Jika anda semua masih ingat dengan entry saya yang lalu, saya ada menyatakan bahawa saya ingin lemak-lemak dalam badan saya ini beredar, tetapi malangnya saya masih tidak berjaya mengusir mereka. Malah, saya makin menambahkan kuantiti mereka di dalam badan saya. Saya makan dengan kuantiti yang banyak sekali. Adei. Sudah hilang focus akibat ketagih tom yam campur bersama telur dadar kosong. Damn.
Tetapi kali ni saya telah kembali focus. Oleh yang sedemikian, saya akan mula berdiet. Ye. Kali ini saya yakin saya boleh melakukannya. Langkah pertama saya untuk berdiet adalah dengan mengganti puasa saya yang masih ada 8 hari lagi itu. Setelah selesai mengganti puasa, saya akan terus berpuasa sehingga saya mencapai berat yang saya ingin kan. [hoh. boleh ke gitu? Yakin boleh!] Kenapa saya memilih untuk berpuasa? Ini kerana nafsu makan saya akan berkurang jika saya berpuasa. Jika tidak, saya akan makan apa sahaja yang ada di depan mata. Inilah antara sebab-sebab kenapa berat saya bertambah. Saya agak sukar mengawal nafsu makan saya. [Liar betul nafsu nih]
Disamping itu juga, sementara menunggu waktu berbuka, saya akan melakukan sedikit senaman. Senaman apa yang akan saya lakukan bergantung kepada cuaca.
Saya yakin ia akan berjaya kerana saya pernah berjaya melakukannya dahulu. Tetapi akibat tak sedar diri [sebab rasa dah kurus and rasa berat tak akan bertambah] dan hilang focus, maka berat saya kembali bertambah.
Sekiranya saya berjaya menurunkan berat badan, saya akan update perkembangan saya. [kalau tak update dah tu, faham-faham je la] Saya akan mula berpuasa pada hari Isnin 15 Dec 2008 [tapi hari Selasa 16 Dec 2008 tak boleh puasa sebab nak derma darah]
Semoga saya berjaya!

0 orang bisik-bisik: