Wooohoooo~~~~ Dengar sini orang-orang kampung!!! Akhirnya saya berjaya menderma darah. Seronok yang tidak terhingga. 2 tahun lebih saya mencuba, akhirnya pada hari ini, saya berjaya melakukannya~!!!!!
Pada mulanya agak nervous sedikit. Nervous kerana takut kalau-kalau saya tidak berjaya lagi. Setelah mengisi borang, saya masuk ke dalam. Sebelum boleh menderma darah, saya perlu melalui 3 counter. Saya kemudiannya pergi ke counter pertama. Timbang berat. [berat saya turun satu kilo. satu pencapaian yang menggalakkan]. Kemudian cek jenis darah. Seperti yang sudah dijangkakan, saya berdarah O. Kemudian cek kandungan iron dalam darah. Kakak tu diam je. Tak lepas lagi ke? Kakak tu tulis-tulis. Lepas ke tak ni? Kemudian kakak tu berkata: "Ok. proceed to next counter." Yes! Berjaya! Counter kedua. Cek tekanan darah. Normal. Di interview oleh abang tu beberapa soalan. Counter kedua juga lepas. Kemudian terus ke counter terakhir. Di counter terakhir saya berjaya mendapatkan buku merah. Setelah selesai berurusan, saya dan Kem menuju ke kerusi yang di sediakan. Maka bermulalah procedure. Mencari urat, bius. Setelah selesai dibius, jarum dicucuk. Serta-merta darah mengalir keluar. Procedure yang sama dilakukan kepada kem. [kem dah donate blood 5 times]. Tunggu beberapa ketika sehingga mencapai 450ml. Setelah penuh, jarum ditanggalkan, dan perlu berehat selama 10 minit. Akhirnya selesai. Begitulah lebih kurang apa yang berlaku siang tadi.
Saya sajikan anda dengan gambar-gambar ketika process menderma darah dijalankan. Gambar diambil menggunakan phone Kem. Terima kasih Nue kerana tolong mengambil gambar. ;) [nue tak derma darah sebab berat tak cukup :P] Enjoy~
Kakak nurse sedang menjalankan procedure
Darah dah mengalir keluar
Pam darah
Inilah darah saya :D
Kakak nurse melakukan procedure kat Kem pulak
Kem pam darah
Inilah buku merah saya. Bersama kad ucapan terima kasih
Darah dah mengalir keluar
Pam darah
Inilah darah saya :D
Kakak nurse melakukan procedure kat Kem pulak
Kem pam darah
Inilah buku merah saya. Bersama kad ucapan terima kasih
Setelah selesai, saya sedikit pening. Tapi tak ada apa-apa masalah berlaku. Memandangkan ini adalah 1st time saya, badan saya terasa agak lemah. Balik bilik terus tidur. ZzZzzz
2 orang bisik-bisik:
alah alah...comel nye adik2 ku.... :D best nye derma darah..tak pernah lagi...huhuhuu...
ape la kak iman ni... dok lama kat mmu, tapi tak derma. tak bagus ni. [-x. hikhikhikhikhik