostel seawal 11.30 pagi. Kemdian kami pergi lunch ikan bakar dekat belakang Istana Negara. Ikan bakar itu sangat sedap ok. Tak tipu pun. Tak menyesal la pergi. Terima kasih dekat HIM sebab dia yang bawa saya dengan Kem makan dekat situ.

Inilah kedai yang menyediakan ikan bakar yang sedap [maaf kualiti gambar tidak memuaskan nafsu. ;p]

Setelah perut kenyang dipenuhi dengan ikan bakar, maka kami meneruskan perjalanan menuju ke Lowyat. [kat sini la cerita semakin menarik dan merupakan sebab utama kenapa Rabu itu seronok] Kenapa pergi ke Lowyat? Jeng jeng jeng~ Kerana saya ingin membeli laptop baru. Heeeee :D.

Pusing-pusing sekitar Lowyat mencari kedai yang sesuai untuk membeli laptop. Setibanya di kedai yang bersesuaian, saya telah mengambil masa selama hampir 1 jam untuk memilih laptop yang diinginkan. Tapi dah jadi rambang mata pulak dah. Maka HIM pun ajak pergi minum-minum dulu kat bawah sambil kene brainwash.

Setelah di'brainwash' oleh HIM, maka saya telah membuat keputusan untuk membeli laptop yang bersesuaian dengan diri [dan juga dalam bajet :P] Akhirnya saya sudah mempunyai laptop baru yang dibeli dengan duit sendiri. Walaupun tak la secanggih laptop orang lain, tapi saya amat berpuas hati kerana laptop ini bersesuaian dengan kehendak saya.

Oleh itu, buat pertama kalinya, dengan rasmi saya ingin mengumumkan bahawa blog ini telah ditaip menggunakan laptop baru saya. Hihikhikhik. Sekian.

0 orang bisik-bisik:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...